orait. nak wat something yang lain dari yang lain. aku rase kat blog orang lain takde wat camnih. hehe. so aku nak wat. aku nak mencantikkan blog aku yang tak berape nak cantik ni dengan 1 video player. bukan letak lagu, tapi letak trailer movie. aku nak letak movie-movie feveret aku. jadi kepade sesiape yang tak penah lagi tengok movie yang aku senaraikan tuh. try la tengok ye. tapi, kebanyakan movie feveret aku ni berunsurkan bunuh-bunuh orang, tembak-tembak orang. sape yang cintekan kedamaian tu, tak payahla tengok. hehe.
1. aku nak gali peti simpanan DVD kat rumah ni. aku nak search balik movie Kill Bill volume 1 & 2 sape tak penah tengok movie ni? kasihan. movie ni memang SUPERB! rugi sape tak tengok. tapi bagi insan yang bukan jenis hati cekal, aku nasihatkan tak payah tengok ah. movie stok bunuh orang ni. dengar name tajuk pun da tau kan. tapi volume 2 bosan sikit. eh bukan, bosan banyak. huhu.
2. The Punisher. ni pun bunuh orang gak. tapi The Punisher 1 je yang best. yang no 2 punye hampeh kowt.
3. Saving Private Ryan, Forest Gump, Cast Away, Toy Story, Catch Me If You Can, The Terminal. blah blah blah. saye peminat Tom Hanks, okeyy? movie-movie mamat ni sume aku suke. tak payah cakap banyak lah. kalau tak penah tengok movie-movie tersebut, sile tengok ye.
4. The Italian Job. disebabkan movie ni, cinte aku kepade Mini Cooper semakin membuak-buak. ouh, comelnye kereta nih. kalau dapat sebijik, memang masyukk ar. hehe.
5. Lord of The Rings. ha, movie ni pun best gak. sebab kekasih hati saye yang berlakon. yang jadi seekor Elf yang bername Legolas itulah kekasih saye. tapi, kalau tak suke epic movie, tak payah tengok lah. konpem boring punye nanti. dahla trilogy. memang termuntah kalau wat movie marathon. tapi, Legolas punye pasal, tak termuntah punye lahh :)
6. The God Must Be Crazy. movie ni lawak gile. sengal gile orang afrika tuh. tapi, paham-paham la kan camne pemakaian puak-puak asli afrika tuh. agak seksis ye. hehe. tapi, movie ni memang enjoyable la. best untuk menghilangkan tension di hati.
itu saje senarai movie yang terlintas di pikiran setakat ini. ade banyak lagi. tapi, errrr, cant recall lah. ^^
