ye tuan-tuan dan puan-puan. hari ini saya nak bagi tips untuk kurus yang diberi khas oleh Tiz Zaqyah. okay.
sediakan pen dan kertas.
anda sudah bersedia??
kalau sudah bersedia, sila angkat tangan.
TIPU je. takde tips. sebab TaukeMabuk pun obesiti. jangan mimpilah nak bagi tips untuk kurus.
takdelah. sebenarnye nak cerita sikitla. bukan niat nak perasan atau membangge diri.
tapi, entahlah. aku rase itu dusta.
SITUASI 1.
*mase aku nak berambos dari hostel kesayangan, baru-baru ni. aunty aku tanye.
" eh, kak ngah kenape dah susut badan ni? tak makan ke? "
aku tersenyum dengan penuh bangge sebab ade orang "nampak" kekurusan aku.
SITUASI 2.
* kat Port Dickson. sepupu sepapat cakap.
" wey kakngah, kuruslah kau..... "
tersenyum lagi dengan penuh bangge sebab ade orang "nampak" kekurusan aku.
SITUASI 3 * mase pergi rumah nenek aku semalam. sebelum salam dengan nenek aku.
" Zurina kurus sekaranggggg..... "
lagi, aku tersenyum dengan penuh bangge sebab ade orang "nampak" kekurusan aku.
SITUASI SEBENAR
ibu-ibu, bapak-bapak,
siapa yang punya anak, aku tak kurus ye. berat masih kekal di takuk lama.
Sekian Terima Kasih.
NotamintakKaki : masih dalam keadaan pelik dan tertanya-tanya. ramai orang cakap muke aku macam Tiz Zaqyah. adeh. mase kat Port Dickson haritu siap kene nganjing-nganjing lagi. adeh dan adeh lagi. haha.
okay cepat teka mane satu Tiz Zaqyah, mane satu Zurina Majid.
( perasan gile statement ni )
aku tenung, aku belek, aku kaji, aku tilik.
sumpah memang tak same langsung.
* konon-konon nak tunjuk keayuan lah letak gambar pakai baju kurung*
poooraaaah you, Zurina.
HAHA.
NotaMintakKaki kali ini sangat menggelikan tekak dan meloyakan. tolonglah tekan butang pangkah di window anda sekarang.