diulangi , entri ini berjudul Kronologi Hari Malang.
- aku tido lewat malam semalam. macam biasela, takpayah tanye kenape aku tido lewat. aku ade laki yang perlu dilayan. aku rase dalam pukul 5 baru aku tido.
- dalam pukul 6.50 aku bangun, sebab aku set alarm nak kejut laki aku. aku rase aku call 2-3 kali je, die tak bangun jugak. mate ni pun tersangatlah berat nak call die sampai die angkat. last-last aku tertidur balik.
- dalam pukul 10 pulak ade mamat gonjeng mane entah call aku. aku malas nak layan. aku terus off phone. lepastu tanye mak aku, die nak pergi Tabung Haji ke tak. aku cakap pegi lain kali jelah mak. mengantuk gile ni. ok lepastu aku sambung tido.
- pukul 11 lebih ade budak kecik 2 ekor yang mak aku jage tu dah memekak-memekak lompat atas katil suruh aku bangun. aku paling pantang kalau aku tido, lepastu ade orang bising-bising. dengan penuh semangat aku tengking budak 2 ekor tu suruh berambos dari bilik.
- tapi tak lame lepastu budak kecik yang takpaham bahase ni masuk lagi dalam bilik, bising-bising suruh bangun. ni mesti mak punye angkara ni, lantik budak 2 ekor ni jadi jam berpenggera. adeh. nak taknak aku bangun jela.
- ontheway nak pegi mandi, lalu dekat bilik abang aku. memandangkan bilik abang aku tu dah jadi markas operasi bapak aku membuat kerjanya, so konpem-konpem kene tayang muke dekat tuan tanah, nak bagitau puteri kesayangan die dah bangun.
- tapi tibe-tibe aku disergah dengan soalan ini "macam mane gaya ko bawak kereta ni??" aku tergamam. dahla tengah mamai, kene sergah soalan macam tu. dalam kepale dah ligat pikir, errk, kereta tu calar-calar ke? ade kemek di sana sini ke? aku pun hanye membalas " HA??" . bapa aku cakap " ni ha, kene saman 150 sebab speeding." aku yang masih lagi sengal takpaham bahase buat muke blur. bapak aku cakap "ko speeding ke mase nak pegi Kuantan haritu?" erk. adeh. aku cakap "mane ade". padahal memang aku speeding kaw-kaw punye. "ni mesti bawak laju kat Rompin ke, Pekan ke. pastu ade speed trap" dalam hati aku, aku berkata " bukan abah, orang memang bawak laju daripada JB-Kuantan. wakaka" adeh. aku dengan muke tak bersalahnye, terus masuk bilik air dan mandi.
- lepas mandi, aku siap-siap nak pergi amik adik aku si Zeti tu dekat sekolah. lepas amik Zeti, aku lepak dalam bilik. tak lame lepas tu, abah panggil suruh alih kereta sebab die nak pergi meeting. aku pun undur kereta. lepas abah keluarkan kereta die, die panggil aku. die tanye " eh yang tu kenape calar kat tepi kereta tu?" aku blur lagi. "mane?" aku tanye. " tu ha, yang kat belah tepi tu." aku dengan pantasnye teringat, tu memang calar khas yang aku bawak balik dari Kuantan. tersagat kereta orang mase dekat TC. cis. macam mane abah boleh nampak pulak. adehh. aku pun cakap " entahla bah. mane orang tau. takpela nanti orang polish balik. boleh hilang tu" wakakaka. cekap pulak mata abah ni tibe-tibe. haritu baru kene tegur dengan mak sebab calar kat belah skirting tu. mak tanye "bile mase calar ni? panjang pulak tu calarnye" aku cakap taktau. wakaka. padahal memang aku yang buat. mase kat Kuantan jugak. lokasi kecalaran ialah di rumah laki aku. wakakaka.
- lepas alih kereta, aku masuk dalam rumah. rimas pakai jeans, aku nak tukar seluar. cari-cari seluar, tak jumpe. yang ade hanyelah kain batik. ok layan aje. pakai la kain batik. lepastu aku makan. mase tengah makan, tibe-tibe Zamira call suruh amik. siap suruh cepat lagi tu. aku pun makan dengan pantas. lepas makan, terus capai kunci kereta. malas nak tukar seluar. ala setakat pergi amik Zamira je kot. bukan kene turun dari kereta pun. so hentam jela pakai kain batik. diulangi, PAKAI KAIN BATIK.
- berlari gak la masuk kereta, takut orang nampak aku pakai kain batik. haha. lepas tu, dengan konfidennye aku jalan. gedebush! ( bukan bunyi sebenar ). demm, aku langgar tong sampah. tapi aku jalan je. malas aku nak check.
- so bile berhenti kat traffic light ni. aku buat muke selambe jela. tak sangke pulak ade lori berhenti kat sebelah. oh shit man, driver lori tu tengok aku senyum-senyum. mesti die cakap " kesian wanita dalam pantang ni, kene drive time-time camni dengan pakai kain batik ". sumpah aku rase aku macam wanita dalam pantang mase tu. dengan rambut tu aku ikat tinggi-tinggi, pakai tshirt, pakai kain batik. gahhhhh. malu sial. bile lampu hijau, dengan pantas aku memecut meninggalkan lori puaka tu.
- lepastu aku amik Zamira, sempat jugak suruh die check kereta, takut ade calar. ok nasib baik takde ape-ape. then bile balik, aku tengok sangat sadis keadaan tong sampah yang aku langgar tu. ranap sama sekali. habis tinggal sehelai sepinggang sampah-sampah di dalamnya. haha.
- begitulah kisah malang hidup aku sehingge di jam 3 petang ini. mungkinkah ada sambungannya? oh mintak dijauhkan. kalau ade, nanti aku buat Kronologi Hari Malang part 2.
♥ 3:36 PM