tak marah, tak tension, tak serabut. malahan sangat happy. cume penat gile babeng. babeng pun tak penat macam ni.
by the way, ape itu babeng? huh, aku pun tak tau. pandai sebut je.
cepatlah berakhir wahai World Cup. mate aku da jadi macam panda di musim hangat yang datang 4 tahun sekali ni.
err, World Cup akan datang adelah pade tahun 2014. dan kalau umur aku still panjang ( insyaallah ) maka aku akan berusia 25 tahun. ohh hell, no. da tue bangke siot.
maybe time tu aku da ade 1 karier yang masyuk, dan di-booking oleh seorang jejaka yang masyuk, dan same-same me-masyuk-kan diri mengumpul duit untuk kawin. muahaha. mesti ada kereta sendiri yang masyuk, dan juge mengumpul duit untuk membeli sebuah rumah yang masyuk serta mengumpul seberapa banyak harta untuk kegunaan masa hadapan. tidak ketinggalan, sentiasa masyuk membayar pinjaman MARA yang same nilainya dengan down-payment Mini Cooper. muahaha, tipu je.
dan cube bayangkan lagi World Cup yang akan datang selepas itu. iaitu pade tahun 2018. umur aku akan mencecah 29 tahun. kalau panjang umur, insyaallah. dan mungkin mase tu aku dah kawin, ade sorang baby yang comel. dan mase tu aku akan pakaikan jersi bola. wahh, gile hensem. err, tapi aku nak baby girl. ape-ape jela. haiya, ape aku merepek ni.
berangan memang jaguh minah ni. kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
:)
♥ 8:17 PM