tengah sibuk skodeng dari tingkap bilik. mak beli tong gas baru. stylo! lori penjual gas pun stylo jugak.
dengan ini, mak boleh meneruskan kerja-kerja memasak yang terbengkalai. ohh, mak masak nasi tomato, slurp slurp. tadi pegi dapur dah cukai seketul ayam goreng yang lazat. tapi tibe-tibe menyesal sebab ter-cukai ayam yang kecik je. patutnye aku amik ayam yang besar sikit. -___-"
fuhh, kat dalam bilik ade aromatherapy baru. flavour durian. mak yang letak dalam bilik sebab mak suruh habiskan durian nih. dah siap kopek tinggal makan je.
tibe-tibe sayang mak lebey harini sebab mak sangat penyayang. hari-hari lain tak rase sangat sebab bangun-bangun dah terus pegi kerja. tak sempat nak bermanje dengan mak.
err, aku rase harini otak aku mereng. para pembaca, sila muntah sekarang.
jangan layan akulagi.
selamat tinggal semua.
SudutMarilahMerapu : i hate PMS. PMS membuatkan hidup aku tidak ceria. aku nak ber-blog pun takde mood sangat. aku rase hampeh gile ayat-ayat aku ni. ( cehh, bajet selame ni ayat aku best. haha ) mulai harini, jangan datang blog aku lagi. dan kalau anda adalah seketul follower, sile unfollow aku. blog ini ialah sampah dan najis. haha. ( punyelah nak jadi emo, sebab PMS kan memang sinonim antonim dengan kadar ke-emo-an seseorang wanita. huh )
♥ 10:26 AM