Zurina Majid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2299097498486129935\x26blogName\x3dZurina+Majid\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/\x26vt\x3d-2210775171145360540', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
zurina's
I'm your master


Your photo here.

Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut. aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.


*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*

THE ROCK ♥


Your photo here.


misi bantuan

nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper

masih ada jalan keluar

BLOGGER.com
Facebook
Twitter
Tumblr

warisan artifak negara.

March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
***
***

tabung sekolah


hit counter
hit counter

Wednesday, June 23, 2010

tobat aku. sumpah aku tobat. dah taknak lagi naik moto dengan budak rider delivery pizza. macam hell. hoho. oh, lupe nak cerite. bende ni terjadi semalam. tapi semalam takdapat nak update sebab aku gile penat. dahla puase.

pagi semalam bile aku dah sampai kat Pizza, aku dapat tau aku kene pergi Pizza Hut Nusa Bestari sebab ade Food Handling Course. cehh. geli aku dengar. bapak die. taknak macam jauh plak en Nusa Bestari tuh. transport dahla takde. taktau nak mintak tolong kat sape. last-last Miss Wan suruh sorang budak delivery nih hantar aku. name mamat nih Wan jugak. haaa, baguslah tu. bersepah orang name Wan kat Pizza tuh. tapi sebenarnye aku lambat sebab kelas tu start pukul 10. aku pukul 10 lebey baru nak gerak.

okey, mamat ni bawak motor takdela puake sangat. maybe sebab die INGAT yang die ade bawak pembonceng kat belakang. cume mase kat highway jela macam puake sikit sebab traffic memang agak slow dan mamat ni terpakse menggunekan skill mencilok beliao. aku yang kat belakang ni mengucap jela banyak-banyak. cuak beb. huh.


then bile sampai, aku dah blur. sebab aku tak kenal sape-sape. budak Pizza Nusa Bestari tu suruh naik tingkat atas sebab kelas tu kat tingkat atas. gile blur. sebelum masuk tu sempat la bace bismillah sebab takut kene sembur. huhu. bile da masuk, taknak macam gabra la pulak. ramai gak la umat-umat Pizza Hut yang berkumpul. adela dalam 20 lebey orang. aku tertoleh kat table depan sekali. ohh, selamat ade budak Pizza Johor Jaya. 3 orang. Azlan, Musa ngan Jepp. instructor wat muke serious je bile aku masuk.

Instructor : Ye, kenape lambat ni?
Aku : Mintak maaf cik, tadi saye takde transport. ni pun mintak tolong rider hantarkan.
Instructor : Oh, takpe takpe. awak dari Pizza mane ni?
Aku : ( dengan konfidennye jawab ) err, dari Pizza Hut.. ( mase ni semua budak gelakkan aku. binawe btol. apasal la aku sengal sangat? huhu ) eh, bukan-bukan. dari Johor Jaya.
Instructor : ( mamat ni pun gelakkan aku jugak. cisss. malu sial ) ok, pegi duduk cepat.

aku dengan muke tebalnye setebal dinding konkrit berambos ke belakang. gile malu sial. huhuhu. pastu instructor tu suruh aku duduk depan. fuhh. nasib baik die suruh duduk sebelah Lan, budak rider yang ponteng sekolah. haha. sempat gak si Lan tu bisik : ko ni wat malu Pizza Johor Jaye je la. haha 

tengah sibuk-sibuk dengar instructor tu merapu, Pizza Hut JJ hantar msg kat aku :

Zurina, nanti awak balik sekali dengan budak-budak tu ye. 

Mak aih, mane nak cekau helmet? aku bisik dekat Lan, cakap yang aku kene balik dengan diorang. diorang pun musykil gak mule-mule. tapi, last-last aku tengok diorang bertiga tu bincang mende entah. lantak koranglah. huhu.

bile kelas da habis, aku pun turun sekali dengan budak-budak tu. si Lan dengan Muse cakap : Zurina, ko duduk sini diam-diam. tunggu sampai kitorang datang. ade keje sikit nak buat nih. Lan : haaa, ko jangan lari pulak. kitorang nak pegi curi helmet jap. nampak ni dah standby gunting awal-awal. haha 

gilo hapo budak 2 ekor ni. memang dasar budak sekolah. haha. tapi, sebelum diorang pegi tu, banyak kali diorang pesan suruh aku tunggu kat situ diam-diam. rase macam dilindungi dan disayangi la pulak. hehehe. dalam 10 minit gak la diorang wat misi mencuri helmet tu. diorang balik dengan helmet yang cantik gak la. takdela helmet buruk cap apollo yang takde visor tu kan. hoho. aku kene naik moto ngan Jepp. layankan jela.

ekspedisi konvoi melibatkan 2 motor. Aku dengan Jepp, Lan dengan Muse. taknak macam puake pulak si Jepp dengan Lan bawak motor. siap boley berbual-bual lagi. aku ngan Muse main-main mata. haha. diorang siap pakat nak jalan-jalan kat bandar. bengong. tengah panas-panas boley pulak nak meronde bandar. bawak motor macam pelesit. agaknye camtulah diorang bawak motor time nak hantar delivery. jalan entah mane-mane gak diorang lalu. aku yang dah 20 tahun hidup kat JB ni pun tak penah lagi lalu jalan tu. dahla aku pakai helmet curi, aku puase. adoi. kurang pahala. hohoho ^__^

akhirnye setelah dekat sejam meronde baru diorang hantar aku balik ke Pizza Hut. penatnye rase. macam musafir. huhu. mintak balik awal. lepas berbuka, terusssss tido. tengahari tadi baru pegi Pizza. nak ikutkan kene masuk pagi. sekarang ni Pizza Hut tu bukan macam bapak aku yang punye, tapi macam aku punye. aku datang ikut suke hati aku bile aku nak datang. tunggu mase je ni kene sembur habis-habisan dengan Encik Joe, boss besar. hoho.

post signature


11:57 PM