disebabkan FB, aku menjadi semakin leka, lalai, malas dan tidak berguna. kerana : aku menghabiskan banyak masa aku dengan bermain game yang merepek dan merapu. mari lihat senarai game yang berjaya melalaikan aku :
1. Mall World. ini ialah game fashion boutique. setakat ni berjuang di level 43. game ni lah yang aku paling taksub sekali sebab semua adik-beradik aku main game ni. kadang-kadang aku yang buat muke tak malu, dengan selambe nye bukak FB adik-adik aku semata-mata nak tolong mainkan diorang punye Mall World. hebat tak? iye, aku hebat. main game Mall World sampai 4 kali sehari semata-mata nak memuaskan hati. huh. cantik kan boutique i? ( perasan. padahal hodoh gile. )


2. Cafe World. huh, pengaruh terbesar yang melalaikan aku selama ini. yang ni pun aku agak taksub sebab aku ade ramai jiran. Cafe aku pun semakin besar walaupun tak secantik cafe jiran-jiran aku. konsep cafe ialah ceria seceria-cerianya. penuh dengan bunga-bungaan yang menyerabutkan kepale hotak. ingat nak design cafe tu ala-ala style mat saleh punye cafe. ala-ala cerita Gilmore Girls. fuhh, tapi malangye aku pun tak ingat camne rupe susun atur cafe yang ala-ala cerita Gilmore Girls tuh. jadi, aku just buat jela konsep menyerabutkan kepale hotak tuh. nak tukar imej, tapi kos bahan binaan dalam game Cafe World adalah sangat mahal. sangaaaaaattt mahal. kene berjuang habis-habisan sebelum dapat membeli sekeping jubin lantai. mahal gile. sumpah tak tipu. huhu.

3. Baking Life. aku baru je terjebak dengan game nih. best kot. cume aku rase game ni tak berape serasi dengan jiwe aku. hoho. tengok lah kaler kedai aku. silau habis kaler kuning. kaler planta gitu. konon-konon cantiklah tu. aku memang lemah bab-bab interior design ni. bukan bidang aku. inilah kedai yang paling hodoh di kalangan jiran-jiran aku sebab die kaler kuning oren. aku dah tak tau camne nak hias kedai tu. sebab tu aku just letak jam je kat dinding.
Game- game sampingan yang dibuka setahun sekali :
ya, selamat kembali. kali ini aku nak memperkenalkan pulak game yang aku main setahun sekali.
1. Zoo World. ni la game first yang aku main kat FB. kite jadi tauke zoo. tapi sekarang dah tak suke game ni sebab die lambat gile loading. macam aku cakap tadi, setahun sekali je bukak. hoho.
2. Music Challenge. game ni best. menguji kehebatan kite teka lagu. tapi sampai sekarang aku still tak dapat mengalahkan kehebatan anak Jalaluddin Hassan. hebat woo. taktaula bile aku dapat kalahkan die ni. huhu. banyak gile markah die. main tipu kot. haha ;p
jadi di kesempatan ini aku berharap takdela pengusaha game-game akan mengasaskan game baru di FB sebab aku dah taknak terjebak lagi dengan kelalaian ini. cukuplah aku terjerumus dengan game-game yang aku main setakat ini. huhu.
♥ 11:03 AM