tiada apa yang hendak di-update-kan. hidup semakin membosankan sebab dah nak balik Kuantan. grr. sumpah i hate this. barang-barang sudah mula di-packing. huu. sedihnye. rase macam sekejap sangat cuti ni.i wish my hols are longer.
duit semakin berkurangan. kalaulah dapat jutaan ringgit yang turun dari langit. nampaknye kene hidup super-duper berjimat di Kuantan. tak dapat nak mewah seperti dulu ( err, seperti dulu tu mewah ke? haha ). makan pun kene beragak-agak sikit sebab makanan kat Kuantan memang mahal. bayangkan satu hari makan ( breakfast + lunch + dinner ) saje dah dekat RM15. tu belum campur time petang-petang lapar, then borong goreng pisang kat Taman Gelora. adelah dalam RM3. cube bayangkan dalam seminggu berape ringgit aku habiskan just untuk makan? lebih RM100. a month? RM400++. a semester? RM2000++
then kalau pergi merayap-merayap, lagilah banyak expenses memandangkan prinsip aku ialah "kalau keluar, mesti beli barang sekurang-kurangnya 1". so, bayangkan lah. kalau datang mood nak makan sedap, ter-lari budget sikitlah sebab makan bende yang 'sedap'. err, aku tau. tak baik berkira kalau nak makan. tapi, aku rasa kenelah berkira sebab makanan mahal. wuuuu. T____T
kene buat perancangan bajet selepas ini. kenelah selalu ingat dalam kepale hotak. mak bapak aku tak kaye. aku tak bolehlah nak hidup mewah-mewah. bersyukur seadanya.
insyaallah. dengan ini, saya akan cuba menyesuaikan keadaan.
SudutMarilahMerapu : dulu siap ade tubuhkan Kelab Kuat Makan. ahli-ahlinye ialah aku, Wan ngan Eryn. ye, kami memang kuat makan. lagi-lagi aku dan Eryn. nampaknye, Kelab Kuat Makan ini terpaksa dibubarkan disebabkan faktor kewangan. haha :D
* meleleh air liur tengok Shaheizy Sam berlakon. teruja i! :)
♥ 12:20 AM