boring punye pasal. jawab lah soalan tag ni. dari blog
Aida, err aku pun tak kenal Aida nih. hehe ^__^
1. Apa nama blog anda dan kenapa letak nama itu
Nama blog saya ialah Zurina Majid. ( apasal macam ayat karangan UPSR? ) saya letak nama ini sebab ini ialah nama saya. takkan lah saya nak letak nama nenek jiran sebelah rumah awak kan? ^__^
2. Apa nama URL blog dan dari mana datangnya nama itu.
Nama URL blog saya ialah http://zuryna.blogspot.com dan nama ini datangnya dari nama saya sendiri. bukan nama nenek jiran sebelah rumah awak ye. hehe. cuma ejaannya diubah sikit sebab ade Hamba Allah yang lain telah 'mencuri' URL http://zurina.blogspot.com. tak percaya? mari click
sini. lagipun saya nak tunjukkan nama komersial saya. barulah perasan sikit bunyi URL blog saya ^__^
3. Apa method dalam penulisan anda
err, untuk soalan ni kena perasan jadi professor sikit lah sebab ade perkataan 'method' dalam soalan tuh. haha. ok, saya gunakan method
type-and-post sahaja. saya taip sahaja apa yang saya nak taip. saya memang tak menjaga hati dan perasaan pembaca saya sebab saya tak kuasa nak menjaganya. saya hanya menaip mengikut apa yang terlintas dalam kepala hotak saya. kalau ada yang tak suka baca apa yang saya taip, senang sahaja. tekan button pangkah. saya tak paksa awak baca blog saya sebab saya memang tak bagi duit untuk insan yang baca blog saya ^__^
4. pernah rasa nak hapuskan blog?
ohh, tidak pernah. saya cintakan blog saya.
5. Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Pernah. lagipun adik-adik saya pun ada blog juga. sepupu sepapat saya pun ada.
6. Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik.
Saya tak kisah sebab cantik itu adalah sesuatu yang sangat subjektif. citarasa orang memang sangat-sangat berbeza. sedangkan saya sendiri kadang-kadang rasa blog saya cantik, dan kadang-kadang rasa blog saya buruk. eh, macam mana tu ye? hehe.
7. Bila blog anda diberanakkan?
13 Mac 2009. hari Jumaat yang mulia. ^__^
8. Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
err, the Tenukkss. mereka antara yang pertama tahu.
9. Perasaan anda bila orang berkata tentang blog anda di sekolah kolej :
Buat-buat tak dengar je. eh, macam tak pernah je dengar orang bercerita pasal blog saya. hehe. blog saya sangat humble. ^___^
10. 10 orang seterusnya yang akan di-tag
tag lah diri sendiri. ^___^