Zurina Majid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2299097498486129935\x26blogName\x3dZurina+Majid\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/\x26vt\x3d-2210775171145360540', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
zurina's
I'm your master


Your photo here.

Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut. aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.


*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*

THE ROCK ♥


Your photo here.


misi bantuan

nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper

masih ada jalan keluar

BLOGGER.com
Facebook
Twitter
Tumblr

warisan artifak negara.

March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
***
***

tabung sekolah


hit counter
hit counter

Tuesday, May 12, 2009

tujuan entry ini ialah untuk memperkenalkan anda kepada prop-prop yang terdapat di dalam bilik saye. prop terdiri daripada barang-barang hak milik saye dan room-mates saye.

sebelum anda meneruskan misi melihat pic prop-prop ini,saye berharap agar anda bersiap sedia untuk beristighfar panjang kerana ia sangat-sangat melambangkan identiti kami yang sangat tidak senonoh.



semangat patriotik. roti gardenia tu dah expired sebenarnye. tapi, saye xnak buang sebab nak tengok proses pertumbuhan kulat pada roti tu.
sayangnye,setelah hampir seminggu roti tu diperap begitu sahaja, roti tu masih kelihatan seperti enak dimakan begitu sahaja atau bley cicah dengan kuah gulai. kadang2 terliur jugak tengok roti tu lagi2 bile lapar..hehe.
tiada tanda-tanda pembiakan kulat, spora, fungus, ataupun alien pada roti tu. jadi, saye telah meng-attached roti tu pada sebuah bendera yang telah dipacakkan oleh Cik Puan Nadiah di suis kipas bersebelahan pintu toilet. jadi, sesiapa yang nak masuk toilet atau keluar dari bilik kena tabik hormat dan buat kawad kaki ringkas di hadapan roti dan bendera Malaysia tu..
nak diikutkan, semua ahli bilik perlu menyanyikan lagu Negaraku. tetapi, setelah mengambilkira faktor kelunakan suara, kami memansuhkan undang2 itu.

Barangan di dalam bathroom kitorang. Women's secret bestfriend iaitu Encik Shaver ataupun pencukur..huhu.. saye telah membuat beberape formasi eksklusif bagi sesi fotografi shaver ni.
Selain tu, kami ade bakul2 eksklusif barangan mandian. bakul tu semua hadiah game tikam2 yang kitorang join dekat fun fair dulu. bakul yang paling cantik tu la bakul Nadiah dan Wan.
harap maklum. huhu..

Ini pula ialah locker-locker terindah milik kami.
agak huru-hara tapi huru-hara itulah identiti kami.

cermin di dalam locker kami. setiap hari, kami akan menghabiskan masa yang lama dihadapan cermin ini bagi merenung diri sendiri dan menyedarkan diri sendiri yang kami bukanlah yang terbaik. cermin ini mengingatkan kami agar tidak mejadi perasan seperti Encik Luqman.
bak kata pepatah " lu cerminlah diri lu sendiri"
3 objek besaaaar berbaring di atas katil masing-masing. objek pertama biasanya akan menternak sarang labah-labah ketika tido. objek kedua, kurang pasti. objek ketiga pula berbahagia bersama anaknya yang diabaikan di celah katil.

prop sampingan 1 : Power Rangers Pink milik Nadiah. sangat famous pada kemunculan awalnya. semua orang berebut-rebut untuk menjadikannya sebagai anak angkat. tetapi, kini beliau diabaikan di ceruk katil Nadiah. mempunyai lapisan habuk setebal 3mm dan mungkin menjadi setebal 5 mm di sepanjang musim peperiksaan ini.. semakin kempis ekoran tak cukup makan. hujung bulan ini, Nadiah akan didakwa di mahkamah atas tuduhan mendera kanak-kanak.saye pun mungkin akan didakwa atas tuduhan mencederakan kanak-kanak kerana saye sering mengetuk2 kepala Power Rangers itu ke dinding bagi mendengar suaranya yang lunak merdu merengek meminta tolong.

Prop sampingan 2 : tombol pintu kesayangan semua. amat berjasa. sempadan kami dengan dunia luar. namun kini, ia menjadi semakin berjasa kerana menjadi sempadan kami dengan tahi kucing di luar bilik.

prop sampingan 3: sejadah. menjadi rakan karib di musim peperiksaan ini. perantara kami dengan Yang Esa.

:)

prop sampingan 4 : air milo oat Nadiah. nyaris-nyaris menjelma menjadi sport car. mujur, ia dicuci dengan lebih awal. jika tidak, ia akan menjadi sahabat baik sport car Eryn yang parking di bawah katil saye sejak berhari-hari yang lalu. sport car Eryn nyaris disaman oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan kerana tidak meletak kupon parking. sekarang ni, kupon parking sudah pun expired. mungkin tayar keretanya akan di-clamp atau keretanya akan ditunda jika terus dibiarkan sehingga tamat final exam.


setelah mengambilkira faktor kesenonohan, ini sahaja pic yang dapat saye paparkan. ade banyak lagi pic yang tidak senonoh, sebenarnya. tapi, saye tak mahu terus memalukan diri saya sendiri.

saye tidak kisah jika saye kehilangan Sang Pembaca Blog saye selepas ini setelah anda melihat tahap tidak senonoh dalam diri saye. saye tidak sempurna.tapi saye jujur, okey? hehe.

inilah entry saye yang paling lama untuk disiapkan setelah beberapa kali terbengkalai sahaja dalam peti Draft. maaf, wifi di sini tidak begitu memuaskan. jadi, saye mengambil masa yang lama untuk memuat turun gambar.

ini juga entry saye yang paling skema dalam sejarah. harap maklum. hehe.








7:27 AM