Zurina Majid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2299097498486129935\x26blogName\x3dZurina+Majid\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zuryna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/\x26vt\x3d5460764499591985688', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
zurina's
I'm your master


Your photo here.

Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut. aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.


*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*

THE ROCK ♥


Your photo here.


misi bantuan

nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper

masih ada jalan keluar

BLOGGER.com
Facebook
Twitter
Tumblr

warisan artifak negara.

March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
***
***

tabung sekolah


hit counter
hit counter

Friday, December 31, 2010

tik tok tik tok.
sumpah memang terase lambat sangat mase berlalu.

baru aku tahu betapa berharganya nilai 1 hari.
counting days, and still counting.

* cepatlah 30 hari *


* cepatlah 30 hari *


* cepatlah 30 hari *

^____^

post signature


3:10 PM





* my blog has become into Tumblr*
bahahaha
LOL, :D


1:28 PM





1:13 PM


Thursday, December 30, 2010

just wait and see.

2011, be a good one.

ceh, mukadimah macam hareeeem. hello blog. hello pembaca yang sudi mencemar duli di sini.
im not in the mood doing the blogging thing, actually.
tapi, disebabkan kite dah nak masuk tahun baru,
aku update lah satu entry.

just a simple chronology of 2010.

1. jadi player bola tampar yang paling HAMPEH, representing my college fer UTM sport fest.

2. okay, Sultan Johor mangkat. late Jan 2010.

3. macam biaselah, birthday yang best. kene tabur bedak. haruuuu :'D

4. tukar layout blog, weeehooo, awesome! buat sendiri beb! ( bajet terer lah buat layout sendiri, HAHA )

5. my first experience of working. Pizza Hut, you memang awesome. tapi harap maaf lah. kau bagi aku gaji 10ribu sebulan pun belum tentu aku sanggup nak kerja kat situ lagi.

6. WORLD CUP! terbaik~

7 dapat pointer paling cool dalam sejarah. alhamdulillah, takdelah gempak mane. tapi peduli hape aku, aku dengan riak dan takburnye mahu berbangga dengan kejayaan ini. HAHA.

8. puasa yang paling best.

9. raye pun yang paling best. eh takla. tak best sangat. biase je.

10. N73 dicuri.. pemergianmu diratapi sehingga ke hari ini.

11. kehidupan yang tak best sebab takde loan. aku miskin hina~

12. semester terakhir diharungi dengan jayanya ( konon-kononnye lah )

13. bercuti, oh akhirnye dapat jugak bercuti bersame keluarge. it was lovely!

14. bla bla, berhadaan dengan manusie-manusie gonjeng sebelum berakhirnye tahun 2010 ini.

15. masih meneruskan tradisi yang paling mulia aku pernah lakukan di tahun 2010 ini : MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN ORANG. sumpah memang menusuk kalbu bila kita meminta maaf dan memaafkan orang ni. aku tak tipu. and until now, aku still bermesraan dengan beliau yang dahulunye pernah menjadi musuh aku. alhamdulillah, beliau sangat gembire dengan kehidupan beliau, begitu juge aku :)


and semoga tahun 2011 ni menjadi tahun yang betul-betul mematangkan aku. al-maklumlah, umur pun dah nak masuk 22. ( gross, hate that number. haha )

why I cant wait to be in the year of 2011? ( asal aku rase ayat ni macam tunggang langgang? ah mampos~HAHA )

1. AKU DAH HABIS P. haha. ni aku pikir 1001 kali gak lah nak tulis. orang lain dah berzaman habis P, aku baru terkedek-kedek nak habis P. haha

2. settle kan MUET. sambung degree or not? itu belakang cerita, asalkan aku nak ambik test jadah hape entah ni dulu.

3. insyaallah, sambung degree. dipikir-pikirin, mahu sambung kat U yang di kawasan selatan Malaya je. penat dah nak belajar jauh-jauh.

4. kalau tak sambung pun, kerja jelah. alhamdulillah, baru habis belajar, ade kawan abah offer kerja. tapi, jauh sangat lah kat Nusajaya sane. tempat jin baru kene tendang sebab kat situ baru nak membangun. ahaks, abah bagi lah kereta sebijik ^___^

5. mahu bercita-cita mengumpul duit untuk memiliki sebuah gadget terhebat iaitu Nintendo DS. sumpah cool gile menatang nih. berpuluh ribu kali gande lagi best daripade PSP. mesra pengguna, mesra alam, ade camera cantek, cool lah. nak warne biru. ^______^



6. nak terer masak. supaye semakn tinggilah harge hantaran aku. wakakakaka~

7. oh lagi satu, nak kurus, sekurus-kurusnye. haha,

8. tu jela mission setakat ini.

SEMOGA BERJAYA!

post signature


10:26 PM


Tuesday, December 28, 2010

penatlah aku nak melayan manusia yang sibuk nak menjaga tepi kain orang lain, sibuk nak bercakap tentang orang lain, memburuk-burukkan orang lain. bende yang tersangatlah kecik, sekecik kuman di lautan pun boleh bertukar menjadi gajah disebabkan wujudnya manusia seperti ini.

aku tak paham kenape hal aku yang bising-bising dihebohkan, padahal aku rase takde ape pun masalah yang timbul. aku tak rase pun aku buat dosa dengan sesiapa. 

si empunya badan pun mulenye chill je dengan semua ni, tapi disebabkan wujud si mulut-mulut longkang ni, terus lah aku dipersalahkan padahal kalau si empunya badan nak check satu persatu bagaimana baiknye aku dengan boyfriend beliau tu, boleh sangat-sangat. dipersilakan lah. 

we're just friends okay. not more than that. kalau tak percaya jugak, cik bolehlah hempuk kepale cik tu dekat mane-mane tiang yang berdekatan.

kepade manusia di luar sane, tolonglah hentikan sifat mazmumah itu. ia sangat-sangat tidak bagus. masing-masing dah besar, boleh pikir yang mane baik, yang mane buruk. boleh tak kalau anda semua hidup dengan berpegang kepada prinsip ini : TAK PAYAH SIBUK NAK JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN. cuba bayangkan kalau ade orang lain yang sibuk-sibuk mengata tentang anda, ape anda rasa? okay, fikirlah.

be mature. but if you insist, just take this. it's free of charge, f**ker..



post signature


4:05 PM


Monday, December 27, 2010

tadi baru terbaca entry anda pasal Eryn tu. okay, di sini saye juge nak buat explanation lah. bukan berniat nak backing sesiapa. bukan berniat nak panjangkan cerita. dan bukan berniat nak bergaduh or whatever. just nak make everything clear.

1. all right, saye mengaku bende ni terserlah sangat-sangat, memang semua orang akan perasan. I mean, di kalangan Tenukss lah. tak taulah kalau orang lain perasan jugak.

2. saye juge mengaku ade silapnye jugak WiFi tu wujud di bilik kite. memang memecahbelahkan kite semua secara tak langsung. pantang laptop on, memang sentiasa akan ade makhluk yang bertenggek meng-on9-kan diri. jadi, interaksi di kalangan Tenukkss juge semakin terbatas. bile sorang dah on9, memang haram lah beliau nak bermesraan dengan Tenukkss yang lain. okay, tu dari perspektif saye sebab saye memang macam tu. kalau dah dapat on9, memang gudbai lah alam sekeliling.

3. saye juge mengaku sejak era final exam bermula, saye memang sentiase berkepit dengan phone, mesej memanjang, senyum sorang-sorang whatever lah kan. dan saye juge terlalu kerap keluar. sebab saye juge pun bosan dengan suasana di bilik tu, bile masing-masing buat hal sendiri. lebih-lebih lagi di siang hari, memang haramlah nak study siang-siang buta kan. jadi lebih baik saye keluar.

4. saye memang malas nak pegi bertenggek kat bilik orang. sebab tu saye selalu dibiarkan hidup berdua dengan Eryn. dan saye mengaku dalam banyak-banyak Tenukss, Eryn lebih rapat dengan saye. tapi cube lah bayangkan memang nampak awkward sangat-sangat bile saye selalu sangat berkepit dengan Eryn, tanpe Tenukss yang lain.

5. saye tak tau kenape bile era final exam tu, saye tibe-tibe rase janggal je bercakap dengan anda. bile tanye sepatah, anda jawab sepatah dan tidak lagi berpatah-patah seperti dahulu. saye kadang-kadang rase macam bercakap dengan orang yang saye tak kenal. jadi disebabkan itu jugelah saye memang tak banyak bercakap dengan Tenukss sebab sumpah saye rase janggal gile. kalau bende tu betul-betul penting untuk ditanye, barulah saye bercakap.

6. tapi mujurlah bile dah habis exam, kite dah kembali seperti biase. boley bergurau senda dengan bebas.

tu sajelah explanation dari pihak saye. semoge takde lagi lah bende-bende camni terjadi. sumpah i love you Tenuksss, sangat-sangat pelik dan tak best bile masing-masing prefer buat hal sendiri, KAN? lagi-lagi bile time cuti macam ni, memang rase nak terbang je jumpe sekor-sekor buat tarian bunguk, lawak bunguk dan persembahan muke YouCam.




Peace, NO WAR.
post signature


7:36 PM


Thursday, December 23, 2010

lupe pulak nak update ulasan peperiksaan aku. okay paper Kejuruteraan Jalan Raya & Lalulintas. paper terakhir yang macam hareeeeemmm~

paper paling entah ape-ape dalam sejarah. serabut kepale otak aku pikir. soalan senang je kot, cume aku ni ha tak berape nak study. make, jadilah sebuah paper yang tersangaaaaaattttllllaaaaahh hampeh. dengan salah rumus, argh, whatever lah. gudbai lah kau. aku hanya mampu redha dan berserah kepade takdir.

semoge sang penanda kertas peperiksaan aku menghadapi masalah penglihatan ketika menanda kertas jawapan aku , dan semoga beliau just tick right je kat paper aku. HAHA.


NotamintakKaki  :  yeah, nak bercuti puas-puas. Ilham Resort Port Dickson, here i come bebeh!! memang aku nak takluk swimming pool kau. peduli hape aku. HAHA


post signature


11:57 AM



entry pertama setelah berambos dari Kuantan. sekarang beta berada di bumi Mentakab yang tercinta. perjalanan yang sungguh errr.. speechless.

aku telah dikidnap oleh sang bapa saudara ku seawal tengahari tadi. jalan-jalan menghirup udara Tanjung Lumpur sebentar kerana ramai yang mengirim keropok lekor buatan Kuantan sebagai ole-ole.

sesat sebentar di Tanjung Lumpur kerana diriku langsung tidak tahu port terbaik untuk memborong keropok lekor best. ape punye makhluk daaaa. dah jadi rakyat Kuantan selame 3 tahun pun still tak tau mane port keropok lekor best. oh, please kill me. HAHA

lepas beli keropok lekor, perjalanan diteruskan ke rumah ibu kepade ibu saudara ku, iaitu ibu mertua kepada bapa saudaraku. paham tak? tak paham? peduli hape aku. HAHA. lepak-lepak sebentar, makan tengahari bertambah-tambah 3 kali. kesian bapa saudaraku kerana tersalah kidnap makhluk dari Somalia yang kebuluran tak makan selama berhari-hari lamanya.

lepak sehingge petang. barulah pengembaraan dimulakan. pulang ke Mentakab melalui jalan kampungan, dan bukannye melalui highway. tibe-tibe hujan turun dengan lebatnye. aku yang sudah mule bosan dengan cergasnye mengeluarkan gajet tercanggih yang aku ade iaitu MP3 alaf baru dan terus menyumbat earphone ke telinge. layan lagu dalam MP3 lagi baik daripade melayan lagu jiwang yang tepasang di corong radio.

sedang aku melayan feel untuk menidurkan diri, tiba-tiba ( jeng jeng jeng~ ) bapa saudaraku memberhentikan kereta di pinggiran jalan. beliau dengan pantas keluar daripada kereta dan memeriksa keadaan kereta. bile dah check kereta, beliau memberitahu bahawe tayar kiri belakang pecah, sebab terlanggar lubang.

oh ok. makhluk-makhluk di dalam kereta pun keluarlah lepak di nursery pokok bunge yang berdekatan sebab mase tu hujan. jadi yang perempuan ni berteduh la sambil meng-usha pokok-pokok bunge yang terdapat di nursery berkenaan. hanye bapa saudaraku dan anak lelakinya yang berjuang menukar tayar. lepas settle tukar tayar, perjalanan diteruskan , oh lepas tu singgah petrol pump kejap sebab nak isi angin tayar.

gedebak gedebuk gedebak, sampailah kami ke kediaman bapa saudaraku ini di Mentakab. mase dinner, beliau berborak-borak bersamaku. katanye, syukur sangat-sangat sebab tayar pecah tu berlaku mase waktu hujan. and kebetulan beliau perasan yang pemanduan beliau lain macam sikit, walaupun mase tu hujan, jalan licin. cuba bayangkan, kalau mase bende tu jadi, hari panas, tak hujan. then kereta langgar lubang. and then tayar pecah. tayar meletup, belum sempat ape-ape, mesti kereta dah terbalik and whatever, you name it lah. and possibility untuk kemalangan is 100%.

mase aku dengar bapa saudaraku berkata begitu, aku terdiam sebentar. agak ter-cuak sekejap. oh, mase bende tu jadi, aku ade gak la merungut itu ini, time-time hujan bende tu jadi. my bad, sepatutnye aku bersyukur sebab bende ni jadi waktu hujan. and my uncle perasan yang tayar kereta die pecah. huu. syukur alhamdulillah kerane masih panjangkan nyawa aku, and yelah, everything's happen for a reason kan. alhamdulillah sebab takde bende yang buruk jadi.

okay, jadi tu sajelah yang aku nak cerite. LIVE FROM MENTAKAB. esok nak pergi Shah Alam pulak. and lusa nak pergi Port Dickson! bestnye me-release-kan tension dengan cara begini! bye people!

NotamintakKaki :  by the way, to awak, i still owe you a post  right?? i will write about it later , as soon as i reached JB. okay? dan kepade semua rakyat Malaysia yang celebrate krismas, Merry Christmas to you all. 
hohohoho ( gelak style Santa Claus )

post signature


11:40 AM


Wednesday, December 15, 2010

berakhirlah sudah penderitaan ketiga. Kejuruteraan Alam Sekitar. paper yang paling tak mencabar minda dan IQ aku yang hebat lagi terer nih. hoho,

tolonglah mengerti perasaan hampa dan kecewa aku bile selame ni aku punyelah bersedie mental dan fizikal untuk menghadapi soalan-soalan yang susah dan mencabar minda tahap budak amik PhD. tibe-tibe soalan yang keluar hanyelah soalan yang mudah, semudah ABC. sangat kacang, sekacang kacang kuda. aku tak tahu perasaan ape yang patut aku tonjolkan sewaktu menjawab soalan itu. gembire? terharu? apekah?

hampeh, memang sangat hampeh.

-___-

baiklah, tinggal satu sahaje lagi penderitaan. semoge paper terakhir ni okay-okay saje. janganlah sampai membuatkan aku gile sebelum aku meninggalkan bumi Kuantan yang indah lagi permai ini.

menangis dengan penuh harapan )

marilah study Kejuruteraan Jalan Raya & Lalulintas dengan penuh semangat sambil membungkus barang-barang. ketidaksabaran untuk pulang semakin membuak-buak. sebelum study subjek ini, adelah lebih afdal jike aku mencalitkan sedikit tar di muke supaye nampak seperti aku berjuang fisabilillah untuk paper ini. ( padahal nanti muke jadi macam mamat-mamat india yang kerja turap jalan tuh ).

Ho Yeah, Zurina!

Sebagai pemangkin semangat untuk study, marilah kite bersama-sama menyanyikan lagu ini. barulah rase macam nak pergi berperang!



Ihsan dari Youtube. Terima Kasih Youtube kerana sangat berjasa kepada aku selama ini.

post signature


5:49 PM


Sunday, December 12, 2010


hasil kajian mendapati keyword yang paling femes untuk blog ini adelah cicak gecko.
saye tak pasti mengapekah cicak gecko yang kerapkali dirujuk ke blog ini.

adekah :

A. Zurina Majid menyerupai cicak gecko?
B. Cicak gecko adelah saudare kembar saye yang terpisah semasa dilahirkan?
C. Zurina Majid pencinta cicak gecko (euww, gross. i will never like lizards)
D. Zurina Majid penternak cicak gecko.

teettt. semua jawapan adalah salah.

maybe sebab dulu saye pernah letak gambar cicak gecko kat blog ni.
oh, gecko abang saye. bukan saye punye.
saye takde duit nak beli gecko.
huuu.

tapi sumpah rase menyampah bile tengok je keyword search mesti ade perkataan "cicak".
euuw. tolonglah.
disini saye sertakan lampiran dari blogger punye stats, dan juge dari nuffnang.


KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN KANAK-KANAK MILO

ya, ni dari blogger stats. 
tolonglah mengerti perasaan saye yang kesayuan melihat cicak gecko sebagai carian utama.
cubelah search zurina cun ke, kecomelan zurina ke, wtf.
ni, boleh dirumuskan semua carian adalah berunsurkan cicak.
oh, ade lah satu je yang mencemar duli.
IQRAM DINZLY, selamat berkawan dengan cicak.


ni pule dari nuffnang. 
ehem ehem. abaikanlah zurina majid tuh.
ade jugak insan malang yang search pasal saye rupenye.
( menangis dalam kegembiraan )
tapi, memang tak sah kalau takde perkataan cicak tuh.
benci saye dibuatnye.
HAHA.


so, nak jugak lah kan check sejauh mane ketepatan cicak ni dengan blog saye.
bukak google search, then taip ' gambar cicak '
omaigosh,
nak termuntah berbuih mulut mencuci mate melihat ribuan gambar cicak di situ.
ye, memang sahih ade gambar cicak gecko yang aku pernah letak kat blog ni satu mase dulu.
hamek lah kau.
muntahlah Zurina dengan sadisnye.


okaylah, saye nak buat pengumuman di sini.
kalau ade sesiape berminat nak beli cicak gecko abang saye yang berwarne oren tuh,
mari call saye.
saye akan uruskan segale-galenye.
tipu je.
saye cume nak kaut keuntungan sahaje.
MUAHAHA ( gelak style orang tamak haloba )
tapi sumpah saye boleh paksa abang saye jual gecko die.
bukan best pun gecko tuh.
bukannye boleh ajak teman pegi cc main Left 4 Dead.
bukannye boleh ajak lepak mamaks share mee goreng mamak same-same.
pembaziran!

marilah bace artikel mengenai haiwan peliharaan abang saye . click di sini.

oh, saye terlupe yang saye pernah cakap nak letak gambar sugarglider abang saye.
nah, terimalah. namanye Ash. taktaulah hidup lagi ke tak.
dah lame tak jumpe. haha.eh hidup lagi lah.
rasenye abang saye macam nak jual.

mari saye nak iklankan di sini :

SUGARGLIDER UNTUK DIJUAL.

jantina : tidak pasti, kemungkinan besar adalah jantan.
berat : ringan je. tapi die sihat. sumpah tak tipu.
kondisi bulu : bulunya sangat lembut, selembut permaidani dari Udani Carpets.
makanan : buah-buahan tempatan.
harga : kalau beli dengan abang saye, die charge RM450. tapi kalau beli dengan saye, saye charge murah je. RM520. muahaha. 
* hati-hati, kukunya sangat tajam. kalah kuku Wolverine *

setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah misteri yang berupa sangkar die yang comel lagi selesa, muat untuk 1 keluarga bahagia yang merangkumi, isteri dan sepasang anak kembar.kemudian ade tempat untuk makanan die. dan ade tempat untuk die bergayut-gayutan. senang cerita, lu beli sugar glider nih, abang wa bagi percuma hotel kat lu. haha.

eh, did i mention hadiah misteri? bukan bukan. sebab dah terbagitau ape hadiahnye, itu bukan lagi hadiah misteri namenye. itu namenye hadiah percuma. well, saye tahu semua orang sukakan hadiah percuma. termasuklah saye ^___^

ok lah. memang buang mase saye bercerita pasal menatang nih. bukannye Emy bagi upah sebab iklankan binatang die nak dijual. jadi, baik saye berambos sekarang.

eh tapi memang serius. kalau nak beli bagitau saye. 
diulangi : saye akan uruskan segale-galenye.

( senyuman yang penuh dengan kejahatan )


post signature


9:34 AM



aku memang kureng asam.
kureng asam adelah aku.
aku dengan sesuke hati nye telah memungkiri janji encik X kerana aku tertido.
yeah, bile aku tido, dengan rasminye aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia.
jadi kepada encik X, tolonglah maafkan aku yang hina dan hampeh ini.
kalau anda terjumpa aku dimana-mana,
anda dialu-alukan membaling objek keras kearah aku dengan sekuat hati,
( recommended items : kayu besbol, bola hoki, batu lesung, rim tayar, terompah kayu ataupun bangku kantin )
ataupun anda boleh melemparkan tong sampah Majlis Perbandaran Kuantan kearah aku.
oh sekali lagi maafkan aku.
aku tahu anda merajuk
merajuk lah.
tak kisah.
sebab aku memang tak pandai nak pujuk.
aku pandai tarik rambut dan cubit sahaje.
jadi anda pilihlah yang mane anda suke.
hee.
dah, mari kite bersalam.
shake shake.
:)



* nah terimalah nyanyian khas dari saye, hit terbaru berjudul Maafkan Kami. dapatkan single terbaru saya di pasaran. dapatkan yang ori *

Seriously, I'm sorry ye sayanggss. tobat, takmo buat lagi  :)
post signature


5:11 AM


Saturday, December 11, 2010

yeah, akhirnye aku kene tag. say hooraayy! actually dah lame tak kene tag ni. selalunye rajin curi tag dari orang je. ye, akulah pencuri terunggul di alam blogger ini. muahaha. okay, this time aku kene tag dari cik Ainnzabiggaill yang cantik manis. betul ke aku eja name ni. hoho. mungkin sebab utama aku di-tag sebab aku pernah curi tag dari beliau. yeah, aku memang tak malu. sob sob.

untuk misi bantuan menyelamat kali ini, aku diharuskan membuat 25 fakta tentang diri saya dan kemudian men-tag lagi 25 insan bertuah. ye, mari kite bermula!

1. saye tak suke pakai barang kemas. eh bukan. saye tak suke pakai barang kemas yang berwarna emas.

2. saye suke makan coklat, dan ape-ape saje yang berunsurkan coklat. lagi-lagi kalau ade chocolate chip,  masyuk giloss.

3. saye tak pandai melompat :'(

4. saye suke Shaheizy Sam, saye suke mamat cerita Supernatural, saye suke Lee Dong Wook, saye suke Orlando Bloom, oh dan tibe-tibe saye ter-suke Lee Min Ho.

5. saye tak suke membace, saye suke mengire.

6. saye tak suke bercakap, saye suke mendengar.

7. saye suke tengok kartun.

8. pengaruh terbesar hidup saye adelah abang saye. kebanyakan feveret beliau adelah feveret saye juge. saye memang suke copy-paste beliau. haha.

9. saye tak suke cicakkkkkkkk!

10. saye tak cantik.

11. saye gemok. haha

12. saye suke buah-buahan tempatan. eh, buah-buahan antarabangsa pun saye suke jugak. hehe.

13. saye tak memilih bab-bab makan ni. alhamdulillah la, bagi je ape-ape, dijamin saye makan. insyaallah boleh survive kalau dicampak ke mane-mane sahaje.

14. saye tak suke travel. leceh dan melecehkan.

15. saye adelah manusie yang tak setia pade 1 benda. err maksudnye kalau sekarang ni saye gune shampoo X, bile dah habis nanti  saye beli shampoo Y pule. then bile shampoo Y dah habis, saye beli shampoo Z. haha. begitulah maksudnye. bukan setakat shampoo sahaje, most of my personal care stuff memang saye wat camtu. saye suka support semua brand. HAHA

16. saye gile-gile, tapi saye tak gile.

17. saye suke Arsenal, sebab abah saye suke team ni. APEKAH?

18. saye mempunyai antibody yang sangaaaat lemah. memang senang sangat dapat penyakit. bayangkanlah, kalau duduk dalam aircond lame-lame pun boleh jadi demam. sungguh malang nasibku~

19. mak saye cakap, mase beliau mengandungkan saye, beliao mengidam makan buah keranji. sampai sekarang saye still try nak relate-kan sifat buah keranji tu dengan sifat saye. tapi macam takde je. haha. oh mungkin saye unik dan eksotik kowt, sebab buah keranji tu kan agak eksotik dan very-very rare, kan? ( pandai-pandai je kau ni Zurina )

20. saye kene makan nasi at least sehari sekali. kalau tak jumpe nasi, boleh berbuih-buih ni. haha. sebab tu payah sikit la nak berdiet.

21. saye memang tak berape nak cermat sangat jage barang. sebab tu saye selalu elakkan daripade beli barang-barang yang sangat complicated untuk dijage.

22. saye tak suke nescafe. boleh memeningkan dan mem-biol-kan kepale hotak yang dah sedia biol ni. tapi, nescafe memang berguna kepade saye di musim peperiksaan.

23. sekarang ni saye sangat gian untuk bermandi-manda di tempat-tempat seperti swimming pool, sungai, pantai, air tejun , whatever. huish, kalau dapat berendam ni, alangkah nikmatnye.

24. dulu mase zaman sekolah, saye ade hobi pelik iaitu suke bace kamus. taktahulah mane datang hobi tuh.

25. saye baru tahu yang saye ni boleh berpantun. haha. ingatkan sengal sangat tak pandai berpantun. :'D  ( menangis dalam kegembiraan )


sekian, itu sahaja tugasan saya untuk hari ini. alhamdulillah, dapat juga aku jawab tag ini. yeay! mari kite raikan dengan berpesta dan bergumbira! untuk tugasan men-tag orang ni, aku malaslah. aku memang tak tau nak tag siape. jadi, kalau anda berminat, sambunglah tradisi ini. ho yeah! hiduplah tag untuk blogger!

:)

post signature


12:59 PM


Friday, December 10, 2010

yeah, paper kedua sudah berlalu. selamat tinggal Pengurusan Projek & Amalan Pembinaan. you are awesome :')

ayat yang sesuai ditujukan kepada aku : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

ramai-ramai, sile cakap PADAN MUKE dekat aku. Sekian Terima Kasih.

post signature


12:25 PM




1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.


sumber : dari Pusat Sumber

post signature


2:53 AM



helo dunia. maka berakhirlah sudah penderitaan pertama. Rekabentuk Konkrit Tetulang yang totally menghampehkan jiwe dan rage aku. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. eheh, bukan. yang diharapkan tak keluar-keluar, yang minta dijauhkan pule yang datang. hampeh namenye tuh.

bukak-bukak kertas soalan terus mengucap panjang. SOALAN APEKAHHH? 40 markah berlalu begitu sahaje. aku dengan bijak dan tangkasnye meng-edit soalan tu mengikut citarase aku sendiri. terase seperti ingin berlari-lari di dalam dewan sambil meminta tolong. soalan yang diberi bagaikan aku ini adelah budak degree. siapelah professor malang yang menggubah soalan itu. haish. hampir menangis berguling-guling aku dibuatnye. sadis. 

kertas jawapan yang diberi adelah sangat terhad padahal jawapan yang perlu ditulis adelah same banyak dengan jumlah mukesurat sebuah novel. maka, insan inilah yang berulang-ulang kali mengangkat tangan mengadu nasib meminta ihsan kertas daripada pengawas peperiksaan. mesti mereka berkata begini " bencilah budak pompuan yang duduk kat belakang sekali tuh. yang pakai baju pink tu. balik-balik muke die je yang mintak kertas. " oh hello, dan kemudian budak pompuan pakai baju pink akan berkata begini " yang engkau bijak sangat bagi kertas sehelai-sehelai tu kenape? ape salahnye sekali aku mintak tuh kau bagila 800 helai ".

^____^

oh, begitulah kisahnye. budak lelaki yang duduk kat meja sebelah pun mesti menyampah dengan aku sebab aku dengan banggenye angkat tangan mintak kertas. atau mungkin beliau tergoda dengan bau ketiak beta yang harum. muahaha. lepastu mesti beliau nak hempuk meja atas kepala aku sebab aku tekan-tekan kalkulator macam nak cari gaduh. macam main game pun ade gak. oh tapi sebenarnye mase aku tekan-tekan kalkulator tuh aku berangan jadi cashier. sebab tu meriah je bunyi hentaman double paddle kat kalkualtor tuh.

seperti biasa, kekaguman melanda sebab duduk belakang sekali. terima kasih diucapkan kepada pemberi name mulia saya. i love my name. oh Z, i love you. haha. seronok cuci mate tengok manusie sejagat kat dalam dewan. hee, tipu je. kau ingat aku ade mase nak tengok-tengok orang. baik aku conteng-conteng kertas soalan, lukis muke kucing. 

jadi itu sahajalah ulasan sukan untuk hari ini, bagi paper pertame aku yang hampeh. HAMPEH okaaayyy? saje je pure-pure gembire.  yeah, dan esok paper Projek pule menyusul. semoge engkau tak hampeh seperti si Design yang bajet nak mati tuh. 

Selamat Tinggal semua. Doakan kejayaan hamba.

Kepada awak yang berkenaan : marilah kite berkawan semula. awak dah baca blog saye kan? heee.

NotamintakKaki  : tak sabar nak meronggengkan diri setelah berhadapan dengan 2 azab seksaan. nak berdating bersama Hantu Kak Limah kat panggung wayang. anyone? takde siape nak belanje saye ke? heeee. sila tampar minah tak tau malu ini sekarang.


post signature


2:44 AM


Wednesday, December 8, 2010

Dengan ini, saya Zurina Majid ingin mengumumkan bahawa semakin hari, saya semakin kurus.

Inilah trademark saya, Buncit itu Seksi.

Statement ini dibuat atas permintaan seorang Hamba Allah yang sengal lagi masok ayer yang bernama Syahin Azmi yang menyuruh saya membuat pengumuman ini. Padahal umum sudah mengetahui kenyataan ini adalah dusta sama sekali.

Di kesempatan ini juga, pengakuan terbuka mahu dibuat. Saya dengan rasminya telah dicilok oleh mamat sengal masok ayer gilos kuasa 18 ini. Sesungguhnya Hamba Allah ini nyaris-nyaris membuatkan saya gila dan mereng seperti beliau. Wahai Syahin Azmi, go away. aku hampir gila. HAHAHA

Wahai Hamba Allah, sudahkah anda gumbira dengan pengakuan ini? kalau tak gumbira, meh sini aku nak lempang kau laju-laju. HAHA

NotamintakKaki : menyesal ade blog. aku telah dieksploitasi dengan mudahnya. hahaha.

post signature


9:39 AM



KEGUNAAN ALAT-ALAT DIBAWAH


- ANAK KUNCI : 
jadi pencungkil gigi pun stylo gak tuh, gores dan menang kad topup.


- PENUTUP PEN : 
sumbat dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah.


- BOTOL MINERAL : 
jadikan sebagai pasu bunge plastik macam yang pernah dibuat dalam kelas pendidikan seni kat sekolah dulu.


- PAPER : 
buat roket, bungkus nasi lemak, jadi penutup mayat di jalanan sementare pasukan keselamatan tibe.


- SELUAR D : 
penambah rase sedap dalam masakan.


- LESUNG BATU : 
jadi tukul, barang perhiasan eksotik.


- LANGSIR : 
boley jadi dress kalau kite ketandusan pakaian untuk ke majlis makan malam.


- KOMPUTER : 
perhiasan terunggul. kalau pc rosak pun, ape orang tau. orang still akan kagum - woah, budak ni ade pc kat rumah. padahal pc tu rosak sebenarnye.


- DUIT SYILING : 
kumpul 2 ringgit then boley gune untuk basuh baju di mesin basuh kesukaan ramai, beli air gedegang, pemberat berkesan untuk purse.


- LAMAN BLOG : 
tempat meluahkan perasaan, tempat beramah mesra bersama peminat.




post signature


1:23 AM



memandangkan pada hari Khamis ini beta akan berhadapan dengan peperangan terbesar di alam semesta, maka beta mahu melepaskan dulu segala jenis tekanan yang terbuku di dalam sanubari beta ini. i went blogwalking, and terjumpe tag dari blog ainzzabigail. maka beta berminat mahu menjawabnye dengan muke tak tahu malu.


1. Tanda kamu badmood?
- saye akan mendiamkan diri saje. kalau orang buat lawak pun, kite bagi respon ala kadar je. heh.

2. Tanda kamu marah?
-biaselah kan. mencarut dulu secukup rase. memang kesian lah sape yang kene marah tu :)

3. Tanda kamu merasa pelik?
- saye akan membuat mimik muke mintak kaki. ha, tu maknenye saye pelik lah tu.

4. Tanda kamu malu?
- muke saye akan bertukar menjadi kucing. tu maknenye saye sedang malu-malu kucing. bahahaha.

5. Tanda kamu sedang sedih?
- well, ni lah tabiat buruk saye. bile sedih baru terkedek-kedek nak mengadu nasib pade Yang Esa. tapi selalunye senyap jelah kalau tengah sedih. err tapi macam jarang je sedih. sebab saye ade sang tenuks yang menceriakan saye.

6. Tanda kamu sedang cemburu?
- tak layanlah cemburu-cemburu nih. HAHA

7. Tanda kamu sedang gembire?
- gelak tak hingat dunie, buat lawak bodoh sebodoh-bodohnye, membodohkan diri sendiri.

8. Apa warna baju kamu sekarang?
- biru bebeh :)

9. Adakah kamu termasuk dalam golongan orang yang suka shopping?
- suka, jike sedang berduit dan tak suke, jike tengah miskin. heee.

10. Apa kamu ingin lakukan sekarang?
- nak study, tapi nak update blog dulu :)

11. Apa rasa di hati kamu sekarang?
- tak rase apa-apa. rase macam nak sepak orang. muahaha.

12. Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit hati?
- entahla. dah tak tau nak buat macam mane. redha jela. heee.

13. Bagaimana jika ade orang cakap kamu lawa/hensem?
- rase macam nak tampar diri sendiri laju-laju. geli rase. haha. tapi, alhamdulillah lah kalau ade orang cakap begitu. bukan selalu dapat pujian. heeee :)

14. Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu?
- ha, pergilah ekau. tak kuaso den nak melayan. ;p

15. Bagaimana jika ada orang tak sukakan kamu?
- ade aku kisah? lantak awak lah. ade ramai lagi kot yang sukekan saye. muahaha. ( statement budak perasan )

16. Bagaimana jika kamu keseorangan?
- no hal lah. n hati kering punye manusie. hehe.


post signature


12:58 AM


Tuesday, December 7, 2010


bantulah beliau.
demi sesuap nasi.
lihatlah betapa rakusnya beliau menjamu selera.
oh, beliau dari Somalia.

Nadiah Halim, marilah kite saling berperang. muahaha.
post signature


11:43 PM


Sunday, December 5, 2010





and one more thing : Wish me Luck!

post signature


6:35 AM