helo dunia. maka berakhirlah sudah penderitaan pertama. Rekabentuk Konkrit Tetulang yang totally menghampehkan jiwe dan rage aku. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. eheh, bukan. yang diharapkan tak keluar-keluar, yang minta dijauhkan pule yang datang. hampeh namenye tuh.
bukak-bukak kertas soalan terus mengucap panjang. SOALAN APEKAHHH? 40 markah berlalu begitu sahaje. aku dengan bijak dan tangkasnye meng-edit soalan tu mengikut citarase aku sendiri. terase seperti ingin berlari-lari di dalam dewan sambil meminta tolong. soalan yang diberi bagaikan aku ini adelah budak degree. siapelah professor malang yang menggubah soalan itu. haish. hampir menangis berguling-guling aku dibuatnye. sadis.
kertas jawapan yang diberi adelah sangat terhad padahal jawapan yang perlu ditulis adelah same banyak dengan jumlah mukesurat sebuah novel. maka, insan inilah yang berulang-ulang kali mengangkat tangan mengadu nasib meminta ihsan kertas daripada pengawas peperiksaan. mesti mereka berkata begini " bencilah budak pompuan yang duduk kat belakang sekali tuh. yang pakai baju pink tu. balik-balik muke die je yang mintak kertas. " oh hello, dan kemudian budak pompuan pakai baju pink akan berkata begini " yang engkau bijak sangat bagi kertas sehelai-sehelai tu kenape? ape salahnye sekali aku mintak tuh kau bagila 800 helai ".
^____^
oh, begitulah kisahnye. budak lelaki yang duduk kat meja sebelah pun mesti menyampah dengan aku sebab aku dengan banggenye angkat tangan mintak kertas. atau mungkin beliau tergoda dengan bau ketiak beta yang harum. muahaha. lepastu mesti beliau nak hempuk meja atas kepala aku sebab aku tekan-tekan kalkulator macam nak cari gaduh. macam main game pun ade gak. oh tapi sebenarnye mase aku tekan-tekan kalkulator tuh aku berangan jadi cashier. sebab tu meriah je bunyi hentaman double paddle kat kalkualtor tuh.
seperti biasa, kekaguman melanda sebab duduk belakang sekali. terima kasih diucapkan kepada pemberi name mulia saya. i love my name. oh Z, i love you. haha. seronok cuci mate tengok manusie sejagat kat dalam dewan. hee, tipu je. kau ingat aku ade mase nak tengok-tengok orang. baik aku conteng-conteng kertas soalan, lukis muke kucing.
jadi itu sahajalah ulasan sukan untuk hari ini, bagi paper pertame aku yang hampeh. HAMPEH okaaayyy? saje je pure-pure gembire. yeah, dan esok paper Projek pule menyusul. semoge engkau tak hampeh seperti si Design yang bajet nak mati tuh.
Selamat Tinggal semua. Doakan kejayaan hamba.
Kepada awak yang berkenaan : marilah kite berkawan semula. awak dah baca blog saye kan? heee.
NotamintakKaki : tak sabar nak meronggengkan diri setelah berhadapan dengan 2 azab seksaan. nak berdating bersama Hantu Kak Limah kat panggung wayang. anyone? takde siape nak belanje saye ke? heeee. sila tampar minah tak tau malu ini sekarang.
♥ 2:44 AM