okay, aku sedang merancang perjalanan hidup aku untuk mingu hadapan. mari ramai-ramai muntah sekarang. apasal ayat aku sangat menggelikan? huh. bukan ape, surat resign dah hantar hari Selasa haritu. tapi, sampai sekarang tak datang kerja. entahla. terus takde mood nak pergi kerja. iye, Pizza Hut memang bapak aku yang punye. sebab tu aku boley sesuke hati datang dan ponteng. Employers out there, beware! jangan amik aku sebagai pekerja anda sebab aku akan menjadikan company anda sebagai company aku. muahaha.
jadi, mulai sekarang kene lah merancang perjalanan hidup yang masih berbaki beberape hari di bumi bertuah JB ini. lepas ni kene balik Kuantan. wuuuuu~ student life~ wuuuuu~ oh tidaaakk~ wuuuu~ lepas tu puasa~ wuuuu~ lepas tu raya~ weeee! :)
misi sekarang ni ialah nak meneruskan usaha membodek abah. abah, cepatlah belikan external hard disk. benci taw. abah selalu buat-buat lupe. eh, bukan. bile aku ungkit pasal abah lupe nak belikan hard disk, mesti abah akan cakap : ye, nanti kite pergi beli lah. abah ni ade banyak bende nak ingat. bukan nak ingat pasal hard disk kau je. okay. betul gak tuh. sori abah.
( bukak music player. lagu random je. tibe-tibe sekarang ni berkumandang lagu Peterporn Peterpan. huuuu. sumpah, dulu aku suke Ariel Peterpan. siap pinjam lagi VCD karaoke Fana, classmate aku kat teknik. punyelah nak layan Peterpan. tibe-tibe sekarang ni kecoh pulak kes pornoporno die. terus tak suke. bluekk, hate you! )
eh, kembali ke topik asal. perancangan hidup minggu hadapan. so minggu depan nak bersoping sikit lah. walaupun takde duit. huuu. sekarang ni jadi kedekut sikit sebab dah takde duit. memang berkira. tapi takpelah. beli ape-ape yang patut je. ( padahal nanti bile dah mengadap barang banyak-banyak, benda yang tak patut pun tibe-tibe boley jadi benda yang patut. haha. )
dan terakhir sekali ialah, makan sepuas-puasnye sebab makanan kat Kuantan memang berbeza beratus kali gande daripade makanan kat rumah. ingat nak buat wishlist makanan then tampal kat pintu peti ais. biar mak masakkan. hehe. memang tak tau malu. tau makan je. tolong taknak. cehh.
ok, yang terakhir. ( ini betul-betul terakhir ) minggu depan nak beli tiket flight bas. adoi. 5 jam dalam bas. memang berpetak bontot. betul-betul ikut acuan seat bas tuh. cepatlah berakhir penderitaan ini. tak sabar nak grad. cehh, padahal belajar ke laut. bukan setakat ke laut, ke loji kumbahan pun boleh. ;p
itu sahaja. ye, Terima Kasih sebab baca. U Rock!
SudutMarilahMerapu : dilamun cinta. awwww! hehe. malas nak bagitau sape. rahsie! ;p ( Zurina, kau boleh hantukkan kepale kau ke dinding yang berdekatan. err, baiklah! T_____T )