entry pertama setelah berambos dari Kuantan. sekarang beta berada di bumi Mentakab yang tercinta. perjalanan yang sungguh errr..
speechless.
aku telah dikidnap oleh sang bapa saudara ku seawal tengahari tadi. jalan-jalan menghirup udara Tanjung Lumpur sebentar kerana ramai yang mengirim keropok lekor buatan Kuantan sebagai ole-ole.
sesat sebentar di Tanjung Lumpur kerana diriku langsung tidak tahu port terbaik untuk memborong keropok lekor best. ape punye makhluk daaaa. dah jadi rakyat Kuantan selame 3 tahun pun still tak tau mane port keropok lekor best. oh, please kill me. HAHA
lepas beli keropok lekor, perjalanan diteruskan ke rumah ibu kepade ibu saudara ku, iaitu ibu mertua kepada bapa saudaraku. paham tak? tak paham? peduli hape aku. HAHA. lepak-lepak sebentar, makan tengahari bertambah-tambah 3 kali. kesian bapa saudaraku kerana tersalah kidnap makhluk dari Somalia yang kebuluran tak makan selama berhari-hari lamanya.
lepak sehingge petang. barulah pengembaraan dimulakan. pulang ke Mentakab melalui jalan kampungan, dan bukannye melalui highway. tibe-tibe hujan turun dengan lebatnye. aku yang sudah mule bosan dengan cergasnye mengeluarkan gajet tercanggih yang aku ade iaitu MP3 alaf baru dan terus menyumbat earphone ke telinge. layan lagu dalam MP3 lagi baik daripade melayan lagu jiwang yang tepasang di corong radio.
sedang aku melayan feel untuk menidurkan diri,
tiba-tiba (
jeng jeng jeng~ ) bapa saudaraku memberhentikan kereta di pinggiran jalan. beliau dengan pantas keluar daripada kereta dan memeriksa keadaan kereta. bile dah check kereta, beliau memberitahu bahawe tayar kiri belakang pecah, sebab terlanggar lubang.
oh ok. makhluk-makhluk di dalam kereta pun keluarlah lepak di nursery pokok bunge yang berdekatan sebab mase tu hujan. jadi yang perempuan ni berteduh la sambil meng-usha pokok-pokok bunge yang terdapat di nursery berkenaan. hanye bapa saudaraku dan anak lelakinya yang berjuang menukar tayar. lepas settle tukar tayar, perjalanan diteruskan , oh lepas tu singgah petrol pump kejap sebab nak isi angin tayar.
gedebak gedebuk gedebak, sampailah kami ke kediaman bapa saudaraku ini di Mentakab. mase dinner, beliau berborak-borak bersamaku. katanye, syukur sangat-sangat sebab tayar pecah tu berlaku mase waktu hujan. and kebetulan beliau perasan yang pemanduan beliau lain macam sikit, walaupun mase tu hujan, jalan licin. cuba bayangkan, kalau mase bende tu jadi, hari panas, tak hujan. then kereta langgar lubang. and then tayar pecah. tayar meletup, belum sempat ape-ape, mesti kereta dah terbalik and whatever, you name it lah. and possibility untuk kemalangan is 100%.
mase aku dengar bapa saudaraku berkata begitu, aku terdiam sebentar. agak ter-cuak sekejap. oh, mase bende tu jadi, aku ade gak la merungut itu ini, time-time hujan bende tu jadi. my bad, sepatutnye aku bersyukur sebab bende ni jadi waktu hujan. and my uncle perasan yang tayar kereta die pecah. huu. syukur alhamdulillah kerane masih panjangkan nyawa aku, and yelah, everything's happen for a reason kan. alhamdulillah sebab takde bende yang buruk jadi.
okay, jadi tu sajelah yang aku nak cerite.
LIVE FROM MENTAKAB. esok nak pergi Shah Alam pulak. and lusa nak pergi Port Dickson! bestnye me-release-kan tension dengan cara begini! bye people!
NotamintakKaki : by the way, to awak, i still owe you a post right?? i will write about it later , as soon as i reached JB. okay? dan kepade semua rakyat Malaysia yang celebrate krismas, Merry Christmas to you all.
hohohoho ( gelak style Santa Claus )