Helo semua. Ini ialah entry terbaru di hari khamis malam jumaat. Sepatutnye hantu-hantu keliwon keluar bersiar-siar dengan gembire malam ni. Tapi jangan risau, bulan puasa takde hantu keliwon sebab sume kene masuk jail.
harini berbuka makan nasi beriani. Sedap tak? Mestila sedap. Minah ni kalau bagi nasi dengan kicap pun die cakap sedap. Hehe. Tapi sumpah memang sedap. Nasi die banyak macam bukit. Ayam die empuk macam tilam vono.
ape lagi nak cerite ye? Oh, aktiviti kehidupan berjalan seperti biase. Eh lupe nak cakap. Ni semester terakhir. Bile dah semester akhir, macam biasela macam-macam bende nak kene uruskan. Kene isi banyak borang. Macam nak isi borang mase apply MRSM dulu-dulu. ( haha, lawak gile apply MRSM mase darjah 6 dulu. Padahal dah tau tak akan dapat sebab tak berape bijak sangat. Haha )
lepas tu, satu hal pulak nak menjejaki semule slip keputusan exam dari semester 1 dulu. Letak sepah-sepah, memang payah nak jumpe. Dah kene bayar 5 ringgit sebab slip keputusan mase semester 1 hilang. Isk, 5 ringgit tu boley beli nasi kerabu yang sedap kat bazar Taman Kerang. Huu.
tapi ape-ape pun, alhamdulillah sebab sijil SPM yang hilang dulu dah diganti dengan yang baru. Thanks kepade kawan abah sebab tolong pergi Kementerian Pelajaran kat Putrajaya semata-mata nak tolong minah hampeh ni. Kalau tak, tak dapat lah aku grad sebab takde sijil SPM. So, urusan graduasi dah takde masalah lagi.
lepas raye, kene bayar RM100 pulak kat UTM sebab nak uruskan this grad-thingy. Haish, leceh sungguh. Pastu, siap sedia la sebab memang kene pegi banyak program khas untuk student final sem. I hate this T____T
jadi, kesimpulannye, semoge bergembirelah belajar di semester akhir ni. And lagi satu, jangan jealous sebab i cuti 5 hari. Haha.
♥ 8:37 PM