Zurina Majid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2299097498486129935\x26blogName\x3dZurina+Majid\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zuryna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/\x26vt\x3d5460764499591985688', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
zurina's
I'm your master


Your photo here.

Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut. aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.


*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*

THE ROCK ♥


Your photo here.


misi bantuan

nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper

masih ada jalan keluar

BLOGGER.com
Facebook
Twitter
Tumblr

warisan artifak negara.

March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
***
***

tabung sekolah


hit counter
hit counter

Sunday, February 27, 2011

tadi ade buat majlis kenduri doa selamat + cukur jambul dekat rumah aunty aku. kenduri doa selamat tu bersempena aku nak kawin ahai takdela tipu je. bersempena dengan nenek aku yang nak pergi umrah next week.

then ade majlis cukur jambul anak Kak Hana. baby Haris name die. first time jumpe, after 40 days he was born. comel, kecik je. aku tak berani nak pegang. berani tengok je. kang ade gak baby tu terpeleot didukung oleh aku yang ganas dan tidak berperikemanusiaan ini :'D

ape-ape pun, selamat jalan kepada nenek aku yang nak pergi umrah dengan cousin aku, Kak Long Linda, bersama dengan in-laws Kak Long Linda ni. selamat pergi dan selamat kembali. semoga Wan membawa pulang mamat-mamat arab yang kacak untuk aku nanti. haha.

dah. takde ape lagi yang aku nak bebelkan. oh lupe. esok pagi aku nak pegi joging. mintak-mintak la aku bangun. sebab aku dah lame tak joging. -___-

BYE.




1:29 AM


Thursday, February 24, 2011

topik kita ialah KENAPA SEORANG PAKWE ITU DIBENCI DAN DITINGGALKAN.



  1. sebab pakwe tu bajet hensem. walaupun hensem, tolonglah low profile je. ni yang jenis pecah rumah, yang payah sikit. muke tak seberapa. tapi bajetnye mengalahkan Shaheizy Sam. Shaheizy Sam pun rilek je muke hensem, takde pun bajet. 
  2. sebab pakwe tu kaki pompuan. tak cukup-cukup lagi awek sorang?
  3. sebab pakwe tu mulut takde insuran. tapi kalau awek die jenis hati kering, no hal lah kot.
  4. sebab pakwe tu kaki kikis. segala bende awek nak kene payung. tak malu ke? ajak dating pandai, keluar duit taknak. cinabeng punye pakwe.
  5. sebab pakwe tu kedekut nak mampos. err lebih kurang la dengan point yang di atas.
  6. sebab pakwe tu bercerita berbual gebang gile. bajet cerite die tu best. padahal cerite tu macam mengagungkan diri sendiri. annoying kan? kesian awek bernanah telinge dok tadah je muke dengar cerite pakwe die tu.
  7. sebab pakwe tu jenis gile seks. hwargh. ni bahaye sikit cik kak. tapi kalau si awek tu jenis sangap, no hal la. mungkin lagi berputik cinta mereka itu.
  8. sebab pakwe tu jenis memerintah. ni super duper sial lah. kau ingat awek ko tu kuli ko ke hape. belum kawin dah disuruh macam-macam. dah kawin nanti, konpem pemalas nak mampos.
  9. sebab pakwe tu panas baran. tapi kalau awek tu jenis cool, sedingin ais, maybe tak menjadi sebarang masalah dalam menangani kepanasan kebarananan sang pakwe.
  10. sebab pakwe tu kaki pukul. kalau panas baran tu mungkin boleh blah lagi. tapi kalau dah sampai memukul tu, adeh pikir sendiri lah. ingat awek ko tu punching bag ke. nak belasah sangat, pegila main belasah-belasah dengan John Cena ke, The Rock ke, Stone Cold Steve Austin ke. ni, nak belasah awek. adeh. tak mendapat saingan sengit langsung. lainlah kalau awek tu jurulatih taekwondo kebangsaan ke, pengasas Silat Cekak Hanafi ke. barulah best sikit ajak memukul.
  11. sebab pakwe tu kuat sangat mengongkong. kalau awek tu King Kong, takpe kot kalau nak dikongkong. ini tak boleh, itu tak boleh. haih, fakof la. tapi kalau awek tu seorang yang suka sangat patuh kepada arahan, memang anda sangat bertuah la.
  12. sebab pakwe tu berpegang teguh dengan prinsip " hidup ini milik kita berdua ". adeh. yang ni lagi parah. awek nak berkawan dengan orang ini tak boleh, nak berkawan dengan orang itu tak boleh. memang sampah masyarakat punye pakwe la kalau macam ni. baik ko cari mane-mane planet, ko duduk la kat planet tu dengan awek ko je. 
  13. sebab pakwe tu ditakdirkan jadi pengawas sepanjang hayatnye. maksudnye di sini, kerja nak spot check je. sebijik macam pengawas. pengawas pun kalau nak ikotkan memang malas nak buat spot check ni semua tau tak. henpon awek nak check, check call log, check message, ahaaiii. takboleh bla betul. malang betul dapat pakwe macam ni. kesian si awek takde privacy. dapat pulak yang jenis nak check pesbuk twitter awek, haii lagilah mampuih.
  14. sebab pakwe tu over peramah. habis segala awek ditegurnye, dibuat berkawan. maybe pada dasarnye kawan, tapi kalau dah terlebih peramah tu, awek pun terasa beb. takpun yang jenis nak berkepit dengan member sepanjang hayat. baik ko kapel je ngan member ko. takpun jadi gay partner.
  15. sebab pakwe tu jenis tak boleh berpisah dengan awek. nak melekat 24-7. kalau tak jumpe, harus message sepanjang hayat. kalau awek lambat reply message dalam tempoh 0.001 saat, harus call, tanye awek buat ape, kenape lambat reply. kalau awek hilang tak dapat dikesan pula, harus tanye kat kawan-kawan atau sedare-mare awek, punye la nak cari mane pegi awek aku ni. ha, pakwe macam ni, pegi terjun lombong sane.
  16. sebab pakwe tu menghidap PMS. cube bayangkan pakwe PMS. macam hell kan. emosi cepat terusik, keje nak touching je. sikit-sikit merajuk. sikit-sikit nak kene pujuk. haiyo. awek rilek je, chill je. pakwe pulak OVER. mampos memang awek ko bosan la jawabnye.
  17. sebab pakwe tu jenis tak reti nak mengalah. mungkin dalam darahnye ade mengalir darah seorang champion. memang bagus. tapi kalau dah melampau sangat , segala bende ko nak menang, mahu tak awek ko kecewa dan bermati-matian fikirkan dirinya seorang loser dan tidak berguna.
  18. sebab pakwe tu jenis loser. ha, dapat yang loser pun payah jugak. segale bende ko tak reti. buat itu tak reti, buat ini tak reti, adeh. tak payah jadi lelaki la. entah-entah nanti dah kawin, nak berjimak pun taktau. renung-renungkan dan selamat beramal. hahahaha.
  19. sebab pakwe tu mulut bontot ayam. habis segala cerite ko nak bagitau kat orang. kalau gado dengan awek pun nak bagitau kat satu dunia. kalau dah break tu, taktaulah ape jadi. mungkin habis segala cerita pasal awek ko, ko cerita kat orang. 
  20. sebab pakwe tu jenis nak sehati sejiwa sehati berdansa dengan awek die. contoh, kalau pakwe minat MU, awek yang taktau ape-ape pun harus minat MU. siap suruh beli jersi, cat muke lambang MU kat muke. kalau pakwe tak suke MU, awek yang obses fanatik dengan Wayne Rooney pun terpakse say gudbai dekat Rooney tuh. ha lebih kurang begitulah. ingin aku tegaskan, hanye awek yang dungu sahaja yang akan mengikut telunjuk pakwenya itu. ha, lagi satu. kalau pakwe jenis nak mengkhabarkan kepada 1 dunia yang mereka ni pasangan yang bahagia, siap buat 1 akaun pesbuk khas untuk mereka berdua. euw. tolonglah annoying gile. tapi kalau awek tu memang gile publisiti, takpe kot. haha.
  21. sebab pakwe tu tak respek family awek. malas nak huraikan lah. 
  22. sebab pakwe tak reti nak berdikari. segale bende nak kene harapkan orang. wahai awek, tolonglah break dengan pakwe kalau pakwe korang macam ni.
  23. sebab pakwe tu kembar siam kepada tunggul kayu. adeh kalau dapat pakwe macam ni, boleh tepu otak awek tu. bosan gile kot. awek cakap 182414 patah perkataan, pakwe jawab 'ok' je. takpun pakwe jenis serious memanjang, tak pandai bergurau, tak pandai melawak.pergh, mati siot. baik kapel dengan batu nisan.
  24. sebab pakwe tu penipu besar. segale bende nak tipu. haih, takpaham betol lah.
  25. sebab pakwe tu tak reti nak serious. kalau dapat yang over sengal pun payah jugak. segale bende die ingat awek tu bergurau. pemenang Raja Lawak pun tau kot timing bile nak serious, bile nak melawak. kalau pakwe macam ni, mungkin harus diazankan sikit di telinge kanannya, dan iqamat di telinge kirinya baru die sedar kot dia berada di bumi yang nyata.
  26. sebab pakwe tu kuat nak mampos jeles. haiiiiii. malasla nak huraikan. rase macam nak shoot je kepale pakwe yang jeles tak hingat dunia ni. terlebih hormon jeles. kesian. 
  27. sebab pakwe tu takde perancangan mase depan. pakwe macam ni, baik tak payah hidup la. awek, tolonglah tanam hidup-hidup pakwe ko tu kalau die macam ni. hidup berkonsepkan ' ape nak jadi, jadilah ' ataupun ' kehidupan yang terjadi secara kebetulan ' memang takbley pakai betul prinsip macam ni.. urgh. fakof. 
  28. sebab pakwe tu busy memanjang. kalah Perdana Menteri. awek nak ajak dating pun, kene buat appointment 8 bulan lebih awal. takpun kalau dating, henpon tu melekat kat tangan, macam dah digam. urgh. baik takpayah kapel lah macam tu.
  29. sebab pakwe tu terlalu sakai. maybe pakwe tu budak grunge, tapi tolonglah jadi grunge yang beriman. tolonglah jadi kemas sikit. takpayah la sakai sangat, nampak macam dah 318713 tahun tak mandi. err lepastu kalau dapat pakwe yang ade body odour, pergh kembang kempis idong awek taim dating. tolonglah ye, pakwe. beli deodorant. pakai la perfume. pakai minyak atar pun okey, janji bukan menghirup bau badan ko yang macam gampang tu.
  30. sebab pakwe tu jahil sangat pasal agama. okey awek mungkin paham pakwe itu bukan lah Ustaz Amirul, tapi paling cikai pun tunjuk sikit lah sifat imam dalam diri tu. contohnye kalau nak makan, ape salahnye baca doa dulu. takpun kalau ade something berlaku tu, instead dari cakap ' sial lah ' , ' waddefak ' , ' pergh kenyang sial ' ataupun ' omaigod ' , tolonglah tukar kepada ' astaghfirullahal'azim ' , ' masyaallah ' , ' alhamdulillah ' ataupun ' allahuakbar '. tapi paling sadis kalau pakwe suruh awek berjanji, then awek cakap ' insyaallah ' , then pakwe cakap macam ni ' taknak insyaallah. cepat cakap janji '. ha, kalau macam ni lah pakwe ko, ko boleh rejam die dengan batu sebesar penumbuk Hulk. tapi lagi parah kalau dapat yang jenis tak pegi sembahyang Jumaat. takpandai bace doa qunut. takpandai bace al-fatihah. kalau dapat yang macam ni, awek boleh pergi lastik muke die dengan bom tangan. biar bersepai muke pakwe tuh.

orait. cukuplah dulu 30. takde idea dah ni. bende ni random sahaje okay. err ade sikitlah dari experience aku. hehe. kepade pakwe di luar sane, beware. tolonglah ubah sikit attitude ko kalau ko ade berkelakuan begitu. SEKIAN. BYE.


1:08 AM


Wednesday, February 23, 2011




cantik kan?
ha? tak cantik?
mampos kau.
HAHA



okeh. mari nak habaq harge die.
$99
murah je kan kalau tengok harga versi US Dollar.
tapi, tak sanggup nak convert kepada Ringgit Malaysia.
tolonglah convertkan untuk aku.
sekian terima kasih.



10:33 PM



hola helo.

phew rase macam dah berabad tak update kat sini. memang otak blank takde idea langsung. tapi takpelah blank-blank pun, aku update jugaklah. taip jela ape yang terlintas kat kepale hotak ni semata-mata mahu menunjukkan yang aku masih hidup.

err eceli kehidupan di saat ini adelah super duper bosan tahap gaban. memang dah tak sanggup jadi Pak Supir yang ke hulu ke hilir mengangkut dan menghantar adik-adik ke sekolah, ke tuition, layan mak pergi jalan-jalan. urgh sumpah bosan. lagi-lagi kalau terpaksa ke Pasir Gudang, menghantar atau mengambil si Zarith kat poli sane. urgh. memang tension.

aku ialah manusia yang cepat bosan. so kalau aku buat benda yang same tiap-tiap hari, memang aku rase macam nak bunuh diri je. nak kerja, malas pulak. sebab dah terbayang sifat mazmumah dalam diri ini iaitu CEPAT BOSAN, maka aku rase kalau aku bekerja aku hanye akan menambahkan rase benci bos terhadap aku. same macam aku kerja Pizza Hut dulu. baru kerja seminggu dah mule bosan, dah mule buat Pizza Hut tu macam bapak aku punye.

nak tunggu intake degree, fuiyoh lame lagi. menghitung hari nak amik MUET pun agak berjanggut jugaklah aku nak tunggu. sempat kalau nak hafal 1 kamus Oxford, biar ba-da-boom aku punye MUET nanti. wakaka. cakap pasal degree, masih dalam kebingungan nak apply U mane. memandangkan aku ni takdelah sebijak mane, cgpa pun alahaiiiiiii malu aku nak bagitau 1 dunia. so, aku taktau lah U mane yang sanggup terime aku ni. mungkin aku patut bertapa di Gua Tempurung, Gua Kelam, mahupun Gua Niah untuk mendapatkan petunjuk. wakaka.

ape lagi nak membebel?

dah taktau dah sebenarnye.


oh sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan terime kasih banyak-banyak kat semua manusia yang benci kat aku. hikhik. satu jela aku nak pesan, udah-udah la tu. sumpah memang buang mase korang je. aku malas nak layan. kalau korang rase dengan cara itu, korang boleh menarik perhatian aku, nak ajak gaduh ke, bertumbuk ke, bertampar, bersepak terajang, bertomoi, bersilat, berjudo, bertaekwondo, bersumo, berwushu dan sebagainye. ahai, i guessed you've wrong la sayang. aku MALAS. dan aku TAK BERMINAT. ada paham? lainlah kalau bergaduh pasal harta 8123471 juta ke, berebut share dalam company ke, ha kalau bende camtu memang aku sanggup berbunuhan.

senang cerite, biar aku ringkaskan jelah. aku mengaku aku dah tua. what i mean is, bukan setakat tua pada umur, tapi pada pemikiran as well. kalau setakat bende-bende remeh macam ni pun nak diajak bergaduh, aku rase memang kau bergurau dengan orang yang salah la. bende macam ni yang memanglah tersangat remeh ( you know lah kan, about BOYS, about HATI dan PERASAAN, about lying and cheating stuffs, about stealing others, you name it lah ) ahhaaaaii, budak sekolah je kot nak pegi gebang satu dunia.

mari aku bagi satu soalan. dengan berbuat demikian, APE YANG KORANG DAPAT? cube cerite sikit kat aku. tak dapat ape-ape. if I'm stealing something that really belongs to you, ok then, you go and grab that thing back from me. I don't mind. itu pun kalau that thing wants to go back to you lahhhh. faham tak?

lagi satu, pasal messing with other's feeling, aku rase aku dah explain sebaik-baiknye dekat orang tu. aku taktaulah kalau orang tu tak pandai membaca, ataupun otaknya terlalu pending lambat sangat nak pickup ape yang aku bagitau tu. ataupun mungkin orang tu terlalu dungu atau bloody idiot tahap petala ke 8234 dalam sistem solar tak reti nak paham ape yang aku bagitau. aku rase aku ade cakap, biar semua bende reda dulu. tapi, nampaknye orang tu jugak yang buat bende ni lagi chaos. and at last, ended like this. you've chose the path, and now just go on.

aku just nak bagitau, kalau kau rase dengan cara ini boleh membuatkan kau bahagia, ok takpe. kau buat jelah ape yang kau suke. aku pun bahagia kalau kau bahagia. hehe.






sekianlah sahaja update untuk kali ini. selamat berbahagia wahai semua orang.




2:36 PM


Monday, February 21, 2011

baru je balik dari bumi Kuantan. ok, and i drove all way back from JB. penat. tapi best. sakit pinggang aku ni ha. adeh adeh adeh.

amik result. alhamdulillah, result memang beyond expectation lah. kalau aku strive harder, mesti lagi gempak. ho yeah!

lepastu, lepak bersame insan-insan gonjeng. awesome.

senang cerita, best jelah.

oh, lupe. tens, hundreds, thousands, millions, billions, trillions, and zillions of thanks kepade Eryn kerana sudi bersusah payah menempuh onak dan duri semata-mata untuk mengembara dari Terengganu-JB-Kuantan-JB-Terengganu just untuk temankan aku. thanks girl. you memang my heart and soul lah. haha.






akakakakkakakakakaka. 

ok satu lagi. akakakakakkakakakakkakakakakka.

OK BYE.

ade banyak lagi gambar panas. nanti beta upload. 


10:52 AM


Monday, February 14, 2011

bergembire dengan persekitaran yang damai dan harmoni.

bergembire dengan manusia sekeliling yang baik dan memahami.

tapi ade tak berape gembire sangat dengan manusie yang masih lagi menanam rase benci.

kepada manusia yang seperti ini, aku pun taktau nak buat ape lagi.

korang dah besar, ade akal yang waras, tolonglah fikir sendiri.

takkan itu pun aku nak kene ajar lagi.

apepun, aku sentiasa mendoakan semua insan di dunia ini menjauhi iri hati dan hasad dengki.

ingatlah banyak-banyak, Tuhan pun benci sifat macam ni.

ok, aku dah taktau nak taip ape lagi.

semoge semua gembire dan dirahmati Allah setiap hari.

AMIN.


fuiyoh. dah macam puisi. wakakakaka.


7:17 AM


Sunday, February 13, 2011



agagagaggaggaga,
banyak jugak yang betul.
ahaiiiii.



6:39 PM




wahai kawan-kawanku,
katakan TIDAK kepada Valentine's Day.
budak-budak agas yang totally jahil je celebrate menatang ni.
hahahahahaha.

baik kite standby untuk Maulidur Rasul.
ade jugak lah baiknye.
selawat banyak-banyak, pahala pun dapat.
celebrate Valentine's Day segale tu, ape yang kau dapat?
bunge? chocolate? comolot? ha, kalau lagi advance dapat 'main' sekali.
oh, lupe pulak. lepas tu dapat DOSA and kemungkinan besar ANAK LUAR NIKAH.
OUCH!
renung-renungkan, dan selamat beramal ;)

nah hadiah untuk Maulidur Rasul





1:26 PM


Friday, February 11, 2011

Sori ye semua.

sekarang ni aku ter-angau dengan band ini.


angau dekat vokalis die je.
oh nama vokalis die Brendon Urie.
apasal aku suke dengan makhluk nama Brendon je nih.
haih.
sebab tu sekarang ade pencemaran bunyik dekat blog ni.

SORRY.
tak suke, pegi berambos sane.
wakakakaka.



10:33 PM


Thursday, February 10, 2011

tag ini haruslah dijawab dengan ayat yang sekejam yang boleh.



Ready? GO!

*KALAU SEORANG INSAN YANG MENJIJIKKAN BERKATA*

1) Aku cute.
Jawapan : Gigi palsu aku lagi cute dari kau.

2) Aku lah insan yang paling hensem/cun
Jawapan : Kesian kau. rumah kau takde cermin ek?

3) See, semua orang suka aku sebab aku kaya & femes
Jawapan : mak bapak kau yang kaye. bukan kau. kau tumpang kekayaan mak bapak kau je. LOSER.

4) Aku tak macam kau. Aku boleh buat semua bende. Sukan & akademik semua aku boleh buat.
Jawapan : tapi kau tak pernah bunuh orang kan? 

5) Kau tak kenal aku? Aku artis dari Brunei. Aku ada album.
Jawapan : macam takde tokoh jadi artis je. nah aku tepek L atas dahi kau.




*KALAU ADE SEORANG MANUSIA HOT YANG MENJIJIKKAN BERKATA*

1) I know you like me.
Jawapan : macam pernah dengar ayat ni. kau tengok Gossip Girl tak semalam?

2) Ape pandang-pandang? Aku tak berminat la dengan kau.
Jawapan : sah kau ni perasan. sape pandang kau????

3) Sorry, awak ni baik. cuma,,, not my type.
Jawapan : oh yeke. baguslah. you're not my type, as well.

4) Jangan mimpi lah nak berkawan dengan aku, MELAINKAN kau ni kaye.
Jawapan : EUW. sape nak kawan dengan kau? 

5) Aku cantik/hensem. Aku boleh buat orang benci kat kau.
Jawapan : Aku hodoh. aku pun boleh buat orang benci kat kau.




*KALAU SEORANG MANUSIA HODOH YANG MENJIJIKKAN BERKATA*

1) Aku rase kau dengan aku ni boleh jadi pasangan yang baik.
Jawapan : aku dah kahwin!

2) Nak nombor telefon boleh? pleassseeee....
Jawapan : ( takpayah jawab. bagi jelingan tajam ataupun hempuk tiang lampu atas kepala die )

3) Hai, jom keluar malam ni.
Jawapan : Aku nak berjunub bersama suami aku malam ni. wakakakaka

4) Ape yang awak suke tentang saya?
Jawapan : NOTHING.

5) Saya nak awak cakap yang saya ni hensem/lawa dan awak sukakan saya
Jawapan : Aku rase kau ni layak bela burung kakak tua. 


*KALAU MUSUH ANDA BERKATA*

1) Hi Bitch!
Jawapan : eh, kau cakap dengan sape?

2) You smell like shit.
Jawapan : oh yeah? bukan kite pakai perfume yang sama ke?

3) Ape punye makhluk hodoh la kau ni.
Jawapan : Tak lah SEHODOH kau.

4) Aku nak kalahkan kau.
Jawapan : eh, ade pertandingan ape ni?



*KALAU EX ANDA YANG MENJIJIKKAN BERKATA*

1) I still love you
Jawapan : zzzzzz~~~~~

2) I know you still love me
Jawapan : eeee, ape ni? skrip terbaru cerita Maria Mariana ke?

3) Please, come back to me....
Jawapan : PENGEMIS DILARANG MASUK

4) Please call me
Jawapan : ( takpayah jawab. nyanyi ape-ape lagu yang berunsurkan patriotik )

5) Sumpah break-up dengan u sangat-sangat melukakan i.
Jawapan : MAAF. INI BUKAN KAUNTER ADUAN.



okay. kalau rajin jawablah tag ni. lagi-lagi adik aku si Zarith tu. i know you could done better. HAHA


4:54 AM


Wednesday, February 9, 2011

disebabkan aku kesian tengok blog aku ni sepi tanpa update, aku TERPAKSA update satu entry.

tajuk : Zaman Dahulukala.

jangan risau, aku tak akan bukak cerita Sejarah Tingkatan 5, ataupun cerita bagaimana dinosaur pupus. cerita ni lagi best dari itu semua.

cerita pasal diri aku sendiri di zaman jahiliah. zaman prasejarah. zaman tok kaduk. zaman Pak Pandir whatever lah kan.

  • okey. nombor satu. cerita di zaman kelahiran aku. aku ni sebenarnye baby yang tak sedar diri yang tak reti nak keluar dari perut mak. ahaaaiii. seronok sangat bermastautin dalam perut mak sampai taknak keluar. kirenye aku ni baby overdue lah. sadis. oh, yang menambahkan perasa sadis dalam cerita ini ialah aku dilahirkan melalui kaedah pembedahan. yes. sebab tu aku degil oh okay. aku dah tau kenapa aku pemalas. T_____T
  • eheh. aku lahir mase bulan puasa. kesian mak aku kene menggantikan puasa hampir sebulan gara-gara memberanakkan aku ni. haha. mak, sorry. family planning itu penting, mak. ingat tu. wakakaka.
  • mase aku kecik-kecik, aku ni dah terpengaruh dengan ajaran Punk ye kawan-kawan. sebab rambut aku pun jenis terpacak tak payah susah-susah pakai gel, wax, whatever semua tu. memang rambut degil. abah aku cakap, kalau sikat letak minyak rambut segala bagai, tak sampai sekelip mata dah terpacak balik rambut. hebat tak? ye memang hebat.
gimik untuk sesi fotografi ini sahaja.
time ni je rambut comel sikat belah tepi.
hakikatnye, 32423 tong minyak digunakan untuk menguak rambut aku itu ke tepi.
  • aku rase mase aku kecik dulu, aku sesuai jadi pelakon lagak ngeri. stuntgirl. wakaka. sebab? okey, sebabnye dulu kalau naik kereta, aku kan duduk seat depan dengan mak aku. aku dengan berani matinye suke bukak pintu kereta. nasib baik aku ni bijak mase kecik sebab aku tak terjun keluar dari kereta. cube bayangkan kalau aku bodoh. dah kojol agaknye budak ni.
  • ok. yang ni lagi menarik. mase kecik aku jadi pencurik. kau ade? mesti kau takde. haha. begini ceritanya. pada satu hari, abah, mak, abang aku dan aku pergi ke sebuah pusat membeli-belah. mase ni adik-adik aku tak wujud lagi. so, kat shopping complex tu, aku dicampakkan ke dalam baby stroller a.k.a kereta sorong baby. well, baby pemalas. mane lah rajin nak jalan-jalan. so, mak aku lah yang kene menyorong stroller yang dinaiki oleh baby gemuk iaitu aku. lepastu, entah macam mane, aku pergi capai banyak gile stokin kat satu rak ni. lepas tu, ( aku nak mengaku yang aku ni baby bijak sebenarnye ) aku sorokkan stokin-stokin tu semua kat bahagian bawah stroller aku. orang lain memang tak perasan. lah, dah name pun mencuri kan. then bile dah habis shopping, then bayar, bile nak keluar, aku taktau lah macam mane boleh terkantoi pulak stokin-stokin yang tersorok kat stroller aku tu. so, terbantut la usaha mencuri stokin tu. tak berjaya. tapi aku kagum lah sebab kecik-kecik lagi aku dah jadi jahat. mencuri. korang mesti takde buat camtu. wakakaka.
pencuri dan kenderaannya.
RIP stroller. haha

  • untuk point-point yang seterusnya, aku nak mengaku yang zaman kanak-kanak aku memang keji dan dipenuhi titik hitam. baru aku perasan aku ni jahat sebenarnye. sobsobsob.
  • mase umur aku dalam 3-4 tahun, aku memang banyak sangat ikut ape yang abang aku buat. dulu mase arwah atuk aku datang tidur kat rumah aku, aku suke sangat selongkar beg baju arwah atuk aku. ( oh, kirenye cerita FUHHHH tu tiru konsep aku la, main selongkar-selongkar beg. ciss ) then aku excited sangat tengok ubat arwah atuk aku. lagi-lagi ubat yang kapsul. maybe sebab die cantik kowt, ade 2 tone kaler. haha. yang jahatnye, aku dengan abang aku ni bawak lari ubat atuk aku, then pergi kat belakang rumah, lepastu kitorang suke bukak kapsul tu. keluarkan ubat dalam tu. entah taktau ape motif. tapi kesian arwah atuk aku, cucu die duk main ubat-ubat die. tapi tak pernah kene marah pun. die siap treat kitorang coklat. huuu. ( tibe-tibe rase bersalah. AL-FATIHAH )
  • mase kecik jugak, aku dengan abang aku suke main kat belakang rumah. mase tu kat belakang rumah aku ade banyak floor tile yang tak gune. bende tu tersusun elok kat tepi dinding. so, kitorang suke alihkan tile-tile tu, carik TELUR CICAK. euw, gross gile kan? then untuk menambahkan episod ke-gross-an, bile dah jumpa telur cicak, kitorang akan pecahkan telur cicak tu. gross tak? ye, memang grossssssss. nak tambahkan lagi rase gross? okay, kitorang pecahkan telur cicak tu dengan cara memicitnye sahaja menggunakan tangan. i repeat, GUNA TANGAN! sumpah gross gile budak ni mase kecik. dah sebagai balasan hukum karma, aku memang geli dengan cicak bile dah besar ni. kalau nampak pun, konpem lari. mungkin pertubuhan cicak seluruh dunia dah blacklist nama aku sebagai pembunuh generasi mereka. sorry beb.
  • dekat rumah nenek aku pulak, mase tu ade bela ayam. then ayam tu suke bertelur kat dalam longkang. arwah atuk aku memang biar je ayam tu bertelur kat situ, lagipun nak biarkan telur tu menetas. datang cucu die yang 2 ekor yang berperangai setan gondol ni, tersangatlah bijak pergi alihkan telurtelur tu semua. ko taulah kan, manelah nak jadi anak ayam kalau dah telur tu diangkut ke sana ke mari. haiiiiii, bertuah punye cucu. kene jugak hambat dulu. arwah atuk aku ( yang belah mak aku ) memang garang. haha. padan muke aku. bijak sangat, siape suruh? agagaaggaga. ( AL-FATIHAH )
  • dulu mase aku kecik, aku ade pakai cincin emas ade huruf Z. diulangi, cincin emas okay! macam biaselah, aku ni BIJAK. mase mandi, aku mandi dalam besen. rumah takde bath tub. besen je termampu. haha. entah macam mane time aku mandi tu, aku pergi buang cincin tu kat dalam salur air. bijak kan aku? hahaha. pastu bile mak aku tanye, mane cincin? aku selambe badak je cakap " kat dalam tu " sambil konfidennye menundingkan jari ke arah saluran air. wakakakaa.
  • alamak asyik cerita pasal dark side je. okay nak cerita my bright side yang tak seberapa ni pulak lah. ha, abah cakap mase aku kecik dulu, aku suke cuci periuk, kuali dan seangkatan dengannya. motif? taktaulah. tapi dah besar ni pemalas nauzubillah. nak basuh sudu pun malas. haha. ok, aku dah tau motif. tu bermakna, aku suke membasuh periuk time kenduri. siape ade buat kenduri, ajak aku datang. aku memang suke cuci periuk. sumpah tak tipu.
  • dulu aku ade habit suka gigit kuku. then aku juge mempunyai habit suka main air liur. err, aku suke buat bubble gune air liur. euw. jijik sungguh aku ni. haha.
  • aku pandai membaca since 5 tahun. and mase aku tadika, aku selalu jadi mangsa jadi tukang cerita. cikgu akan suruh aku berdiri depan kelas, bagi aku satu buku cerita, then suruh baca kuat-kuat bagi budak-budak lain yang sengal tak reti membaca tu dengar. haha. ok, sebab tu aku memang suke buat presentation. aku dah diasuh sejak tadika. kau ade? wakakaka.
  • ok lah. last one. mase kecik dulu, aku memang tak ngam dengan si Zarith tu. aku tak suke die. taktau kenape. greatest rival kot. sebab aku hidup 3 tahun sebagai anak perempuan yang disayangi. then tibe-tibe die muncul. penyibuk kan? haha. tapi, mak aku ni pulak suke sangat lah beli gaun yang same patern. buat baju kurung yang same corak. nasib baik rambut tak same pesen. trademark rambut aku mase kecik dulu ala-ala China Doll. si Zarith lebih kepada style rambut lelaki. wakaka. tapi aku tak boleh terima hakikat berpakaian sedondon dengan minah ni. benci benci benci! boria! hahaha.
baju same. sob sob sob.
tak suke :'(

huwargh. dahla. penat. tu je cerita yang aku ingat. nanti aku cerita lagi. yang penting, aku memang gengster mase kecik dulu. pembunuh, pencuri, pencuci periuk, pelakon lagak ngeri, dan banyak lagi. kita berjumpa lagi di masa akan datang. BYE.




10:08 AM


Monday, February 7, 2011


RESULT AWAK OKAY =)

sumpah aku cuak. mentor aku ni entah-entah saje je nak sedapkan hati aku. cis. baru ingat nak bodek-bodek die suruh bagitau result aku. tak berjaya nampaknya. nak bodek-bodek tanye pointer pun tak dapat. kejamnya dunia. adeh. ketakutan. serius aku cakap, aku taip entry ni dengan tangan yang menggigil serupe macam insan Parkinson. sadis kan? nampaknya semakin bertambah cuak aku, semakin malas aku nak datang Kuantan. BYE. tu je nak bagitau.


9:27 AM


Sunday, February 6, 2011

betul ke? betul ke? betul ke? betul ke? betul ke?


i did some research on the internet. well, the answers pointed to YES, PARIS HILTON CONVERTED TO ISLAM.

tapi, taktaulah kalau bende ni just rumor je. kalau betul, alhamdulillah. well, kite taukan macam mane lifestyle si cucu tokey hotel Hilton ni. sangat-sangat liar punye social life. so, kalau betul die masuk Islam. alhamdulillah. kite just doa jela Paris betul-betul bersemangat nak mendalami Islam.

then, kita pun patut muhasabah diri jugak. kita yang lahir-lahir sebagai Islam ni pun banyak lagi yang jahil di sana sini, lalai dengan perintah Allah. so, at the same time, kita perbaiki jugaklah diri kita ni. kan?

dengar certa Paris nak convert name die sebagai Tahirah. yang bermaksud suci, murni, in arabic. well Paris, kalau betul kau masuk Islam, ape kate kau ajak lagi geng-geng sosial kau tu insaf sekali, boleh?


( masih tak percaya sebenarnye )


9:30 PM



ARSENAL 4 - NEWCASTLE 4.

gambar yang dicilok dari Arsenal.com


sumpah ni la game paling celake aku pernah tengok.
mule-mule dah sehabis taksub aku bersorak,
gol bertubi-tubi.

masuk 2nd half semua main macam haram.
baik hati sangat bagi gol dekat Newcastle.

macam *&^^$#$@#%&^&*^(&^%%^

kat Twitter pun agak panas gak lah aku.
ade tweet yang macam cinabeng bertali arus kat situ.

lagila panas hati.

nasib baik kat fb takde status-status gampang.
kalau tak, dengan tangkas aku akan remove insan itu, 
dan block die terus.

argh, geram!
emosional sikit.
harap maaf.

p/s : jujur gua cakap, tweet dari Sokerleaks memang bikin gua panas hati. Sokerleaks, watch out!


1:31 AM


Saturday, February 5, 2011

a simple update. bersempena dengan kepulangan beta ke kampung halaman tercinta.

sebelum kejadian.

okeh. kat highway. kat Yong Peng rasenye ni.
nampak sisa-sisa banjir.
tapi mase dalam perjalanan balik, dah surut sikit la air ni.
baru ingat nak bermandi-manda.

ho yeah! baru keluar tol Pagoh!

dekat Tanjung Emas.
favorite port kalau balik Muar. makan rojak.
terbaik, wa cakap sama lu.


melompat dengan hebat.
ye, aku tau aku sangat huduh ketika melompat.
sebab AKU MEMANG TAK PANDAI MELOMPAT!
damn!



on the next day, ade buat steamboat kat rumah Pak Cham.
best. ramai yang ade. compared to last year, this year was merrier.
sebab family Pak Cham cukup ahlinye, plus ade family Pak Pi.
cume this year takde buat lucky draw.
lack of budget, probably. tehee.
yang tak bestnye, tibe-tibe Muar takde air!
memang tak best.


itu jelah. hari Jumaat balik JB. singgah rumah Kak Joy kejap sebab petang tu Kak Joy ade buat kenduri doa selamat. kitorang kene rushing balik JB, sebab petang tu jugak abah kene jadi jurucakap untuk family Uncle Ajis, anak die nak bertunang. that's why kelam kabut balik JB. tak dapat pergi kenduri rumah Kak Joy.

so tu jela aku nak membebel tentang kronologi kes kepulangan ke Muar. btw, mase aku lepak-lepak kat Tanjung Emas haritu, ade nampak Sultan Johor naik hovercraft dari jeti kat situ. di-escort pulak dengan polis punye bot. maybe nak pegi melawat mangsa banjir kot. tak sempat pulak aku nak snap gambar. sebab tergamam tengok hovercraft sultan. wakakaka.

then mase ontheway nak balik JB, sebelum masuk tol Pagoh, berselisih dengan konvoi Timbalan PM. maybe Tan Sri Muhyidin nak balik kampung die. haha. tak sempat jugak nak snap gambar, sebab tergamam tengok 10 bijik kereta , plus mase tu nak teka mane 1 kereta yang TPM naik. wakakaka. stupid.


7:53 PM



BLOG DAH CANTIK?
tipu je.
tak cantik pun sebenarnye.

setelah beberape juta blog orang dijelajah, 
bajet buat research la kononnye.
sebab sebelum ni blog aku kan takde blogger nav bar.
nak follow pun susah ( bajet ade orang nak follow blog aku )
so, penat la cari coding untuk nav bar ni.
then cari coding untuk follow button.

ha, lepas ni sape yang nak follow, boley click je dekat belah kanan tu,
click dekat gambar ini : 





penat aku buat button khas untuk follow.
click je.
and, secara magisnye anda boleh follow blog aku.

tapi, still dalam proses nak cari coding untuk title.
sebab kesian sungguh entry-entry aku ni takde title.
macam anak takde name bapak.
sadis kan?

BERUSAHA!

p/s : semoge berjaye diucapkan kepada insan-insan yang belajar di hikip. selamat berjuang mengambil keputusan exam, dan berjuang untuk mendaftar, beratur membayar yuran, berjuang mendaftar subjek, berjuang memburu lecturer-lecturer semata-mata mahu menagih simpati autograf mereka. all the best! sape yang dapat result gempak, aku nak ucapkan congrats. sape yang dapat result tak berape nak gempak macam aku ni, cube lagi di masa akan datang. semoge bergembire ye. aku disini sangatlah cuak sehinggakan berhasrat tidak mahu pulang langsung ke Kuantan. insyaallah, panjang umur muncul lah aku kat kolej tu semata-mata mahu mengambil result yang telah ku tahu, konpem sangat hampeh. tsk. BYE.



6:56 PM



Semalam member aku call aku. we had a short talk. sebab dah lame tak jumpe. okey. name mamat ni Kobes. die ni school mate aku mase kat teknik. kenape die dipanggil Kobes? sampai sekarang aku taktau. so, bile berbual-bual tanye kabar, die tibe-tibe cakap macam ni.

Kobes : Zurina, asal suare kau lain sekarang?
Zurina : Lain? mane ade lain. same je. ape yang lain?
Kobes : Dulu kalau kau cakap, lembutttttt je~ sekarang, mak aih.
Zurina : &%%##^%&  ( dalam hati je . HAHA )

sumpah aku tak pernah perasan pasal bende ni. aku taktau lah pulak mase dulu-dulu aku cakap lembut, sopan santun. haha. ok, sekarang aku mengaku aku memang cakap kasar sikit. pantang ade peluang, memang bertalu-talu aku nak mencarut. ok sorry. MY BAD.

tapi, tu lah. manusia berubah. so do I. tapi orang selalunye berubah ke arah kebaikan. aku? entah. NO COMMENT. people, i know how much you love judging other's. so, PLEASE JUDGE ME. I'M BEGGING YOU. wtf.

I'm a rockstar. never care what people say about me.
kan Zarith? I salute you, sis.



4:51 AM


Wednesday, February 2, 2011


current mission :
i want to have this fluffy little rabbit!
i want you, little Genji
:)



11:08 PM



okay, aku tau aku tak akan dapat meng-hapdate belog selama beberape hari. sebab aku nak balik kampung. ok, kampung yang tak rupe kampung. kau ade? haha.

so, nak wish la Gong Xi Fa Cai kat semua pembaca yang celebrate raye cina ni. mane-mane orang cina yang tersesat kat blog ni, aku nak ucapkan selamat beraya la. jangan kau campak mercun pulak kat belog aku ni. harem! haha. campak la angpau ke ( minimum 50 ringgit ), limau mandarin 5-6 kotak ( yang manis-manis sahaja ), takpun kau campak la kumpulan tarian singa ataupun tarian naga. aku tak kisah. aku terime dengan hati terbuka.

well. 2011 ialah tahun rabbit. kalau dalam adik beradik aku ni, abang aku lahir tahun rabbit. so, Emy pegi main jauh-jauh bersama rabbit yang berkeliaran bebas di musim perayaan ini. muahahaha.

ok. bagi yang balik kampung, pandu berhati-hati. pandu cermat jiwa selamat. don't drive fast on the road ( bak kate Valentino Rossi dalam iklan kat radio Hitz tu. pastikan baca dengan intonasi Italiano sikit. wakakaka ) . jangan main mercun. main bunga api yang macam kat Dataran Merdeka time 31 Ogos tu takpe. baru meriah suasana raye. kan? HAHA.

ape lagi ek? err. jaga diri elok-elok. BYE.

yeay! raye!



9:25 AM