Zurina Majid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2299097498486129935\x26blogName\x3dZurina+Majid\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/\x26vt\x3d-2210775171145360540', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
zurina's
I'm your master


Your photo here.

Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut. aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.


*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*

THE ROCK ♥


Your photo here.


misi bantuan

nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper

masih ada jalan keluar

BLOGGER.com
Facebook
Twitter
Tumblr

warisan artifak negara.

March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
***
***

tabung sekolah


hit counter
hit counter

Saturday, January 15, 2011

helo helo helo helo helo helo helo dan helo.
bertemu lagi kita.
sebenarnye malas nak update.

cume nak bagitau je aku dah register MUET aku.
haritu terase agak sengal lah sebab tak amik MUET mase kat Kuantan.
sengal kan? ye, memang sangat sengal.

jadi aku telah mendaftar sebagai seorang calon persendirian.
weehoo, tibe-tibe terasa seperti seorang anak orang kaya yang sekolah dekat rumah,
cikgu datang rumah tolong ajar.
wtf.

sekolah yang menjadi pujaan ade banyak.
mule-mule nak amik dekat SIGS.
nak jugak rase mencapap kat sekolah perempuan nih. haha

tapi last-last pilih Sekolah Dato' Jaafar.
bersebelahan dengan sekolah teknik aku, Teknik Tanjung Puteri.
macam yucks yucks je kan.
memang yucks pun.

alang-alang tu,
nak bagitau lah.
dulu lepas SPM, aku agak kecewa sebab tak dapat first intake ke poli and IPTA.
nak kate result macam haram, takdelah haram sangat.
makruh je kot.

kecewa berhari-hari, nangis air mata darah.
pelik sangat kenape tak dapat IPTA and poli.
lepastu kebetulan dapat Form Six.
memang euw. tak kena dengan jiwa aku.
dan aku dapat Sekolah Dato' Jaafar.

memang euw lagi sekali lah.
actually, sekolah tu sebenarnye sekolah lelaki.
( salah sebuah faktor ke-euw-an )
lepastu sebelah je dengan sekolah lama aku.
( menambahkan lagi rase euw )
lepastu sekolah tu ialah sekolah lelaki yang pundek sikit lah.
kirenye sekolah lelaki untuk naughty boys.
bukan macam EC, sekolah yang dipenuhi dengan boys pujaan gadis-gadis.
( cukuplah euw setakat ini )

aku dulu pernah minat kat sorang budak EC. hensem siot. selalu naik bas same dengan aku. hati berbunga riang bila die naik bas yang same dengan aku. gatal betul minah ni. EUW.

tapi aku sekolah jugak kat situ.
sempatlah ber-formspring ber-formsix selame seminggu lebih.
sumpah takboley bla.
makhluk 6 rendah semua tak sehati sejiwa dengan aku.
makhluk 6 atas pulak macam mintak kaki aku untuk dicop ke muka mereka.

yang aku ingat, mase minggu suaikenal
( aku pun tak ingin nak datang sebab aku tak minat nak berkenalan dengan diorang )
diorang tanye, aku dari sekolah mane.
aku cakaplah Teknik Tanjung.
kaw-kaw betul-betul Ho Liao aku kene gelak sebab sekolah  lame aku sebelah je dengan SDJ nih.
diorang cakap : hai, rindu kat sekolah tanjung ke. sebab tu masuk SDJ. boleh tengok sekolah tanjung tiap-tiap hari. 
memang aku nak tunjuk fak je dekat atas dahi minah 6 atas yang cakap tu.

kebetulan lepas seminggu tu,
aku dapat tawaran ke kolej hikip aku tu.
civil engineering, UTM.
dengan cergas aku nak masuk sebab aku taknak sekolah SDJ.
(perenggan ini adalah sebab kenapa aku boleh sesat belajar kat Kuantan )

ok.
tu jelah.
lari-lari pun,
aku dapat jugak SDJ ni.
memang jodoh aku dengan SDJ kot.
sebab mule-mule nafsu syaiton nirrojim ni suruh click kat "Maktab Rendah Sultan Abu Bakar "
konon-konon boleh mencapap amek exam kat sekolah lelaki pujaan aku dulu.
tapi, taktaulah kenape aku click jugak dekat Sekolah Dato' Jaafar.

sampaikan mak aku cakap,
" la, kenape pilih SDJ??  "
mak aku agak kecewa sebab beliau nak suruh aku pilih SIGS sebenarnye.
sebab tu kan sekolah lame die.
mak ni, entah ape-ape je.
" mane-mane pun same je maaaaakkkkk" jawab aku dengan penuh yakin.


( padahal tak same pun. SIGS sekolah perempuan. SDJ sekolah lelaki . wtf )



*GLOSARI*

- SIGS : Sultan Ibrahim Girls' School. sebuah sekolah premier perempuan di JB. same taraf dengan Convent, SETA. bawah taraf STF

- SETA : Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah. sekolah perempuan kat JB jugak.

- STF : Sekolah Tun Fatimah. sekolah yang setaraf dengan Kolej Tunku Kurshiah. sekolah berasrama penuh perempuan yang femes kat JB. pernah berangan nak sekolah kat sini, cume tak cukup pandai. haha.

- EC : Maktab Sultan Abu Bakar. atau dalam name orangputih, English College. sekolah budak lelaki. budak lelaki yang stylo, sebab aku suke tie diorang. tie diorang cantik. sekolah die pun cantik. oldies gitu. sekolah Fahrin Ahmad. sebab tu aku suke Fahrin Ahmad. aku pun taktau kenape aku nampak budak EC ni hensem je. jarang nak jumpe yang tak hensem. haish. sebab tie diorang membuatkan diorang hensem kot.

- SDJ : singkatan untuk Sekolah Menengah Dato' Jaafar. sekolah AKU. haha.

ye, inilah lencana sekolah SDJ.
pelik kan. hehe.
ade lampu aladdin.
dulu mase aku dapat lencana sekolah ni,
kaw-kaw aku kene gelak dengan adik aku.
siot btol lah.
*baru aku perasan : is it bersasa, or supposed to be berjasa? *
mungkin bersasa kot, sebab ni kan sekolah lelaki. haha

post signature


11:47 AM