Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut.
aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.
*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*
THE ROCK ♥
misi bantuan
nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper
explore-explore youtube. agak best gak lah view video and cartoons. and tiba-tiba terbukak video satu cerita yang aku suke tengok mase aku budak-budak. err, tak berape nak budak lah mase tu. dah tua bangka gak sebenarnye. tapi, still in primary school boleh dikira sebagai budak kan? ;p
taraaaaa, cerita Teletubbies. haha. agak geli sebenarnye dengan makhluk boncet 4 ekor ni dengan pelbagai bentuk aerial atas kepale. tapi suke tengok yang kecik sekali tu. comel je. then suke dengan matahari baby. ketawe je kerja dia. untungnye kecik-kecik dah dapat buat duit sendiri just dengan ketawa. huh. aku pun nak kalau macam tu T___T
kalau tak silap aku, isu Teletubbies ni pernah diperdebatkan. ( chewah, ayat taknak macam skema lak kan. ) ramai orang pertikaikan makhluk apekah Teletubbies itu. macam-macam 'fatwa' ade. huh. samelah dengan isu Pikachu. makhluk kuning yang boleh keluar kuase elektrik kat pipi merah die tu. tu pun orang nak debatkan makhluk apekah Pikachu tu. ade cakap Pikachu tu b**i la, hapela. whatever.
bercakap pasal isu yang macam ni, mesti korang ingat lagi satu lagu yang dulu hangat gak la orang dok bercakap. lagu die sedap. famous kowt dulu. mase aku form 1. terkumat-kamit menghafal lirik sebab nak nampak hebat kalau dapat hafal lagu ni. haha. bodoh gile rase. then terus terbantut tumbesaran usaha menghafal sebab orang pertikaikan lirik die.
dulu aku baca paper, kat ruangan forum, siap ade reader yang translate kan lirik ni satu-persatu. aku tak ingat lah pasal ape orang pertikaikan lirik die. maybe menyetuh isu-isu sensitif. eheh, mase tu jahil lagi. tak alert langsung dengan isu-isu macam ni. janji lagu die sedap. aku nyanyi ikut lirik aku sendiri. haha.
nah, inilah lagunye. Asereje. The Ketchup Song kan? whatever lah kan tajuk die. tapi sumpah lagu die sedap. abaikan lah pasal lirik segala. bukan lagu ni je lirik merapu. banyak lagi lagu yang liriknye super duper merapu. lagi-lagi sekarang ni. dulu lagu ni pernah kena ban kalau tak silap aku. and kalau betul orang kite ni alert dengan isu lirik yang berbau sensitif, baik ban je semua lagu asing. lagi senang. tak payah susah-susah nak kaji lirik la, hapela. ^___^
inilah padahnye banyak sangat tengok YouTube. macam-macam video ade. :)
SudutMarilahMerapu : sampai sekarang tak pandai nak menari lagu Asereje tuh.aku ni takde jiwa tarian langsung lah. huhuhu.
sebagai penutup, marilah kite menonton satu video pasal seorang budak yang bernama Nina. bukan MizzNina whatchu waiting for tu. ini budak lagi. bapak die American, and mom die Japanese. maka terhasil lah seorang budak yang bernama Nina. comel budak nih. bapak die ade buat banyak video pasal Nina ni, since dari die baby, sampailah die dah umur 4 tahun kot sekarang ni.
video ni pun ade member kat FB bagi. comel lah. tengok video ni sampai habis. Nina ade buat muke-muke comel. adoi, sejuk mata memandang. memang stylo lah bapak die cakap English, Nina jawab bahase Jepun. stylo habis!