Zurina Majid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2299097498486129935\x26blogName\x3dZurina+Majid\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zuryna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/\x26vt\x3d5460764499591985688', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
zurina's
I'm your master


Your photo here.

Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut. aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.


*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*

THE ROCK ♥


Your photo here.


misi bantuan

nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper

masih ada jalan keluar

BLOGGER.com
Facebook
Twitter
Tumblr

warisan artifak negara.

March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
***
***

tabung sekolah


hit counter
hit counter

Friday, July 30, 2010

i adore her. Hanis Zalikha. tak kenal siapa beliao? beliao adelah seorang model yang cun. merangkap blogger yang femes. aku adelah silent reader blog beliao. hehe. blog beliao best. sangat sempoi. nak usha? mari click sini.

bagi aku, Hanis Zalikha ialah seorang insan yang boleh dinamakan sebagai beauty with brain. dan, beliao juge tidak sombong. ye, tidak sombong. sebab aku rajin jugaklah roger-roger dekat twitter beliao ni. hehe.

dan, beliao reply tweet aku tu. ehem ehem, rase bangge gak lah seorang public figure sudi nak melayan peminat gilenye seperti aku. :)




see. beliao best! i like her. kalau beliao ni penyanyi, aku beli album-album die. err, beliao ni pelakon juge. tapi, baru harini aku nak tengok movie yang die pernah berlakon. cerite Momok The Movie. ni pun aku gali balik koleksi dvd yang ade kat rumah ni. nasib baik jumpe. adik aku cakap cerite ni best. taktaula. best kowt. sebab ade Hanis Zalikha! 

:)

SudutMarilahMerapu : fuhh, seronok bergembire menghabiskan duit. beli barang-barang yang betul-betul diperlukan je. dapat beli sehelai tee from Subzero Jeans je. huuu~ kenapelah baju-baju sekarang ni semakin mahal? ade sale pun macam takde sale je. baik takpayah. 


post signature


11:39 PM



rindu gile nak pakai baju kurung. sepanjang cuti 2 bulan ni, baru 2 kali aku pakai baju kurung. tu pun sebab nak pergi masjid. and tadi pun ikut mak pergi masjid. ade majlis tahlil arwah. rase rimas gile pakai baju kurung even baju kurung ni la baju harian yang aku pakai tiap-tiap hari dulu mase sekolah and tak berape nak harian sangat bile aku dah masuk kolej.

tapi bile dah sekali pakai, rase macam sayang pulak nak bukak. hehe. gile semangat punye budak.

so, macam biaselah, event camwhoring dijalankan dengan hati yang rela. nah, terimalah gambar eksklusif aku yang menggayakan baju kurung. haha.



takpe Zurina, jangan risau. nanti dah balik Kuantan, tiap-tiap hari kau kene pakai baju kurung.
lagi-lagi bulan puasa. 
selamat berjaya.

SudutMarilahMerapu : nampak tak makhluk boncet di belakang aku tu? tulah MooMoo. musuh ketat Nadiah. taktaula kenape Nadiah tak suke die. mungkin sebab aku cakap muke MooMoo macam Remy Ishak kowt. err, masih di dalam dilema. sebab tak tau nak bawak balik MooMoo ke tak. macam malas nak mengusung MooMoo naik bas ke Kuantan. tapi, nanti boring pulak takde geng time tido. tapi, kalau bawak balik pun, ade orang tak suke kat die. ( ceh, buat ayat sedih ;p )


post signature


12:59 AM


Wednesday, July 28, 2010

disebabkan FB, aku menjadi semakin leka, lalai, malas dan tidak berguna. kerana : aku menghabiskan banyak masa aku dengan bermain game yang merepek dan merapu. mari lihat senarai game yang berjaya melalaikan aku :


1. Mall World. ini ialah game fashion boutique. setakat ni berjuang di level 43. game ni lah yang aku paling taksub sekali sebab semua adik-beradik aku main game ni. kadang-kadang aku yang buat muke tak malu, dengan selambe nye bukak FB adik-adik aku semata-mata nak tolong mainkan diorang punye Mall World. hebat tak? iye, aku hebat. main game Mall World sampai 4 kali sehari semata-mata nak memuaskan hati. huh. cantik kan boutique i? ( perasan. padahal hodoh gile. )  




2. Cafe World. huh, pengaruh terbesar yang melalaikan aku selama ini. yang ni pun aku agak taksub sebab aku ade ramai jiran. Cafe aku pun semakin besar walaupun tak secantik cafe jiran-jiran aku. konsep cafe ialah ceria seceria-cerianya. penuh dengan bunga-bungaan yang menyerabutkan kepale hotak. ingat nak design cafe tu ala-ala style mat saleh punye cafe. ala-ala cerita Gilmore Girls. fuhh, tapi malangye aku pun tak ingat camne rupe susun atur cafe yang ala-ala cerita Gilmore Girls tuh. jadi, aku just buat jela konsep menyerabutkan kepale hotak tuh. nak tukar imej, tapi kos bahan binaan dalam game Cafe World adalah sangat mahal. sangaaaaaattt mahal. kene berjuang habis-habisan sebelum dapat membeli sekeping jubin lantai. mahal gile. sumpah tak tipu. huhu.



3. Baking Life. aku baru je terjebak dengan game nih. best kot. cume aku rase game ni tak berape serasi dengan jiwe aku. hoho. tengok lah kaler kedai aku. silau habis kaler kuning. kaler planta gitu. konon-konon cantiklah tu. aku memang lemah bab-bab interior design ni. bukan bidang aku. inilah kedai yang paling hodoh di kalangan jiran-jiran aku sebab die kaler kuning oren. aku dah tak tau camne nak hias kedai tu. sebab tu aku just letak jam je kat dinding. 



Game- game sampingan yang dibuka setahun sekali :

ya, selamat kembali. kali ini aku nak memperkenalkan pulak game yang aku main setahun sekali. 

1. Zoo World. ni la game first yang aku main kat FB. kite jadi tauke zoo. tapi sekarang dah tak suke game ni sebab die lambat gile loading. macam aku cakap tadi, setahun sekali je bukak. hoho.



2. Music Challenge. game ni best. menguji kehebatan kite teka lagu. tapi sampai sekarang aku still tak dapat mengalahkan kehebatan anak Jalaluddin Hassan. hebat woo. taktaula bile aku dapat kalahkan die ni. huhu. banyak gile markah die. main tipu kot. haha ;p



jadi di kesempatan ini aku berharap takdela pengusaha game-game akan mengasaskan game baru di FB sebab aku dah taknak terjebak lagi dengan kelalaian ini. cukuplah aku terjerumus dengan game-game yang aku main setakat ini. huhu.

post signature


11:03 AM



puasa ganti. phew. inilah padahnye sahur tak makan nasi. badan tak bertenage sepanjang hari. terbaring macam lintah kenyang. huhu. tinggal beberape hari je lagi untuk melunaskan hutang. semoge hutang sempat dibayar. 

:)

petang pukul 6 abah ajak pergi shoping kat Giant. terlupe sekejap yang aku ni puasa. mane taknye, bahagia je penuhkan troli dengan barang-barang sendiri. diulangi, barang-barang sendiri ye. bukan barang-barang yang sepatutnye dibeli. takpe, duit abah. bukan duit aku. kalau duit aku, mungkin akan jadi kedekut sikitlah. heeee. shopping punye shopping, tak sedar dah pukul 7 lebih. dengan pantas bukak peti ais kat tepi kaunter, amik satu tin air. 

dah lepas bayar, kebetulan abah cakap dah masuk waktu maghrib. lalalala, selongkar troli nak amik air yang beli tadi. fuhh sedapnye. oh, abah pun semangat jugak mule-mule. sebab abah ade beli kurma. masa tengah sibuk gali-gali troli nak cari air tin tu, abah pun sibuk jugak gali troli nak cari kurma. siap bukakkan plastik kurma tu, suruh aku makan. abah pun makan lah jugak kurma tuh.


aku : eh, abah pun puasa jugak ke?

abah : takla. ( jawab dengan penuh yakin sambil makan kurma.

aku : hek eley. semangat nak makan kurma. ingatkan puasa jugak. hoho. T____T


begitulah kisah berpuasa. tak mencabar sangatlah. cuma bibir kering gile. teruk menggelupas ni. oh, kau nak mencabar ye Zurina? tunggu kat Kuantan nanti. padan muke kau puasa kat sana. haha. ( gile, cakap dengan diri sendiri ) jadi dengan ini, aku bolehlah membuat persediaan fizikal yang rapi sebelum menempuh alam berpuasa di Kuantan. 


SudutMarilahMerapu : oh, saya sayang abah saya. kenapa? sebab saya dah dapat hard disk! jangan jeles. auuuwwww! :)  eh, aku rase blog aku sekarang ni asyik story pasal abah je. aku nak namekan blog ni sebagai blog Zurina & Abah. haha. 

post signature


1:03 AM


Monday, July 26, 2010




hari paling cool dalam sejarah. semalam pergi Terminal Bas Larkin, sebab nak beli tiket balik Kuantan. ( eh, dah nak balik Kuantan? ohh taknak. taknak balik. wuuuu~ ) So, abah parking kereta kat tepi jalan je. aku dengan Zamira dengan pantas turun pergi jalan kaki lalalalala nak beli tiket.

dalam perjalanan nak ke kaunter tiket, terserempak dengan member sekolah Johor Jaya. Saidah namanya. hehe. berbual kejap. potpetpotpet, salam salam dan blah. so, perjalanan diteruskan. dah sampai kaunter, bahagia je pergi beli tiket. lepas beli tiket, singgah McD. beli Sundae kesukaan ramai untuk adik-adik dan juge diri-sendiri.

Lepas beli Sundae, jalan-jalan nak pergi ke kereta. Tiba-tiba ( ceh, konon-konon suspen lah ni. hoho ) aku nampak mak, Zeti and Heri tersadai kat luar kereta. aku pun pelik gak lah. aku bukannye beli tiket lama sangat sampai diorang penat duduk tunggu dalam kereta. then nampak abah bukak bonet kereta. eh, pehal lak ni? kereta tak boley start rupenye. oh, syahdu sungguh aku rase mase tu.

dahla mase tu kat Larkin. salah-satu port tumpuan orang ramai di hujung minggu. dan kereta tak boleh start. paham tak ape yang aku cube sampaikan di sini? tolonglah mengerti perasaan aku di waktu itu. 


aku : abah, kenape kereta ni?

abah : bateri kong.

aku : eh, air bateri takde ke?

abah : ape air bateri pulak. ni dry cell lah. mane pakai air. 

aku : eh? yeke? ( malu sendiri sebab baru aku tahu kereta bapak aku pakai sel kering. wuuuu~ )

abah : cepat pergi tolak kereta. korang tolak ramai-ramai, abah start enjin.

aku : OMG. ( tak mampu berkata apa-apa )


so aku, mak, Heri dan juge Iya berjuang menolak kereta yang sangat berat itu. sambil menahan malu. cuba mengerti perasaan aku sekali lagi yang terpaksa menolak kereta di hari yang panas terik, di tempat yang ramai orang. hmm. agak terkilan gak lah dengan sikap orang Malaysia yang lebih sudi menjadi penonton berbanding menghulurkan bantuan. nak aje aku sound pakcik-pakcik dan abang-abang yang ade kat situ. ade ke patut diorang just tengok 3 orang perempuan tolak kereta? bukan nak tolong seh. what a shame. sumpah, it's a big shame. 

usaha tolak kereta langsung tak membuahkan hasil. kereta masih tersadai. oh, risau gak lah. aku memang blur taktau nak buat ape lagi. just duduk tepi makan Sundae( konon-konon cool lah tu ). tibe-tibe rase menyesal sebab mase sekolah teknik dulu tak amik course automotif. kalau tak, boley tolong repair kereta. haha. abah call AAM. bijak, bijak. kalau harapkan aku, memang sampai malam duduk tercongok kat Larkin tuh. haha.

dalam 15 minit pastu, orang AAM datang. fuhh, cekap sungguh anda. dengan pantas kau datang membantu. ingatkan nak jumper je bateri tu. rupenye die terus tukar bateri baru. okay, sekarang kereta abah pakai bateri AAM. kereta bapak korang ade ke pakai bateri AAM? mesti takde kan. haha.

so, itulah yang berlaku. agak sadis kalau nak diikutkan. tapi, cool gak lah sebenarnye. ter-famous sekejap. yela, jadi perhatian orang yang lalu-lalang. orang Malaysia kan 'prihatin'. lagi suka melihat dari membantu. kan kan kan?


^____^

 ceh, konon-konon cool lah ni siap boley snap gambar. 
padahal dalam hati blur taktau nak buat ape. 
hoho.

ni paling cool sebab mase ni tengah tunggu orang AAM datang.
separuh botol Mirinda Strawberry aku minum.
haha.
eh, nampak tak jerawat tepi mata tuh? 
tu la musuh baru aku sekarang ni.
aku panggil jerawat tu BITCH sebab die hodoh dan besar.
bile entah die nak hilang aku pun tak tau.
haha.

ha, ni lah die rupe bateri AAM. cantik kan?
kereta bapak korang takde bateri nih.
kereta bapak aku je ade. haha
( ayat geli gile. macam ayat budak darjah 1 yang menceritakan kehebatan bapak masing-masing. haha )


SudutMarilahMerapu : aku rase aku dah kurus sekarang. tak percaye? mari tengok gambar ni. aku rase gambar ni menampakkan kekurusan aku.

tipu je. padahal makin gemok.
;p

SEKIAN TERIMA KASIH.

post signature


9:06 AM


Saturday, July 24, 2010

sounds funny, but i appreciate the effort and creativity.



this one is awesome! takdelah sedap sangat, tapi kelakar.




SudutMarilahMerapu : err, dalam video yang first tu, muke mamat tu macam muke Ashton Kutcher kan kan kan? then, apasal orang yang dalam video 2nd tu aku rase sangat sesuai jadi salah seorang ahli Black Eyed Peas? haha. abaikan aku. aku memang suke merepek ;p

post signature


12:19 AM


Friday, July 23, 2010

boring punye pasal. jawab lah soalan tag ni. dari blog Aida, err aku pun tak kenal Aida nih. hehe ^__^

1. Apa nama blog anda dan kenapa letak nama itu
Nama blog saya ialah Zurina Majid. ( apasal macam ayat karangan UPSR? ) saya letak nama ini sebab ini ialah nama saya. takkan lah saya nak letak nama nenek jiran sebelah rumah awak kan? ^__^

2. Apa nama URL blog dan dari mana datangnya nama itu.
Nama URL blog saya ialah http://zuryna.blogspot.com dan nama ini datangnya dari nama saya sendiri. bukan nama nenek jiran sebelah rumah awak ye. hehe. cuma ejaannya diubah sikit sebab ade Hamba Allah yang lain telah 'mencuri' URL http://zurina.blogspot.com. tak percaya? mari click sini. lagipun saya nak tunjukkan nama komersial saya. barulah perasan sikit bunyi URL blog saya ^__^

3. Apa method dalam penulisan anda
err, untuk soalan ni kena perasan jadi professor sikit lah sebab ade perkataan 'method' dalam soalan tuh. haha. ok, saya gunakan method type-and-post sahaja. saya taip sahaja apa yang saya nak taip. saya memang tak menjaga hati dan perasaan pembaca saya sebab saya tak kuasa nak menjaganya. saya hanya menaip mengikut apa yang terlintas dalam kepala hotak saya. kalau ada yang tak suka baca apa yang saya taip, senang sahaja. tekan button pangkah. saya tak paksa awak baca blog saya sebab saya memang tak bagi duit untuk insan yang baca blog saya ^__^

4. pernah rasa nak hapuskan blog?
ohh, tidak pernah. saya cintakan blog saya.

5. Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Pernah. lagipun adik-adik saya pun ada blog juga. sepupu sepapat saya pun ada.

6. Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik.
Saya tak kisah sebab cantik itu adalah sesuatu yang sangat subjektif. citarasa orang memang sangat-sangat berbeza. sedangkan saya sendiri kadang-kadang rasa blog saya cantik, dan kadang-kadang rasa blog saya buruk. eh, macam mana tu ye? hehe.

7. Bila blog anda diberanakkan?
13 Mac 2009. hari Jumaat yang mulia. ^__^

8. Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
err, the Tenukkss. mereka antara yang pertama tahu.

9. Perasaan anda bila orang berkata tentang blog anda di sekolah kolej :
Buat-buat tak dengar je. eh, macam tak pernah je dengar orang bercerita pasal blog saya. hehe. blog saya sangat humble. ^___^

10. 10 orang seterusnya yang akan di-tag 
tag lah diri sendiri. ^___^


post signature


1:23 AM


Thursday, July 22, 2010


situasi : aku tengah syok makan. mak and abah tengah tengok tv. tengok berita rasenye. aku pun tak berape sure sangat. tibe-tibe ade terpampang gambar Lindsay Lohan.

mak : suke die ni. tapi, tu lah. teruk perangai. ( aku tergamam gak lah sebab tak sangke mak aku suke Lindsay Lohan. waddehel? haha )

abah : entah. kuat minum. sayanngggg~ ( ceh, konon-konon macam kecewa )

mak : hmmmmm..  ( setuju lah tu. aku meneruskan sesi mengunyah )

abah : tu la, dulu dah pesan dah, jangan minum. degillll~ minum jugak.

( aku hanye mampu ketawe je. haha. apelah abah ni. macamlah Lindsay tu anak die. haha )

SudutMarilahMerapu : masih tidak menerima hakikat yang mak suke kat Lindsay Lohan. ape lah best sangat Lindsay Lohan tu??? hmmmmm. err, sori ye kepade peminat Lindsay. ;p


post signature


11:59 PM



okay, aku sedang merancang perjalanan hidup aku untuk mingu hadapan. mari ramai-ramai muntah sekarang. apasal ayat aku sangat menggelikan? huh. bukan ape, surat resign dah hantar hari Selasa haritu. tapi, sampai sekarang tak datang kerja. entahla. terus takde mood nak pergi kerja. iye, Pizza Hut memang bapak aku yang punye. sebab tu aku boley sesuke hati datang dan ponteng. Employers out there, beware! jangan amik aku sebagai pekerja anda sebab aku akan menjadikan company anda sebagai company aku. muahaha. 

jadi, mulai sekarang kene lah merancang perjalanan hidup yang masih berbaki beberape hari di bumi bertuah JB ini. lepas ni kene balik Kuantan. wuuuuu~ student life~ wuuuuu~ oh tidaaakk~ wuuuu~ lepas tu puasa~ wuuuu~ lepas tu raya~ weeee! :)

misi sekarang ni ialah nak meneruskan usaha membodek abah. abah, cepatlah belikan external hard disk. benci taw. abah selalu buat-buat lupe. eh, bukan. bile aku ungkit pasal abah lupe nak belikan hard disk, mesti abah akan cakap : ye, nanti kite pergi beli lah. abah ni ade banyak bende nak ingat. bukan nak ingat pasal hard disk kau je. okay. betul gak tuh. sori abah.

( bukak music player. lagu random je. tibe-tibe sekarang ni berkumandang lagu Peterporn Peterpan. huuuu. sumpah, dulu aku suke Ariel Peterpan. siap pinjam lagi VCD karaoke Fana, classmate aku kat teknik. punyelah nak layan Peterpan. tibe-tibe sekarang ni kecoh pulak kes pornoporno die. terus tak suke. bluekk, hate you! )

eh, kembali ke topik asal. perancangan hidup minggu hadapan. so minggu depan nak bersoping sikit lah. walaupun takde duit. huuu. sekarang ni jadi kedekut sikit sebab dah takde duit. memang berkira. tapi takpelah. beli ape-ape yang patut je. ( padahal nanti bile dah mengadap barang banyak-banyak, benda yang tak patut pun tibe-tibe boley jadi benda yang patut. haha. )

dan terakhir sekali ialah, makan sepuas-puasnye sebab makanan kat Kuantan memang berbeza beratus kali gande daripade makanan kat rumah. ingat nak buat wishlist makanan then tampal kat pintu peti ais. biar mak masakkan. hehe. memang tak tau malu. tau makan je. tolong taknak. cehh.

ok, yang terakhir. ( ini betul-betul terakhir ) minggu depan nak beli tiket flight bas. adoi. 5 jam dalam bas. memang berpetak bontot. betul-betul ikut acuan seat bas tuh. cepatlah berakhir penderitaan ini. tak sabar nak grad. cehh, padahal belajar ke laut. bukan setakat ke laut, ke loji kumbahan pun boleh. ;p

itu sahaja. ye, Terima Kasih sebab baca. U Rock! 

SudutMarilahMerapu : dilamun cinta. awwww! hehe. malas nak bagitau sape. rahsie! ;p ( Zurina, kau boleh hantukkan kepale kau ke dinding yang berdekatan. err, baiklah! T_____T )



post signature


11:40 PM


Tuesday, July 20, 2010



:)



10:55 PM



mari berkenalan dengan seorang insan yang aku sangat kagumi kehebatannya dalam bidang muzik. namanya Matthew Bellamy. tak kenal? okay, beliau ni adelah vocalist kumpulan Muse. bagi aku, beliau ni adelah seorang genius dalam muzik. sebab lagu-lagu die semua unik dan best. tak suke Muse? boley pegi jalan. haha. eh tapi sumpah mamat ni memang superb ah. beliau boley main gitar dan piano. dan kalau korang view video konsert Muse ( sile tengok di Youtube, sekian terima kasih ), memang terpukau lah bijik mate tengok beliau ni main segale macam instrumen. power gile.  

dengar cerite beliau ni dah dikurniakan cahaya mata PhD. err, yang ni tak sure lahh. abang aku yang cakap. hee. kesimpulannye, Muse adalah legend. sama seperti Queen. eh, cakap pasal Queen, lagu We Are The Champion ni ade iras-iras lagu United States Of Eurasia, iaitu lagu daripade Muse. eh salah salah. lagu United States Of Eurasia yang iras-iras lagu We Are The Champion. tak percaya? cubelah tengok ini. ade orang mix-kan lagu Muse ngan Queen nih. 


band teragung abad ini. eheh, bagi aku lah. taktaulah bagi korang. manela tau band teragung korang ialah New Boyz. ;p



  post signature


9:10 PM



Tumblr will be my English blog. err, i know my english is really sucks, but peduli hape aku! haha.

okay, http://zurinamajid.tumblr.com/ is available.

haha.

:D
post signature


3:56 PM







yeah, nak memperkenalkan Pizza baru yang bakal muncul lagi beberapa hari. name die, still aku taktau. huhu. tapi inilah rupe bentuk die. topping die aku tak sure sangat. Super Supreme kowt. ni pun manager yang buat, bagi staff rase. 

fuhh, sedap dimakan bile panas-panas. yang dalam gambar ni, gune beef meatball. agak besar gak lah meatball die. kalau nak ikutkan, setiap slice ade 2 biji meatball. tapi untuk sesi rasa-merasa ni, manager potong setiap slice ade 1 meatball. tu pun kenyang gile. kalau ade 2 meatball, double kenyang! :)

rupebentuk pizza memang agak hodoh sebab kaler meatball ni tak berape nak menawan. tapi rasenye memang super duper menawan. betul, dont judge a pizza by its meatball. sumpah u akan tertipu. sebab rase die enak dan amat mengenyangkan. 

cara nak buat pizza ni pun memang leceh dan merumitkan. kasihan lah pade insan-insan yang bekerja di kitchen kerana akan berjuang bermati-matian menyiapkan pizza ini. mungkin berbaloi dengan harganya yang agak mahal kowt. huhu.

okay, lagi 2 3 hari bolehlah serang Pizza Hut yang berdekatan. rase pizza baru yang aku sendiri still taktau ape name die. huhu

SudutMarilahMerapu : kalau tengok meatball tu, macam rupe jemput-jemput pisang pun ade gak. huhu. atau name saintifik di kalangan tenuksss - GOUT. hahaha. kami sahaja yang tahu kenape jemput-jemput pisang dipanggil GOUT. :D


post signature


2:25 AM


Monday, July 19, 2010

alhamdulillah, nuff earning aku dah menunjukkan hasil. takdela banyak. 5 posen je kowt. tapi, terharu gak lah. ingatkan takde ape-ape. hehe. thanks semua. click lagi banyak-banyak ye. :)

post signature


12:20 PM



ceh, pinjam script movie My Name is Khan. movie ni best woo. baru lepas tengok. walaupun aku tak suke Shah Rukh Khan. huuuu. takpe, abaikan hero. plot cerita ni best. ter-touching gak lah dibuatnye. jangan risau, movie ni takde nyanyi-nyanyi, guling-guling atas rumput, lari-lari dalam hujan. ;p

cinematography pun marvelous lah. sejuk mata memandang. ala-ala tengok drama Nur Kasih. memang cun. terbaik!







SudutMarilahMerapu : masih diharamkan lagi. hehe. oh tidaaaakkk!!! blog aku sudah dicemari oleh gambar Shah Rukh Khan!!!!  bukan satu, bukan dua, tapi tiga! oh no! ;p


post signature


12:53 AM


Sunday, July 18, 2010

eh, lame tak update blog. ceh, takdela lame pun. baru 2 hari. hehehe. takde ape nak story. 

umm. sekarang ni merajuk dengan orang-orang kat rumah ni sebab semalam abah beli rambutan, banyak gile. tapi aku kerja sampai malam. tak dapat merasa pun rambutan tu. gile sedih. sebab tu konon-konon nak merajuk. hee ^__^

ade 2 hari je lagi sebelum aku menghantar resign letter aku ke Pizza Hut. huu, sedihnye. eh tapi bukan terus berhenti. bagi notis seminggu. sob sob. erk aku sorang je kot yang sedih. insan-insan lain kat Pizza Hut tu chill je.  siap pakat nak mandikan aku dengan sos pizza. gile jahat. keji punya olang. huhu.

oh, itu sajelah berite terkini. urm, dah taknak merajuk lagilah sebab baru ingat nak bodek-bodek abah belikan hard disk. hehehe. Zurina, kau memang kaki bodek. hapak punye budak. haha. whatever lahhhh.

:)


* SudutMarilahMerapu diharamkan buat masa ini sebab Tauke Mabuk taktau ape nak yang nak di-merapu-kan. hehe.

post signature


9:34 PM


Saturday, July 17, 2010

one word : OOOPPPSS!

SudutMarilahMerapu : blaaaaaahhhh, lantak kau. kau ingat aku ade mase nak jage ati kau? you can kindly talk to my HAND. tu pun kalau my hand nak melayan orang gila meroyan macam kau. eeeeeuuuwww, dahla hati busuk. busuk gile. kasihan.

:)

post signature


12:12 PM


Friday, July 16, 2010

fuhh, nak promote sikit lah ni. aku rase minggu depan kowt ( kalau tak silap lah ) akan wujudnye pizza baru di Pizza Hut. name die aku pun tak sure sangat , tapi kalau tak silap aku, pizza tu die best sikit kowt. sebab, bukan pizza punye topping yang baru ye. die punye pizza base je yang baru. hehe.

tak paham? okey takpe meh nak explain.  kalau korang penah makan pizza yang Cheesy Lava Stuffed Crust ( yang ade cheese kat belah tepi tuh ) , mesti korang tahu kat belah tepi die ade cheese yang bersepah-sepah tu kan.  tapi yang latest ni bahagian tepi die ade meatball. maknenye, keliling pizza tu ialah meatball. rasenye korang boleh pilih korang nak meatball chicken atau beef. tapi, ( eh banyaknye tapi. hehe ) bukan semua pizza boley buat yang keliling ade meatball nih. ade certain pizza je.

so, siang tadi semua manager pergi try pizza baru ni. diorang cakap best. taktaulahhh betul ke tak. eheh, so ni hanyelah unofficial promotion ye. mungkin ade yang tak betul dengan ape yang aku tulis ni. ape-ape pun konpem minggu depan pizza ni start dijual. nanti try la ye :)

SudutMarilahMerapu khas dari sang pekerja Pizza Hut : inilah padahnye bile tak bace memo pasal pizza baru ni. name pizza pun taktau. hahaha. Zurina, please be alert after this. Baiklahhhhh~~ wuuuu, pizza feveret aku iaitu pizza Ayam Masak Merah yang untuk Sensasi Delight dah takde. eh, tipu je. die tukar name je. Chicken Masala Pizza. ala, yang pizza ade 25% extra cheese tuh. sodap beb!


post signature


2:47 AM



err, contohnye macam aku. aku tak cantik, tapi hati baik. eh, takdela baik sangat. tapi taklah sebusuk hati orang tu. die cantik. eh, cantik ke? takdela cantik sangat kot. suam-suam kuku je kot. tapi die punye hati berulat dan bernanah agaknye. maki hamun dan sumpah seranah mungkin adelah 'zikir' harian die. ish ish ish. tak bagus kan macam tu? awak, awak jangan ingat semua orang suke dengan perangai awak tu. aku tau awak tak suke kat aku. ( eh, macam pelik je ayat ni. ok, mari tukar struktur ayat ) saye tau awak tak suke kat saye. tapi saye takdelah nak menggunakan bahasa kasar dan kurang sedap didengar. ok? itu je nak cakap. lagi satu, saye harap awak rendam clorox jela hati awak tu. siyes, terlalu banyak daki kat situ. and takpayahla jadi hipokritos. orait? 


SudutMarilahMerapu : marilah kita melangkah ke zon perang dunia ketiga! hahaha.

ahha, ni lah aku. sniper terunggul. kalau awak berlebih-lebihan dengan saye, saye boleh hapuskan awak dengan sekelip mata, dari jauh je. 
:)


post signature


1:45 AM


Thursday, July 15, 2010

i am the Employer Employee of The Month! clap clap clap. hehe. terharu gak la beta dibuatnye. tak sangke sungguh. terima kasih kepada semua insan yang berkhidmat di Pizza Hut. Hidup Pizza Hut! :)

err, kaki lebam terhentak kat palang besi depan pizza semalam. padan muke. sob sob.

taknak update ape-ape sebab still dalam mood 'kembang' lagi. muahahaha! dengan ini, aku akan meninggalkan Pizza Hut dengan sifat terhormat. huu. next month dah start semester. ade 2 minggu je lagi untuk aku menyemai bakti di Pizza Hut. berusaha!

SudutMarilahMerapu : eh, membership status kat nuff pun dah di-upgrade ke Gliterrati! haha. thanks semua. muahmuah :) btw, bile tengok keyword search, ade ke patut ade satu keyword search tersesat iaitu 'manager pizza hut buli pekerja'.. err, apekah yang insan ini cube search ek? sebab di Pizza Hut memang tiada langsung unsur pembulian di kalangan manager dan pekerja. err, tapi taktaula kalau ade kat Pizza Hut lain. hehe. lagi satu, ade satu keyword 'zaquan adha mabuk' . yang ni lagi lahhhh aku tak paham. aku rase blog aku ni bukan blog gosip-gosip artis yang sibuk mencanang-canang artis si polan dan si polan mabuk. huh.


post signature


1:18 PM


Wednesday, July 14, 2010

walaooooowehhhh~

entry yang ke-300. bukan movie omputeh 300 tu ye. okay, thanks for reading. jadi, di entry yang ke-300 ni aku nak ucapkan thanks bebanyak kat followers aku yang 79 orang ni. u guys are awesome! and thanks jugak kat KAKI-KAKI SKODENG yang sangat low profile ye. hehe. u guys pun awesome jugak.

syukur sangat-sangatlah blog aku semakin dikenali ramai. hehe, tipu je. i mean, lagi famous sikit kowt berbanding dulu. dulu aku blogging just for fun je. sekarang ni maybe nak melangkah ke luar dari sempadan MALAYSIA-THAILAND yang aku sendiri buat. sebab tu aku join segale blog comunity yang ade. supaye : lagi ramai yang datang blog aku. yeay!

sambil-sambil tu rajin jugak blogwalking, manelah tau jumpe blog-blog yang dimiliki oleh jejaka-jejaka hensem. boleylah mengorat. hahaha.

lelong lelong : ade handsome guys tak? bak sini nombor telepon! hehee ;p

ha, barulah dramatik sikit entry ni. ade darah-darah. nampak macam extreme sikit. 
padahal entry ni penuh dengan kasih-sayang dan semangat kecintaan terhadap alam sekitar.
jangan tertipu ye ;p





SudutMarilahMerapu : aku rase disebabkan entry ni, blog aku akan disita dengan serta-merta sebab terlalu meloyakan untuk dibaca oleh orang ramai. hehe.



post signature


8:44 AM



seperti yang kite sudah sedia maklum, aku pakai henpon n73. malangnye, henpon n73 aku ni dah tak kelihatan seperti n73. ia lebih menyerupai basikal buruk zaman perang dunia pertama. jadi marilah kite bersame-same mengucapkan selamat tinggal kepade n73 kerane aku dengan rasminye akan membuang menghantar n73 ke kedai henpon terpilih untuk tujuan make-over. bukan make-over ye, extreme make-over. huhuhuh.


post signature


6:39 AM


Tuesday, July 13, 2010

eheh, umur dah 21 tapi still tak sedar diri. perasan mude, perasan kanak-kanak. bile dah 21, nampaknye aku dah boley mengundi. yiba yiba! hehe. gile hebat dah boley mengundi. Pilihanraya umum tahun depan. jadi dah boley gatal-gatal tangan register jadi pengundi nih. hoho. 

tapi malangnye aku tak minat hal-hal politik ni. semakin huru-hara politik Malaysia ni. takpela, mase nak undi nanti aku just pangkah jela YB yang pernah aku salam dulu mase Hari Anugerah Kecemerlangan. eheh, mane ade salam. aku just naik pentas, amik hadiah je. tak kuase aku nak salam-salam. politik itu semua. haha.

( err, takmo cakap lebey-lebey pasal politik. kang tak pasal-pasal blog aku kene banned. hoho ;p )

SudutMarilahMerapu : nak undi parti mane ek? parti Arcopal boley tak. huhu. eh, lupe pulak. UNDI ADALAH RAHSIA. bskjorhsfwjnmfl. merepek lah banyak-banyak , Zurina. tu jela kerja kaww. haha. padahal pilihanraye tahun depan. dah sibuk-sibuk berangan nak mengundi. 



err, baru ingat nak lukis gambar bintang kat petak tu. rupenye tak boley. haha.
jangan buat begini ye anak-anak. nanti sia-sia je korang mengundi.
membazir dakwat pen je. eh? pakai pen ke pensel?
hoho, entah, tak tau ;p


post signature


2:44 PM



meh layan sambil menghantukkan kepale ke dinding. 
cedok video ni dari blog Shazika. penat siot gelak.
sekarang aku nak korang gelak.
sape yang tak gelak aku tampar laju-laju.
ahah, tipu je.
;p



SudutMarilahMerapu : cerite Spontan pun best gak. meh layan yang ni. ( alfatihah untuk Allahyarham Din Beramboi )





yang ni pun hampir terburai isi perut gak la aku nak gelak. Y.E.S tak habis-habis. kalau korang tak gelak, maknenye korang pendek umur tak mempunyai jiwa dan raga sebagai manusia normal lah. haha





post signature


4:56 AM



err, sampah memang tiade kene mengene dengan entry ini. harap maklum. ketandusan idea la beb. taktau ape nak update. oh, tapi nak bagitau. gaji dah masuk. alhamdulillah. takdela se-masyuk yang aku harapkan. tapi kire ok la tuh.tak semasyuk duit yang encik MARA bagi setiap bulan. sob sob. MARA i miss uuuuuuu :(


simpan dulu buat pekasam kat dalam bank. nanti ade mase aku nak habiskan kau cukup-cukup. muahaha. sekarang ni aku la tauke boutique yang berjaye di  FB. dan juge tauke cafe yang tak berape nak masyuk sebab cafe aku baru lagi beroperasi. tapi kaye gak lah. kalau lah duit yang aku dapat dalam game tu boley aku redeem di alam nyate, alangkah seronoknye. wuuuu~~


somehow i just realized the value of money. and how hard to earn a single cents. rasekan. dulu bukan main masyuk lagi aku melakukan pembaziran di sane-sini. bile sekarang ni dah belajar cari duit sendiri, baru tau betape kedekutnye aku nak membelanjekan duit walaupun untuk sekeping kad topup yang berharge 5hengget.


SudutMarilahMerapu : rase macam nak pegi merompak bank. ataupun beli loteri. ataupun jadi peragut. ataupun pinjam duit dari ahlong. ataupun pegi mintak sedekah. haha. banyak cara yang ade untuk dapat duit dengan mudah. except for merompak bank lah. tu susah kowtt. hehe. takpela, aku lagi sanggup jadi miskin daripade buat keje-keje takde faedah camtu. ataupun keje je kat Pizza Hut. dapat makan pizza tiap-tiap hari. dan dapat juge makan buah-buahan dari salad bar ataupun makan mushroom soup senyap-senyap bile manager takde ;p

* title entry sepatutnye ditukar dari insan yang sampah kepade insan yang mulia ataupun insan yang terhormat ataupun insan yang baik sebab insan ini tak melakukan kerja-kerja terkutuk untuk mendapatkan wang. eheh :)


post signature


1:10 AM


Monday, July 12, 2010

aku dah lame berblogging. err, takdela lame sangat. tapi dah setahun lebey. boleyla dikire sebagai lame kan? haha. tapi, baru ni la aku register kat gengblogger. mule-mule aku pun taktau ape fiungsi gengblogger nih. ingatkan komuniti bawah-tanah khas untuk blogger-blogger je. rupenye lebih dari tu.

dan kesan dari pemanasan global pendaftaran ini mula disedari tadi. almaklumlah, semalam sehari suntuk tak online. harini baru online. woo, amik kaw. walaupun takde entry baru, traffic yang datang kat blog aku ni agak memberangsangkan. terima kasih sebab datang :)

dan komen yang aku dapat hasil daripade 1st entry aku yang ade kat gengblogger tu pun banyak. entry selamat pagi aku ade 6 komen. wohh, terharu i. haha. aku takdela berniat nak jadi blogger yang famous ala-ala blogger boy kat 8tv tu, sebab aku ade ramai silent reader. haha. tak caye? tolonglah percaya. tiap-tiap hari mesti ade 10++ insan yang datang blog aku. taktaulah sama ade mereka tu tersesat ataupun memang dah pasang niat nak datang sini, tapi pedulik hape aku. aku nak kire jugak mereka tu sebagai silent reader aku ataupun bahase yang kurang sopan : KAKI SKODENG. heheh ;p

jadi, pade sesiape yang ade blog, try lah register kat gengblogger. bukanlah nak bagi blog kite famous, tapi boley tambah kawan. betul, kali ni aku tak tipu. hehe. then lagi banyak blog kite boley explore. sebab selame ni pemikiran aku agak sempit sebab asyik explore blog yang aku follow je. tak berape nak berkembang sangatlah minda dan akal fikiran nih. haha.

haha. itu saje entry bodek-bodek aku untuk gengblogger.

SudutMarilahMerapu : follower pun bertambah secara mendadak, i tell u. sumpah i tak tipu. muahaha. eh, Spain menanglah. ehem ehem, team i memang terer. tak sia-sia letak gambar team Spain as my desktop background. and tak sia-sia letak badge team Spain kat profile FB. ahaks! :))


post signature


6:27 PM


Sunday, July 11, 2010

oh, indahnye harini. bau nasik goreng sudah menusuk ke lobang idong ku. tak sabar nak makan.

cett, hampeh punye budek. bukannye nak tolong masak. tau makan je.

huhu.

fakta : Zurina tak pandai masak. Zurina pandai makan je.

sekian. Salam 1 Malaysia.


post signature


8:26 AM