tadi mase aku nak mandi, aku melangkah masuk ke bilik air dengan penuh stylo dan bergaya sekali. bile aku dah masok, tibe-tibe aku terpandang seketul objek aneh di lantai bilik air. aku perhatikan je mende tuh. macam kenal je rupebentuk objek tu. errrrr. DEMMIT! ekor cicak siottttt! nak menjerit aku dalam bilik air tuh. aku ni kan geli gile ngan cicak. mahu tak meremang bulu roma tengok ekor cicak tu. sambil-sambil tu, aku perhatikan gak ekor cicak tu bergerak-gerak ke tak. oh, nasib baik ekor cicak tu dah 'mati'.
dengan sepantas kilat aku usha segenap pelusuk bilik air tu. manela tau ade cicak nak balas dendam kat aku. and manela tau ade cicak nak kutip balik ekor die yang terputus tuh. fuhh. nasib baik takde. aku dengan pantasnye menggunakan Teknik Menjirus Ekor Cicak Kepala Naga Bercabang Tiga yang aku pernah belajar mase kat tadika dulu. aku jirus secare rawak je. mane entah ekor cicak tu sekarang. ade lagi kat dalam bilik air tu. lantak kau la ekor cicak!
pastu, bile aku pusing je mengadap ke jamban, lagi cam puaka siot. ade sekor cicak yang kehilangan ekor sedang terkapai-kapai kelemasan. errrr! lagi aku geli siot! bodoh punye cicak. tak habis-habis menyusahkan hidop aku. aku dengan serta- merta mengundur ke belakang, adela dalam 2 kaki jaraknye. fuhh, dan sekali lagi aku menggunakan kelebihan Lenturan Sakti aku untuk menutup toilet seat cover tu dengan menggunakan kaki. baik punya unjuran ortografik yang aku wat. bile da tutup, aku cepat-cepat flush cicak tu.
3 kali aku flush. RIP, cicak. semoge kau bersemadi dengan aman di....errr LOJI KUMBAHAN?
mintak maaf sebab aku terrrrrrr-bunuh kau.
;p

♥ 11:07 PM