Zurina Majid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2299097498486129935\x26blogName\x3dZurina+Majid\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/\x26vt\x3d-2210775171145360540', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
zurina's
I'm your master


Your photo here.

Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut. aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.


*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*

THE ROCK ♥


Your photo here.


misi bantuan

nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper

masih ada jalan keluar

BLOGGER.com
Facebook
Twitter
Tumblr

warisan artifak negara.

March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
***
***

tabung sekolah


hit counter
hit counter

Monday, January 31, 2011

allright, esok family gua balik kampung. Muar. err takdelah kampung sangat.

menurut firasat gua, kampung tu sesuai ditakrifkan sebagai sebuah lokasi yang ade rumah papan, ade sawah padi, kalau takde sawah padi pun ade ladang getah, ladang kelapa sawit ataupun kebun buah-buahan.

lepastu, KAMPUNG menurut definisi gua mesti ade sungai, ade perigi, ade bela ayam, ade bela lembu, ade pokok kelapa, ade pokok pisang, ade gunung.

ye. itulah KAMPUNG mengikut definisi gua. sebab gua mase zaman sekolah rendah dulu, kalau cikgu cakap " ha murid-murid, lukis suasana kampung ". ye, menatang-menatang tu la yang akan gua lukis. sadis kan. sebab gua takde kampung yang bersuasana macam tu, so dengan kolot fikirannya gua akan melukis suasana kampung idaman gua.

padahal kampung gua sebenarnye tak berkeadaan sedemikan rupa pun. sobsobsob.

kalau KAMPUNG belah family mak gua, lokasinye dekat Kampung Melayu Majidee sane. bagi orang JB taulah kan macam mane suasane Kampung Melayu tu. dah takde rupe kampung dah. ala-ala Kampung Baru kat KL tu. tak best kan? ye, memang tak best.

kalau kampung belah abah, ye di Muar sane. tapi sebenarnye kalau belah abah, gua dah takde atuk atau nenek. kirenye one-stop-center la untuk semua saudara mara berkumpul. ye. kat Muar ni pun takde rumah kampung idaman gua. yang ade hanyelah rumah teres peninggalan arwah atuk gua. sumpah memang takde suasana kampung langsung.

cume yang best sebab dekat Muar ni bersepah jugak la rumah-rumah kampung. sebab tu gua suke balik Muar. tapi sumpah la gua cakap, gua memang excited kalau orang bercerita yang kampung diorang tu menepati kriteria kampung yang ditetapkan oleh gua. jeles gile. gua nak kampung macam tu. malangnye tak dapat.

kepade jejaka-jejaka tampan di luar sana, meh la kapel dengan gua kalau korang ade kampung macam tu. nanti gua boleh pergi melawat. HAHAHAHAHA. 


gojes. nak kampung! nak kampung!

ha. ni la suasana kampung idaman yang dilukis di-google oleh gua.
same sejibik sejibak dengan ape yang gua lukis mase sekolah dulu.
kat pokok pisang siap ade jantung pisang. gua pun lukis macam tu. haha
awww. terharu betul dengan pelukis yang mempunyai citarasa same seperti gua.

ok. tu jela gua nak membebel. padahal motif utama entry ni just nak bagitau esok gua balik kampung kat Muar. tu je. ape gua mencarut ni. seiap letak gambar kampung la. mabuk agaknye minah ni. hahaha.

ok BYE.




4:58 PM


Sunday, January 30, 2011

thanks to Sue yang buat special entry pasal aku.
click sini.
terharu pulak rase.
haha.

okay.
thank you so much.
you are such a sweet girl.
a kind-hearted girl.

we knew each other for quite some time.
tapi belum pernah jumpe lagi.
nak jumpe sangat Sue ni.

dulu-dulu,
kitorang pernah ade crisis.
tapi taktau la macam mane boleh baik.
dah macam adik sendiri dah.

hopefully kitorang akan baik sampai bile-bile.
amin.

* Sue, be good okay. hehe. take care sis *


10:28 PM



Dear ladies,
Don't be fooled by a man.
And don't be fool because of a man.


* i dedicate this to my lovely friends out there. some of my gfs face their hard time. yeah, it's all because of man. be strong, ladies. I love you *



6:20 PM



insan insan gay, nyah kau dari suami aku.
WAKAKAKAKAKAKA


7:19 AM



hello.
this is my the latest look for my blog.

adeh. cakap bahase melayu boleh tak?
kau bajet kau terer speaking ke?

okay.
setelah hampir 6 jam mem-private-kan blog kesayangan hamba ini,
dan selama tempoh itu aku berhadapan dengan coding yang sumpah macam haram.
sakit mata aku ni ha.

ni lah hasilnye.
aku memang saje nak buat blog underground, low profile habis-habisan.
memang malas nak buat blog yang mesra penggguna.
haha.
gile kejam.

err. simple. kan?
kalau rase serabut, boleh berambus dari sini.

tapi memang betul tak convenient gile-gile.
blogger punye ape kejadah name die, yang selalu ade kat belah atas tu.
ha, tu pun takde.
button nak follow pun takde.
nak comment pun takde.
post title pun takde.
wah.

( i'm still working on the post title. there might be some mistakes in the coding. )

kalau nak follow, ( bagi sesiapa yang tak tahu ) boleh pergi dekat korang punye dashboard, then dekat reading list ( tempat yang ade list blog yang korang follow tu ), then click ADD, then masukkan URL blog ini. tu je. simple. SEKIAN TERIMA KASIH.

tapi aku suke blog camni.
lagi best dan best.
aku rasela.
kalau korang tak suke, tu aku malas la nak amik tau.
haha.

sumpah aku dah penat.
banyak lagi cacat-cela ni sebenarnye.
tapi aku dah penat nak explore coding ni seketul-seketul.
penat weh.

err lagi satu,
lepas ni dah takde
menatang HASIL TULISAN ZURINA MAJID tu.
aku malas nak buat yang baru.
kalau korang bace entry aku zaman jahiliah tu,
mintak maaf la sebab tibe-tibe cacat ade bende tu tertampal kat post tu.
aku malas nak remove satu-satu.
memang nampak cacat, i know.
tapi, maafkanlah aku.

ha, kalau korang nak berambos dari blog ini dengan mudah,
just simply click dekat ruangan MASIH ADA JALAN KELUAR
ade tulis BLOGGER.COM.
memang straight away pergi ke dashboard anda semua.
i tried to make it user-friendly
:'D

so, itu sahajalah entry terbaru setelah bertukar wajah.
enjoy!


* 300111. oh tomorrow is my parents' 24th anniversary! i love you abah, i love you mak :) *


6:09 AM


Saturday, January 29, 2011

i'm getting bored with my current blog template. i'm going to change it. add a little personal touch to make it funkier than this. go Zurina!

p/s : i hate purple, actually. and this theme, argh i hate it.




4:26 PM



I like it when you ask me to cool down.
I like it when you ask me to do that stupid asshole face.
I like it when you listen to every single crap I said.
I like it when you make me feel comfortable and much more calm from my anger.
I like it when you are able to neutralize every anger that I had.
I like it when you makes your stupid jokes.
I like it when you call me that asshole names.
I like it when you make me feel secure.
I like it when you make me happy.


I like it when I like you.
I like it when I don't know what else to do.


Thank You for everything.
I heart you.
XOXO




4:18 AM


Thursday, January 27, 2011

just smile , Zurina. and pretend nothing's going on out there.

i'm enjoying every single moment of happiness with my family.

i love when my mom called me just to remind me to watch Asmaradana.
how understanding you are, mak.
i thought she doesn't know how much i love Shaheizy Sam.
haha.

*****

Mak : ( knocking on my room's door )

Me : ye mak, kenape?

Mak : tengok tv cepat. pakwe awak berlakon tu.

Me : Asmaradana ke mak?

Mak : yelaaaa. pegi tengok cepat.

Me : ( blushing and quickly run toward tv. haha )


*****

there was a scene in Asmaradana which involved Shaheizy Sam sat on the left of a table, an old lawyer sat on the middle and Tiz Zaqyah sat on the right.





Mak : ha, yang tepi tu pakwe kakngah. ( merujuk kepada Shaheizy Sam )

Me : haha. betul betul!

Abah : ha, yang tengah tu pakwe mak. ( merujuk kepada lawyer tua )

Me : muahahahaha.

Abah : ha, yang ni makwe abah ( merujuk kepada Tiz Zaqyah )

Me : amboi. hot betul. hahaha

*****


I love my family. they are everything. without them, i am totally nothing.




7:38 PM



aku sayang HUSBAND aku. fullstop. 




5:48 PM


Tuesday, January 25, 2011

away for 36 hours.

no facebook, no twitter, no formspring, no tumblr and no blogspot.

why?

perjanjian sulit.
i will not appear online to any of my social network sites.

stupid, isn't it?

HAHA.

so goodbye people.
see you in the next 36 hours.

XOXO.

post signature


3:20 AM


Monday, January 24, 2011

haha.
ye tak tipu.
aku hot.
agak heboh menjadi sebutan ramai di masa ini.
whatever lah.
aku femes. aku hot. aku glamer.
semakin ramai orang membenci aku, semakin femes la aku.
kan kan kan?
i don't even know you.
tibe-tibe nak benci aku.
pehal?
ade aku kisah?

PEGI MAMPOS.


thank God i ade Tumblr. best menatang ni. haha. okay. seriously penat sangat-sangat-sangat-sangat-sangat nak melayan kerenah manusia ni. macam-macam hal ade. aku pun malas dan memang TAKDE KEJE nak jage hati setiap manusie atas bumi ni. memang penat. ditambah pulak dengan manusie yang tak suke kat aku. argh. ni lagi aku tak kuase nak layan. sumpah aku berbangge bile ade orang benci aku. sebab? sebab orang yang dibenci ni akan jadi top priority untuk di-skodeng. ye, betul sumpah tak tipu. sebab dulu mase aku tak suke someone, memang aku aim je nak stalk ape yang die buat. for sure orang yang tak suke aku pun buat camtu jugak kan? pendek cerita, aku ni memang bertakhta di hati mereka. awwww. terharu. fullstop.

senang cerita, keep hating me lah. kau ingat aku dapat duit ke kalau melayan kebencian kau tu? sumpah takde hasil. kau jugak yang panas hati, sakit jiwa. aku? aku bahagia je. no worries. haha. and for those anonymous yang sukeeeeeeeee sangat nak menyemak kat formspring aku, tanye soalan-soalan gampang cinabeng tu, terima kasih la. aku ingatkan formspring aku tu sunyi tanpe pengunjung. rupenye ade. biarlah kau menyalak tanye soalan cipet kau tu sampai mampos. tak kuase aku nak jawab. soalan tak mencabar minda. LOL. 

keep calling me perampas, pengacau rumah tangge. whatever lah. aku malas nak layan. talk to the hand. okay?

Sekian.


Yang benar,
ZURINAtheHottie.
post signature


8:46 PM



fuiyoh.
one of my besties mase sekolah Johor Jaya dulu dah bertunang.
alhamdulillah.
congrats to Nurul Azrin.
aku tak datang majlis die. 
sob sob sob.
but seriously i'm glad for her.
bahagie je rase tengok gambar-gambar tunang die.
seronokkkkkk.
hikhik.

ye, ni lah besties aku mase form 123.
from left, Izzati, Jannah, Azrin and Rose.
lame sangat tak jumpe diorang.
huuu.
btw, Rose tu sebenarnye sedare mare aku jugak,
atuk sedare aku kawin dengan mak sedare die.
so, aku pun taktau lah ape aku patut panggil die. hoho.
mase sekolah dulu, orang cakap kitorang ni kembar.
LOL.




3:39 PM


Saturday, January 22, 2011

a simple nice pair of Vans. i'm craving this thing for a very long time.
ignore the one with those blingbling stuff.
i just google-d the image randomly.

blood donating.
since this is my resolution right away after i had finished my SPM.
but i still haven't done any yet.
i wish i could done my first blood donating in 2011.
save people. save lives.

That's all. All the best.

post signature


10:53 PM


Friday, January 21, 2011

i'm just wandering through deviantart.com,
and i found this lovely piece of pictures.
it's lovely yet full of meaning.
I LOVE YOU!
hikhik
:)






2:59 PM


Thursday, January 20, 2011

mak : Zurina, awak ni bile nak belajar masak?

Zurina : ala, nanti la mak.

mak : nanti, nanti. bile entah nak belajar.

Zurina : ( petande buruk )



* bile seorang mak bertanye kepada anaknye bile nak belajar masak, sumpah aku rase itu petanda buruk. gahhhhhh. aku tak suke masak! aku tak minat nak belajar masak. mak. tolonglah paham. * 


11:25 AM



Happy Thaipusam kepade sesiapa sahaje yang menyambutnye.

selamat bercuti kepada sesiapa yang tak menyambutnye.

semoge berbahagia.

semoge gembire dan baik-baik saje.

semoge tak jahat macam aku.

sumpah rase bersalah kat sesetengah orang.

mintak maaf la ye.

ku tahu orang-orang itu memang bace entry ni.

sebelum tu nak explain sikit.

aku malas nak terikat dengan apa-apa komitmen buat mase ini.

aku nak bebas.

malas nak pikir ape-ape lagi.

let's just get back to basic.

from zero.

i faced some tense recently.

so sebab tu dah malas nak serabutkan kepale otak ni dengan bende-bende nonsense.

SORRY.
bye.

YANG BENAR, zurinamajid.




11:17 AM


Wednesday, January 19, 2011


Zeti : Zeti dah besar nanti nak jadi model.

Kitorang : euw. hahaha

Zeti : kalau tak jadi model, Zeti nak jadi pembaca berita. kalau tak jadi pembaca berita Zeti nak jadi penyanyi. kalau tak jadi penyanyi Zeti nak jadi pelakon. kalau tak jadi pelakon Zeti nak jadi pramugari.

Kitorang : ( gelak kaw-kaw punye ) ape punye taste la kau punye cita-cita, Zeti.




* Zeti is my youngest sister. she's in standard 4.*

seumur hidup aku, aku tak penah la nak berangan nak jadi semua tuh. entah ape-ape adik aku ni.
kalau korang ade adik sebaya dengan adik aku ni, better korang tanye ape cita-cita die. budak-budak sekarang punye cita-cita totally dahsyat.

aku ingat lagi masa aku darjah satu. aku suka bace buku teks sebab banyak gambar cantik-cantik. then kebetulan mase tu aku suke tengok gambar sorang budak pegi beli setem kat pejabat pos. and kagum aku tengok gambar kerani pejabat pos tu. and mase tu jugak bile cikgu tanye sekor-sekor ape cita-cita sebab nak tulis kat rekod pelajar tu, aku dengan yakinnye jawab aku nak jadi KERANI. bunguks. haha

post signature


8:43 PM


Tuesday, January 18, 2011

goodbye to my cat. and goodbye to her kittens.

kucing aku yang oren tu mati. few months back, kucing oren ni pregnant, and die melahirkan 5 ekor baby. sekor mati. then tinggal 4. then sekor lagi mati. tinggal lagi 3. sejak seminggu lepas, aku tengok kucing oren ni memang ade tande-tande nak mati. die taknak makan, kurus kering, and nampak sangat macam takde tenage. kesian jugak. walaupun dulu aku benci gile dengan kucing ni.

sumpah dulu memang selalu kucing ni kene hambat dengan aku. sebab die suke kacau aku tidur. lepastu die pernah meninggalkan "harte" atas katil aku. 2 kali you know!!!! you should understand how much i used to hate that cat.

tapi nak buat camne kan. dah ajal. mungkin kucing ni sakit sebab die rajin minum air dalam toilet. paham lah kan air dalam toilet macam mane. lagi-lagi kat atas lantai tu. lagipun kadang-kadang aku mop rumah dengan klorox. maybe sisa-sisa klorox ade atas lantai, then die minum. kau pahamlah kan. tolonglah paham.

then bile die dah kene keracunan macam tu, automatically akan effect pade anak-anak die sebab kittens tu semua still minum susu mak die. bile anak die minum susu mak die yang dah kene keracunan tu, oh tolonglah sambung ayat ni. ak tak sanggup. sedih beb.

then kelmarin mak die mati. tengahari sebelum die mati tu, adik aku ade tegur, " kurusnye pempeng......." ( pempeng tu adelah name untuk kucing oren. ) then aku dengan selambe badaknye cakap " dah tak lame dah tu " siot kan aku. then petang tu jugak die mati.

semalam sekor anak die mati. dan pagi tadi 2 ekor kucing yang terakhir pun mati jugak. sedih. sekor tu mati kat bawah meja. aku yang gali lubang. tanam kucing-kucing tu. aku tanam kucing tu dalam satu liang je. mase mule-mule letak anak kucing tu, die punye position tu agak pelik sikit. then aku gune cangkul nak betulkan positon die. tibe-tibe aku rase macam takut. aku suruh mak aku settlekan pengebumian kucing tu.

* hwargh, tangan melecet teruk sebab gali lubang tadi. aku ni memang takbley pegang sesuatu bende lame-lame. memang senang tangan ni melecet. menyapu takbley lame-lame, mop lantai takbley lame-lame, pegang pisau takbley lame-lame, pegang pen pun takbley lame-lame *

lepas tu aku pun masuk dalam rumah. terus mop satu rumah dengan klorox. sebab ade cecair pelik yang keluar dari bangkai anak kucing tu. so dengan pantas kite kene hapuskan segala kuman. mase aku mop tu, sumpah memang longgar lutut ni. memang rase macam nak pitam. taktau lah kenape. aku mop cepat-cepat, then mop lagi satu rumah lagi sekali gune fabuluso untuk mengharumkan seisi rumah. lepas mop terus masuk bilik.

condemn.

memang takbley berdiri. sampai sekarang. hanye mampu meng-online-kan diri. main game kat fb.

( rest in peace, kucing. sedih. )

post signature


10:13 AM


Monday, January 17, 2011

sumpah macam sengal betol harini. aku taktau la ape malang nasib aku harini. ade ke patot time aku nak mandi tadi dengan konfidennye aku capai botol shampoo kucing. mati-mati aku ingat tu shampoo untuk manusia. binawe betol adik aku dah mandikan kucing semalam tak reti nak simpan shampoo kucing tu. kang tak pasal-pasal pas mandi aku bertukar jadi Puss in Boots. haha.

dengan kejadian salah nombor yang amat memalukan. argh. sumpah memang suwey.

lepastu beberape hari sebelum ni aku asyik mimpi orang yang same. memang hell lah. takde suwey lagi mimpi? cinabeng.

mimpi dapat result. ni lagi binawe. result macam cinabeng. jangan result aku betol-betol macam cinabeng sudah.

arrgghh. memang hari bodoh la harini.

i will never like Mondays. fullstop.

post signature


6:15 PM



( cerita ini hanya akan menggunakan tanda bacaan noktah sahaja. AMARAN JANGAN BACA SEBAB KORANG TAK PAHAM PUNYE )

cerita paling bodoh di tahun dua ribu sebelas. tentang kesengalan tahap gaban diri aku sendiri.
ehem macam ni ceritenye. pada suatu hari aku message dengan sorang hamba allah ni. message punye message lepastu die cakap die nak tido. aku pun cakap ok kau pergi lah tido. lepastu die cakap. wey aku nak tido lima minit je. lepas lima minit kau kejut aku okay. aku pun cakap okay nanti aku kejut kau.

lepas lima minit aku pun amik henpon aku lepastu aku call die. first call die tak angkat. aku call lagi. lame sikit lepastu ade orang jawab. suare sihat segar dan riang macam tak tido lima minit pun. aku pun dengan konfidennya cakap weyy bangunlah dah lima minit. lepastu orang kat sane pelik. die cakap aku ni sape. aku lagilah pelik. hai die ni nak main-main pulak dengan aku. aku tanye balik die ni sape. sebab tibe-tibe aku rase aku tepon salah orang. aku cepat-cepat tengok skrin henpon. eh betul lah aku tepon orang ni. apasal macam pelik.

lepastu aku rase aku malu. terus aku letak telepon. mampos malas nak tepon lagi. lepastu petang sikit hamba allah ni message aku. die marah aku tak kejut die sebab die tido terlajak sampai petang. aku pun sound lah. aku cakap aku dah kejutla weh. dua kali aku tepon kau. aku kejut. SUMPAH. dengan konfidennye aku cakap.

die pun tak puas hati. aku lagilah tak puas hati. die cakap aku penipu. die cakap takde naik pun nombor aku dekat missed call die. kurang asam betol.

lepastu cerita tu habis begitu sahaje. sampailah ke tarikh aku menaip kejadah haram ini. kitorang message lagi. lepas tu die cakap die nak tido. pukul sepuluh kejut aku sebab aku nak pegi hantar adik aku. hape entah. lepastu aku pun cakap okay nanti aku kejut.

lepastu bile da pukul sepuluh aku pun tepon lah die. tak angkat. aku tepon dan tepon dan tepon lagi. tak angkat jugak. lepastu aku tepon lagi sekali. okay ade orang angkat. die tanye aku sape. aku tanye die sape. lepastu aku pelik. die pun pelik. die tanye aku nak cakap dengan sape. aku cakaplah eh ni sape ni apasal pelik sangat. ade kat mana ni. lepas tu die cakap die ade kat TAWAU. mak aih. taknak jauh lagi ke.

die cakap sabah. aku tak paham. aku gelak-gelak suruh die translate bahasa sabah tu. die pun gelak-gelak jugak. tanye kenape aku asyik telepon die. aku cakap mane ade aku nak telepon die. aku nak telepon kawan aku. tapi aku taktau kenape aku telepon die. die pelik. aku pun pelik. lepastu aku cakap sorry pasni tak kacau awak lagi. lepastu die tanye awak dah kahwin ke. aku pun gelak lepastu aku cakap adeh ape punye soalan ni.

lepas 5 minit aku hantar message kat makhluk tak sedar diri tak reti nak bangun ni. aku suruh die bangun. tapi die tak bangun-bangun jugak. aku pun tepon die. dalam hati berdoa janganlah aku telepon orang tawau tu lagi. ye ramalanku benar benar belaka bak nyanyian kumpulan umbrella. mamat tawau ni yang jawab. sambil gelak-gelak. aku pun gelak-gelak jugak. adeh. aku rase malu tibe-tibe mesti mamat tawau ni ingat aku nak usha die gune taktik kotor. aku pun cakap sorry saye tak paham kenape jadi macam ni. sorry ye lepasni saye tak telepon lagi. die gelak-gelak cakap takpe. lain kali telepon lagi. dalam hati aku cakap bersyukur sebab die cakap macam tu. buatnye die cakap kau ni dah kenape telepon aku setaaaannnnn. tak ke mati aku dibuatnye.

dalam 1 jam kemudian aku hantar message kat makhluk tak sedar diri ni. aku tanye wey ko dah bangun ke belum. aku takpaham lah kenape aku asyik cakap dengan orang lain bile aku telepon kau. dalam hati meyumpah seranah jugaklah, berkata kau pasang directory ke. lepastu makhluk ni balas. oh dah bangun rupenye. die cakap kenape dengan aku ni. aku pun cerite la kat die. aku cakap kau pegi lah tukar nombor lain. serabut kepale hotak aku.

dalam masa yang sama aku bukak hotlink punye website. aku nak check aku punye prepaid statement. perasan pakai bill lah konon-kononnye. check punye check tibe-tibe aku rase macam aku ni patot dilanggar dengan bulldozer 50 tan.

SEBAB aku sebenarnye salah tepon orang. nombor makhluk yang minta dikejut ni 012blablabla. then nombor telepon orang tawau ni 017blablabla. blablabla tu memang same sejibik sejibak.

memang aku ni pundek.
kalau macam ni sampai kiamat pun aku akan telepon orang tawau tu.
stupid.

bodoh kan. aku bajet aku hafal nombor makhluk ni. sebab tu aku konfiden tepon. padahal salah nombor. HUOFSKKFSNHJAFS. 

* sampai sekarang makhluk tu taktau aku salah telepon. dahla aku siap SUMPAH cakap aku kejut die dulu. padahal tak kejut pun. aku pegi kejut orang lain. huh.wtf.oh lupe nak bagitau. aku tak save nombor mamat ni. bijak kan aku? hahaha. *





1:00 PM


Saturday, January 15, 2011

helo helo helo helo helo helo helo dan helo.
bertemu lagi kita.
sebenarnye malas nak update.

cume nak bagitau je aku dah register MUET aku.
haritu terase agak sengal lah sebab tak amik MUET mase kat Kuantan.
sengal kan? ye, memang sangat sengal.

jadi aku telah mendaftar sebagai seorang calon persendirian.
weehoo, tibe-tibe terasa seperti seorang anak orang kaya yang sekolah dekat rumah,
cikgu datang rumah tolong ajar.
wtf.

sekolah yang menjadi pujaan ade banyak.
mule-mule nak amik dekat SIGS.
nak jugak rase mencapap kat sekolah perempuan nih. haha

tapi last-last pilih Sekolah Dato' Jaafar.
bersebelahan dengan sekolah teknik aku, Teknik Tanjung Puteri.
macam yucks yucks je kan.
memang yucks pun.

alang-alang tu,
nak bagitau lah.
dulu lepas SPM, aku agak kecewa sebab tak dapat first intake ke poli and IPTA.
nak kate result macam haram, takdelah haram sangat.
makruh je kot.

kecewa berhari-hari, nangis air mata darah.
pelik sangat kenape tak dapat IPTA and poli.
lepastu kebetulan dapat Form Six.
memang euw. tak kena dengan jiwa aku.
dan aku dapat Sekolah Dato' Jaafar.

memang euw lagi sekali lah.
actually, sekolah tu sebenarnye sekolah lelaki.
( salah sebuah faktor ke-euw-an )
lepastu sebelah je dengan sekolah lama aku.
( menambahkan lagi rase euw )
lepastu sekolah tu ialah sekolah lelaki yang pundek sikit lah.
kirenye sekolah lelaki untuk naughty boys.
bukan macam EC, sekolah yang dipenuhi dengan boys pujaan gadis-gadis.
( cukuplah euw setakat ini )

aku dulu pernah minat kat sorang budak EC. hensem siot. selalu naik bas same dengan aku. hati berbunga riang bila die naik bas yang same dengan aku. gatal betul minah ni. EUW.

tapi aku sekolah jugak kat situ.
sempatlah ber-formspring ber-formsix selame seminggu lebih.
sumpah takboley bla.
makhluk 6 rendah semua tak sehati sejiwa dengan aku.
makhluk 6 atas pulak macam mintak kaki aku untuk dicop ke muka mereka.

yang aku ingat, mase minggu suaikenal
( aku pun tak ingin nak datang sebab aku tak minat nak berkenalan dengan diorang )
diorang tanye, aku dari sekolah mane.
aku cakaplah Teknik Tanjung.
kaw-kaw betul-betul Ho Liao aku kene gelak sebab sekolah  lame aku sebelah je dengan SDJ nih.
diorang cakap : hai, rindu kat sekolah tanjung ke. sebab tu masuk SDJ. boleh tengok sekolah tanjung tiap-tiap hari. 
memang aku nak tunjuk fak je dekat atas dahi minah 6 atas yang cakap tu.

kebetulan lepas seminggu tu,
aku dapat tawaran ke kolej hikip aku tu.
civil engineering, UTM.
dengan cergas aku nak masuk sebab aku taknak sekolah SDJ.
(perenggan ini adalah sebab kenapa aku boleh sesat belajar kat Kuantan )

ok.
tu jelah.
lari-lari pun,
aku dapat jugak SDJ ni.
memang jodoh aku dengan SDJ kot.
sebab mule-mule nafsu syaiton nirrojim ni suruh click kat "Maktab Rendah Sultan Abu Bakar "
konon-konon boleh mencapap amek exam kat sekolah lelaki pujaan aku dulu.
tapi, taktaulah kenape aku click jugak dekat Sekolah Dato' Jaafar.

sampaikan mak aku cakap,
" la, kenape pilih SDJ??  "
mak aku agak kecewa sebab beliau nak suruh aku pilih SIGS sebenarnye.
sebab tu kan sekolah lame die.
mak ni, entah ape-ape je.
" mane-mane pun same je maaaaakkkkk" jawab aku dengan penuh yakin.


( padahal tak same pun. SIGS sekolah perempuan. SDJ sekolah lelaki . wtf )



*GLOSARI*

- SIGS : Sultan Ibrahim Girls' School. sebuah sekolah premier perempuan di JB. same taraf dengan Convent, SETA. bawah taraf STF

- SETA : Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah. sekolah perempuan kat JB jugak.

- STF : Sekolah Tun Fatimah. sekolah yang setaraf dengan Kolej Tunku Kurshiah. sekolah berasrama penuh perempuan yang femes kat JB. pernah berangan nak sekolah kat sini, cume tak cukup pandai. haha.

- EC : Maktab Sultan Abu Bakar. atau dalam name orangputih, English College. sekolah budak lelaki. budak lelaki yang stylo, sebab aku suke tie diorang. tie diorang cantik. sekolah die pun cantik. oldies gitu. sekolah Fahrin Ahmad. sebab tu aku suke Fahrin Ahmad. aku pun taktau kenape aku nampak budak EC ni hensem je. jarang nak jumpe yang tak hensem. haish. sebab tie diorang membuatkan diorang hensem kot.

- SDJ : singkatan untuk Sekolah Menengah Dato' Jaafar. sekolah AKU. haha.

ye, inilah lencana sekolah SDJ.
pelik kan. hehe.
ade lampu aladdin.
dulu mase aku dapat lencana sekolah ni,
kaw-kaw aku kene gelak dengan adik aku.
siot btol lah.
*baru aku perasan : is it bersasa, or supposed to be berjasa? *
mungkin bersasa kot, sebab ni kan sekolah lelaki. haha

post signature


11:47 AM


Thursday, January 13, 2011

yeehaaa. itu lah tajuk entry yang paling best di alam semesta sebab tauke mabuk dah tak mabuk lagi sebab tauke mabuk sekarang tengah demam.

sumpah rase tersiksa jiwa dan batin dengan kehadiran penyakit ini. bukan ape, ni aku nak bagitau kat korang. aku lagi sanggup demam dengan sadis, terlantar dan tak mampu berbuat apa-apa daripada menanggung sakit yang sekejap on, sekejap off. kau cuba bayangkan bila aku tengah bersemangat, ligat dalam kepale otak nak buat itu dan ini, tibe-tibe pening datang menyerang dan badan menjadi panas tahap klimaks. lalu aku pun dengan sedihnye menangis mengucapkan selamat tinggal kepada segala perancangan yang telah dibuat.

oh sedih sungguh.

ye, sebelum tu nak share sikit lah.

Allah Ta'ala berfirman, artinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS asy Syura: 30

ok. bace tu Zurina. tolonglah insaf.






ni baru sikit. dah complain itu ini. ini adelah balasan atas apa yang aku sendiri buat. aku tahu aku jahat :'(



p/s :


okay. mintak maaf pade semua orang. aku mengaku aku agak jahat sekarang. sangat-sangat selfish. sangat-sangat kejam. ape yang aku buat tak pernah nak fikir pasal perasaan orang lain. jahat kan aku. ye, aku tahu. ( great, tibe-tibe sakit kepale datang ) err. i admit i can't control my emotion lately. it's really chaotic. ( aku boleh rase kepale otak aku tengah berdenyut-denyut dengan aktif sekarang ) . sumpah aku blackout. aku blank. taktau lagi ape nak buat. ya, aku dah dapat my own very tiny punishment for all that i've done. ( aku raselah. ) speechless. ( sumpah penyakit dah datang balik. kejap lagi mesti badan panas. BYE )



post signature


10:08 AM


Monday, January 10, 2011

lame tak mencarut kat sini. boring memang boring. cume takde idea nak update ape. rutin harian hanyelah tido online tido online dan tido. makan sehari sekali. ramai-ramai, sila ucapkan selamat tinggal kepada 2kg lemak aku.

mengikut bacaan di mesin penimbang, begitulah nampaknye. hilang 2kg. taktaulah kalau mesin penimbang rosak. err. takpelah, anggap jela mesin penimbang tu tak rosak. hee.

err. lupe dah nak update ape. oh Taman Linkin. ye, sangat comel name taman ini. kalu betul-betul ade nama taman seperti ini, aku mahu jadi orang pertama yang menghuni di sini.  ( abaikan minah ini. die sangat meroyan setelah berhari-hari lamanya tidak menjejakkan kaki ke tanah dan menghirup udara segar )

okay sambung balik pasal Taman Linkin. gunelah google translate. dan cubelah translate Taman Linkin itu ( kalau anda sengal tahap gaban bertopeng tak paham ape itu Taman Linkin, ataupun otak anda asyik pending saje sejak kebelakangan ini. ) ye adik-adik. kakak nak cerita pasal Linkin Park ( maka adik-adik pun berkata boooooo~~ )

tak suke? mampos kau. aku suke Linkin Park. dari zaman sekolah. betul tak tipu. dulu mule-mule abang aku beli CD pastu sibuk-sibuk nak pasang kat cd player ( mase tu belum wujud lagi dvd player ye anak-anak ). aku tengah syok tengok tv pun akan berkate : WOI, AKU NAK TENGOK TV. CD JADAH HAPE KO PASANG TU?? err lebih kurang begitulah. lepastu abang aku tak layan aku pun. terpakselah aku dengar. eh best lah pulak lagu die. lepas tu terus aku suke. kadang-kadang aku curi-curi cd Linkin Park dalam bilik abang aku sebab aku nak dengar. * aku memang senang terpengaruh dengan abang aku. ape yang die suke, aku pun suke jugak *

lepas tu aku pun terus suke dan suke dan suke. mase tu aku sekolah rendah lagi. darjah 5-6 kot. tapi mase tu suke biase-biase je. lepas tu mase sekolah menengah, terus terjebak secara serius. ditambah pulak aku dah tak layan CD sebab kalau layan CD tak kenal pun siape tu Linkin Park. mase tu baru dapat tengok video klip lagu In The End. pergh terus terpikat dengan Encik Chester.

dengan suare cam siot sedap nak mati tuh, ditambah pulak dengan die punye tindik kat bibir tu. pergh sumpah aku tergoda. mase tu siap berangan lagi nak pegi tindik kat bibir biar same macam Encik Chester. tapi takut mak marah, lepas tu terus cancel hajat tuh. * senteng betul pemikiran mase belum akil baligh*

hensem kan.
cube bayangkan kalau aku tindik macam tu.
mungkin mak aku tak mengaku aku ni anak die
T____T
aku ingat lagi mase tu aku obses gile dengan game Pokemon. game die same je macam kat GameBoy tu, cume aku main kat PC. yela, tak mampu beli GameBoy. ha, bile aku main game Pokemon ni, mesti aku pasang lagu Linkin Park. konon-konon sebagai dorongan nak suruh Ash menang, nak suruh Pokemon-Pokemon aku menang bile lawan. * waa sumpah rindu gile dengan game ni *

okay, masuk ke zaman setelah akil baligh. hukhuk. err mase aku form 3 aku suke gile beli magazine Utopia. ha, mase tu pulak ade dapat poster Linkin Park. heaven tak? oh mestila heaven. aku siap gune poster tu, balut buku nota Geografi. bajet bile gune Linkin Park sebagai cover buku, maka lebih rajin la buat nota. err. padahal tak pun. kadar kemalasan masih same. tapi aku dapat A mase PMR untuk subjek Geografi. terima kasih Linkin Park, anda sungguh berjasa. 

so tadi, gali punye gali, aku jumpe balik poster yang berjasa tuh. nah terimalah.

mase ni cakap dalam hati : okay letak 1 je gambar kat blog.
senyuuuummmm. nah ambiklah kau muke macam mak orang belengas dengan pakai baju kelawar.
sumpah kau hodoh Zurina.
tibe-tibe dihasut oleh syaiton nirrojim untuk pose kali kedua.
err. bolehlaa. comel sikit dari yang tadi.
okay sumpah ni yang last.
akibat tamak haloba, maka inilah gambar yang paling buruk dan huduss.

harap maaf ye pembaca sekelian. minah ni memang cacat sikit kalau jumpe kamera. even kalau bagi kamera VGA pun die nak bergambar macam diacu oleh lens kamera Nikon. erk, sungguh sadis beliau ini. 

taraaa, tu die harta kesayangan beta. masih utuh dalam simpanan.poster kesayangan. buat balut buku nota Geografi. kat belah belakang gambar Linkin Park tu, ade gambar band metal legend Iron Maiden. tapi sebab aku lagi memuja mamat bertindik di bibir, maka aku ucapkan selamat tinggal kepada Iron Maiden. :'D

dah la tu Zurina. kau dah banyak sangat merepek ni. pegi main jauh-jauh sane.

nah, padan muke korang aku bagi video In The End. baik korang tengok dan layan. sape tak layan, siap!




post signature


8:41 AM


Thursday, January 6, 2011

entry yang dicuri dari blog Cik Sheera.
ye, aku pencuri.
so what???


mine will be : I kissed Christian Beadles because i have down-syndrome
wtf.


# WHO IS CHRISTIAN BEADLES?

thanks to Google. ( iklan dari penaja )
Christian Beadles is the 13-year-old brother of Caitlin Beadles, who is friends with Justin Bieber. 

Christian Beadles is really good friends wtih the famous pop-star Justin Bieber, Christian's older sister Caitlin, dated Justin when he wasn't as famous as he is now. 
Christian was in the music video with Justin Bieber "Ennie Meenie.

EUW. memang down-syndrome la kalau aku ciom budak ni.

mampos ko due-due ekor.
* sorry kepada PEMINAT JUSTIN BIBIR.


post signature


9:15 PM


Wednesday, January 5, 2011

I MISS YOU

post signature


8:24 PM


Tuesday, January 4, 2011

A picture is worth a thousand words.

That's why I love you, Shaheizy Sam.
Hearts :)


post signature


2:44 AM


Monday, January 3, 2011

* awas dengan ZurinaMajid. beliau sangat suke mencuri tag dari blog orang lain *

1. Selalu bangun pukul berapa?
- it depends on pukul berapa I tido. tapi mostly tengahari la. yaaaa, aku memang tak senonoh. tak payah cakap, aku dah tau dah.

2. Ramai kawan lelaki ke kawan perempuan?
- perempuan. tapi aku lagi suke berkawan dengan lelaki. perempuan ni leceh la. emo lebih.

3. Bila 1st time bercinta?
- form 5. puppy love. hakhak.

4. Tau memasak tak? masak ape?
- tipulah kalau tak pandai langsung. tapi masakan yang simple-simple je. too bad i dont love cooking.

5. Perkara paling lucu pernah berlaku dalam hidup?
- so many. malulah nak cerite. haha

6. Perkara paling gila yang pernah dibuat?
- aku langgar kereta orang. dan aku melanggar kereta orang menggunakan kereta yang bukan hak milik aku. cukup gila tak tu?

7. Jawatan masa sekolah menengah?
- err. pelajar biasa yang rendah diri dan tidak dikenali ramai.

8. Selalu keluar dengan member tak? berapa kali dalam sebulan?
- kalau kat Kuantan selalu jugakla. kalau kat JB, tak. sebab aku lagi suke duduk rumah.

9. Dengan kawan-kawan guna bahasa aku/saya/nama sendiri?
- semua ada. bergantung kepada dengan siapa aku bercakap.

10. dah berpunya ke belum? 
- let's just say, DAH. haha.

11. ape perkara yang paling pantang sekali? means, yang memang tak disukai.
- aku sangat-sangat pantang kalau ade orang show off. berlagak, cakap besar, berbual gempak, kalau cakap dengan dia asyik dia je nak menang, and kerja nak menyampuk ape aku tengah cakap. orang macam tu, you kind kindly f**koff.

12. if ada orang yang baru dikenali mintak no. telefon, apa respon anda?
- pikir sejuta kali dulu. kalau keadaan yang rasional, aku bagilah.

13. bila ada duit, anda suka beli apa?
- bergantung kepada faktor keperluan. tapi mostly beli baju la kot.

14. nama glamour time sekolah?
- err. entah. Zurina je la kowt yang paling glamour. haha

15. korang selalu habiskan kredit ( sms/call ) kat sape?
- macam-macam orang ade. actually, i prefer calling. sebab tu kredit cepat habis sebab selalu call orang.

16. sudah tercapaikah hajat anda? and share lah sikit ape hajat anda tu
- pergi ke Sudut Merepek. kat situ ada hajat aku. kalau nak tolong lunaskan hajat tu, sangat dialu-alukan. haha

17. ape yang anda geli geli geli gila gila gelilah?
- CICAK.

18. pernah accident/ injured teruk tak selama ni?
- accident pernah. first masa darjah 5. aku naik basikal dengan kawan aku. die duduk kat belakang. aku yang bawak basikal. then mase tu aku nak hantar die balik rumah. bile lalu kat satu lorong ni, ade satu kereta yang laju gile langgar kitorang. teruk jugaklah terseret. tapi mujur luka tak teruk. basikal cedera agak parah. cepat-cepat pergi rumah member aku, repair sikit basikal tu. tayar basikal paling lawak sekali. memang obvious gila kesan accident. tapi sampai sudah, tak bagitau kat abah sebab takut. haha.

19. perkara yang paling menarik minat anda? sampai anda lupe kat bf/gf/husband/wife?
- bagi laptop yang dilengkapi dengan kemudahan internet. SELAMAT TINGGAL DUNIA.

20. perkara yang paling terakhir anda nak buat kat dunia ni?
- mengucap dua kalimah syahadah. insyaallah :)


post signature


6:53 PM


Sunday, January 2, 2011

ye tuan-tuan dan puan-puan. hari ini saya nak bagi tips untuk kurus yang diberi khas oleh Tiz Zaqyah. okay.

sediakan pen dan kertas.

anda sudah bersedia??

kalau sudah bersedia, sila angkat tangan.

TIPU je. takde tips. sebab TaukeMabuk pun obesiti. jangan mimpilah nak bagi tips untuk kurus.

takdelah. sebenarnye nak cerita sikitla. bukan niat nak perasan atau membangge diri.

tapi, entahlah. aku rase itu dusta.

SITUASI 1.
*mase aku nak berambos dari hostel kesayangan, baru-baru ni. aunty aku tanye.

" eh, kak ngah kenape dah susut badan ni? tak makan ke? "
 aku tersenyum dengan penuh bangge sebab ade orang "nampak" kekurusan aku.


SITUASI 2.
* kat Port Dickson. sepupu sepapat cakap.

" wey kakngah, kuruslah kau..... "
tersenyum lagi dengan penuh bangge sebab ade orang "nampak" kekurusan aku.


SITUASI 3 * mase pergi rumah nenek aku semalam. sebelum salam dengan nenek aku.

" Zurina kurus sekaranggggg..... "
lagi, aku tersenyum dengan penuh bangge sebab ade orang "nampak" kekurusan aku.


SITUASI SEBENAR
ibu-ibu, bapak-bapak, siapa yang punya anak, aku tak kurus ye. berat masih kekal di takuk lama.
Sekian Terima Kasih.


NotamintakKaki  : masih dalam keadaan pelik dan tertanya-tanya. ramai orang cakap muke aku macam Tiz Zaqyah. adeh. mase kat Port Dickson haritu siap kene nganjing-nganjing lagi. adeh dan adeh lagi. haha.



okay cepat teka mane satu Tiz Zaqyah, mane satu Zurina Majid.
( perasan gile statement ni )
aku tenung, aku belek, aku kaji, aku tilik.
sumpah memang tak same langsung.
* konon-konon nak tunjuk keayuan lah letak gambar pakai baju kurung*
poooraaaah you, Zurina.
HAHA.

NotaMintakKaki kali ini sangat menggelikan tekak dan meloyakan. tolonglah tekan butang pangkah di window anda sekarang. 


post signature


11:42 PM



selamat kembali ke sekolah wahai adik-adikku sayang. sumpah memang best menganjing adik-adik aku yang sibuk-sibuk prepare barang-barang sekolah.

* tapi, dalam hati memang jealous jugak lah sebab diorang still sekolah. aku dah tak merasa lagi zaman bangun pagi-pagi untuk pergi ke sekolah.*

teringat pulak mase zaman sekolah dulu, kalau malam sebelum hari 1st sekolah tu, aku akan busy menelepon kawan-kawan aku, tanye " besok kau bawak buku tak? ", " besok kau bawak ape je pegi sekolah? ", " besok kau datang pukul berape? ", " besok kau tunggu aku dekat kantin tau ". sumpah itu memang soalan lazim sejak dari sekolah rendah sampailaaaa ke sekolah menengah.

then kalau dah tahu kelas ape, memang sibuk lah berpakat dengan si kawan-kawan. A duduk sebelah B, C duduk sebelah D, and kau duduk sorang-sorang sebab geng kite tak cukup orang. sorang geng dah tercampak ke kelas lain. ha, lebih kurang camtulah. aku pernah kene duduk sorang-sorang masa aku form 3 dulu. nasibla ade sorang budak cina lelaki baru pindah mase tu duduk sebelah aku. tapi budak cine tu setan. selalu curi kerusi aku sebab die malas nak pergi amik kerusi dekat kelas lain.

lagi, kalau dah start sekolah ni, memang best la prank member-member, berpakat ramai-ramai nak kenekan salah seorang, vote ramai-ramai jadi ketua tingkatan, penolong, bendahari, AJK keceriaan wtf. oh aku jugak pernah jadi mangse. mase aku form 4, member-member aku prank aku. ade ke patut diorang calonkan aku jadi penolong ketua tingkatan. seriously wtf. memang banyak gile kerja, leceh sangat-sangat. pagi-pagi kene datang awal, bukak kelas sebab ketua dengan penolong je pegang kunci kelas. ( oh agak malang sebab ketua tingkatan aku tuh seorang Cina lelaki yang lembut, yang slow, yang hampeh. jadi memang aku lah harapan utama untuk membuka kelas. and aku pernah kenekan my whole class- aku tak datang sekolah, and kebetulan mase tu cine lembik ketua tingkatan aku tu pun tak datang jugak. padan muke semua orang. HAHA )

oh ingat lagi. mase jadi penolong tu jugak, aku kene pergi bilik disiplin pagi-pagi sebelum assembly, amik form kedatangan ( agak malang juga bersekolah di sebuah sekolah yang mempunyai ramai gengster  dan samseng yang keadaan disiplin susah dikawal ). so, setiap pagi, mase assembly aku kene kire kedatangan makhluk-makhluk kelas aku, isi form merepek tu then berlari-lari pulak hantar form tu dekat bilik disiplin. SETIAP HARI okay aku kene buat macam tu.

then kene buat JADUAL WAKTU kelas dan JADUAL BERTUGAS. ini lagilah wtf. aku yang kene buat. memang lah aku ni KREATIF sangat. hamek kaw, memang huduh jadinye JADUAL WAKTU yang aku buat tu. haha. tapi mujurlah sebulan lebih je aku kene buat kerja-kerja merepek ni sebab lepas tu aku dapat masuk sekolah teknik. weehoo. lepas azab. tapi agak cantik jugaklah Sijil Berhenti Sekolah aku mase tu, sebab ade tulis jawatan tertinggi yang pernah dipegang, PENOLONG TINGKATAN. memang impressive gile lah sijil berhenti sekolah aku. haha.

then mase teknik, biase-biase je sebab aku jadi budak outsider. pukul 5 dah kene bangun, pukul 6 naik bas, pukul 6.40 dah tercongok kat sekolah sorang-sorang macam orang gile. oh, mase form 4 dan form 5 aku pernah jugak ditugaskan pegang kunci kelas sebab aku kan makhluk kelas yang paling awal datang. tsk. macam biaselah, pernah jugak buat jahat tak datang sekolah. padan muke semua orang. HAHA

adeh. memang best lah kalau nak ingat balik zaman-zaman sekolah ni. lawak giler.

terimalah, wajah-wajah zaman sekolah yang kurindu. tolonglah muntah sebab aku pun geli tengok muke aku sendiri. HAHA.

orait, mase form 3. dengan classmate, AFFEDATUL AFIQAH.

ngeh ngeh dan ngeh lagi.
ni lah muke mase form 5.
akulah makhluk poyo yang sedikit membengkok yang buat PEACE tuh.
huduh. huduh. huduh.

taraaaa, ni mase form 4. jangan main-main dengan aku. 
aku lah Penolong Ketua Tingkatan. haha.
gemok giler.
tapi aku takdela segemok ini sekarang( ayat nak sedapkan hati )

yeay, mase form 4 kat sekolah teknik.
akulah makhluk yang berdiri 3 dari kanan.
tengok? kan dah kurus. tak segemuk mase form 4 di sekolah lame.
oh, thank God aku ialah outsider.

ni form 3 rasenye. aku yang tengah berjalan kat belakang tu.
bukan yang duduk kat tengah tu okay.

yeah, kelas paling best. carilah aku kalau terer.
muahahaha.
aku suke gambar ni sebab ni lah satu-satunye gambar kelas yang aku rase aku cun.
erk?

form 5 nih.
aku makhluk paling huduh di sini.
geli aku tengok gambar ni. 
huh.

yeah.
gambar terbaik.
mase darjah 5. 
ngeh ngeh ngeh.
CARILAH AKU! haha.

cukuplah sudah aku melakukan pengaiban besar ke atas diri aku sendiri. Selamat Tinggal Semua.

post signature


9:33 PM


Saturday, January 1, 2011

maka tersebutlah kisah, petang tadi kami satu family pergi ke Kampung Melayu. memang weekend activity. hari sabtu or ahad memang lepak rumah my grandma.

tapi tadi abah just drop kan adik-adik je kat sane, sebab mak, abah, aku and jugak wan ( my nenek ) nak ikot satu rombongan merisik dekat Senai. pergi 2 kereta je. ala, dah name pun pegi merisik kan. takkan nak bawak 1 bas kowt. hee.

so, im the youngest among them. memang sumpah blur gile sebab taktau pasal adat-adat melayu ni. abah jadi wakil untuk keluarge belah lelaki. so,memang tertib sungguh la budi bahasa yang dilontarkan mase nak tanye-tanye pasal anak dare orang ni.

aku? macam biasela, TERCENGANG je. first time kot ikut orang pergi merisik. woo, baru ku tahu begini rupenye perjalanan nak berkahwin ni. mase tu mak dengan wan ade jugak borak-borak, cerite itu-ini. mase tu la baru aku tau ape tu merisik, hantar tanda, meminang, bertunang, bla bla bla.

tapi bile diorang bercerita pasal harga hantaran, memang aku blur la. sepuluh ribu serba satu, serba dua, serba tiga entahla bermacam-macam serbaneka lah, memang aku blur. then cerita pulak time ni kene bawak tepak sirih, time tu kene bawak sirih junjung, time tu kene bawak dulang hantaran,exchange dulang bagai. mak aih, lagilaaaaaa aku tak pahaaaam. puii.

Aku Melayu. tapi aku Melayu yang Kolot. haha.

okay enough. bukan tu yang aku nak cerite sebenarnye. aku nak cerita pasal something yang aku tak pernah lagi terpikir buat mase ni. begini ceritenye, tadi mase mak tengah sedap-sedap berbual dengan wan, tibe-tibe wan pandang aku. aku yang tengah ternganga dengar orang-orang lelaki berbincang pasal tarikh meminang ni terusla terkejut.

dengan penuh blur nye aku memandang ke arah wan.

wan :  zurina, awak ni bile lagi??
aku :  ape die wan?? ( muke memang blur gile,tak paham soalan, macam mintak suap terompah kayu )
wan :  yela, takde berkenan sape-sape ke?? ramai yang nak ni kan....
aku :  eh wan ni. takdelah! mane ade. ( dalam hati : what the............................... )

* mak aih. terkejut aku. apekah punye soalan yang wan tanye kat aku ni. even mak dengan abah pun takde tanye pasal bile nak kawin. haha *

adeh. soalan itu sangat menusuk kalbuku. tapi pikir-pikir balik, memang tak pelik pun kahwin umur-umur camni. cume kurang rasional la untuk aku yang baru habis belajar and taktau ape-ape ni. masak pun tak reti, mengemas pun setakat cikai-cikai je. memang tak patut berada dalam mane-mane senarai calon menantu.

yeah, umur di tahun 2011 akan menjadi 22. member-member pun ramai jugaklah yang dah kahwin, dah nak kahwin. aku? entahlaaaa. banyak bende lagi yang nak dikejar dalam hidop. nak kerja best-best, pakai kereta best-best, jadi Ir. dulu ke, wah seronoknye~ jawabnye memang lambat lagi lahh.


so kepada nenek yang tercinta, simpanlah dahulu soalan itu. tanye lagi 5 tahun akan datang. haha. 

post signature


8:42 PM