orait, thanks Pizza Hut sebab tak bagi aku cuti. kaw-kaw aku kene buli minggu ni. bongok punye manager. huh. takpe, aku memang suke kerja.. haha! kaki macam nak tercabut siak kerje kat situ. dahla berhantu beb. petang tadi masyukkkk je dapat dengar bunyi 'bende tu' sayup-sayup menyanyi. gile meremang layan perasaan cuci pinggan sorang-sorang. perrggh. superb ah. meremang segale bulu rome. huhu.
dah keje seminggu, maka bilik aku ni pun seminggu lah tak terurus. katil macam puake. tak sempat langsung nak kemas. kadang-kadang tu bile da balik kerja baru aku kemas. pastu aku bantai tido. haha. baik tak payah kemas. cehh. baju kotor banyak gile. memang takde mase nak basuh. lantak kau baju. malas aku nak amik tau hal kau. hoho. ni kebetulan kucing aku ni dah beranak pulak. adoi, tak dapat aku nak jadi bidan. dan kucing ni beranak kat bawah katil aku. lagilah masyuk bilik aku ni dah macam wad baby la pulak. ramai insan-insan suke melawat, pastu suke sepah-sepahkan bilik ni. ouh, anak kucing sangat comel ye. ade 6 ekor. setakat ni dah ade 3 name. Velvet, Plate ngan Walnut. :)
jadi, di kesempatan ini aku nak kemas bilik ni. biar nampak rupe bilik. sebab selame ni bilik aku da rupe macam bilik stor. gile pengotor siak budak ni. huh. ala, rileksla. orang bujang memang camni. paham-pahamla bilik orang bujang camne kan? ;p
ok, selamat mengemas! :)
*taktau ape itu habat? okeyy, habat ialah pengotor tahap gile gaban ye. ini ialah bahase Pahang. ehem ehem. biasela, aku kan orang Pantai Timur sekarang. hehe.
♥ 1:31 AM