maka tersebutlah kisah, petang tadi kami satu family pergi ke Kampung Melayu. memang weekend activity. hari sabtu or ahad memang lepak rumah my grandma.
tapi tadi abah just drop kan adik-adik je kat sane, sebab mak, abah, aku and jugak wan ( my nenek ) nak ikot satu rombongan merisik dekat Senai. pergi 2 kereta je. ala, dah name pun pegi merisik kan. takkan nak bawak 1 bas kowt. hee.
so, im the youngest among them. memang sumpah blur gile sebab taktau pasal adat-adat melayu ni. abah jadi wakil untuk keluarge belah lelaki. so,memang tertib sungguh la budi bahasa yang dilontarkan mase nak tanye-tanye pasal anak dare orang ni.
aku? macam biasela,
TERCENGANG je. first time kot ikut orang pergi merisik. woo, baru ku tahu begini rupenye perjalanan nak berkahwin ni. mase tu mak dengan wan ade jugak borak-borak, cerite itu-ini. mase tu la baru aku tau ape tu merisik, hantar tanda, meminang, bertunang, bla bla bla.
tapi bile diorang bercerita pasal harga hantaran, memang aku blur la. sepuluh ribu serba satu, serba dua, serba tiga entahla bermacam-macam serbaneka lah, memang aku blur. then cerita pulak time ni kene bawak tepak sirih, time tu kene bawak sirih junjung, time tu kene bawak dulang hantaran,exchange dulang bagai. mak aih, lagilaaaaaa aku tak pahaaaam. puii.
Aku Melayu. tapi
aku Melayu yang Kolot. haha.
okay enough. bukan tu yang aku nak cerite sebenarnye. aku nak cerita pasal something yang aku tak pernah lagi terpikir buat mase ni. begini ceritenye, tadi mase mak tengah sedap-sedap berbual dengan wan, tibe-tibe wan pandang aku. aku yang tengah ternganga dengar orang-orang lelaki berbincang pasal tarikh meminang ni terusla terkejut.
dengan penuh blur nye aku memandang ke arah wan.
wan : zurina, awak ni bile lagi??
aku : ape die wan?? (
muke memang blur gile,tak paham soalan, macam mintak suap terompah kayu )
wan : yela, takde berkenan sape-sape ke?? ramai yang nak ni kan....
aku : eh wan ni. takdelah! mane ade. (
dalam hati :
what the............................... )
*
mak aih. terkejut aku. apekah punye soalan yang wan tanye kat aku ni. even mak dengan abah pun takde tanye pasal bile nak kawin. haha *
adeh. soalan itu sangat menusuk kalbuku. tapi pikir-pikir balik, memang tak pelik pun kahwin umur-umur camni. cume kurang rasional la untuk aku yang baru habis belajar and taktau ape-ape ni. masak pun tak reti, mengemas pun setakat cikai-cikai je. memang tak patut berada dalam mane-mane senarai calon menantu.
yeah, umur di tahun 2011 akan menjadi 22. member-member pun ramai jugaklah yang dah kahwin, dah nak kahwin. aku? entahlaaaa. banyak bende lagi yang nak dikejar dalam hidop. nak kerja best-best, pakai kereta best-best, jadi Ir. dulu ke, wah seronoknye~ jawabnye memang lambat lagi lahh.
so kepada nenek yang tercinta, simpanlah dahulu soalan itu. tanye lagi 5 tahun akan datang. haha.