Zurina Majid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2299097498486129935\x26blogName\x3dZurina+Majid\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zuryna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zuryna.blogspot.com/\x26vt\x3d5460764499591985688', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
zurina's
I'm your master


Your photo here.

Welcome! I am Zurina.
disinilah tempat mencarut.disini juga tempat mengarut. aku malas menjaga hati orang.jadi,kalau kau tak suka hati kau disakitkan,nyah dari sini.
I'm MARRIED.


*kepada sesiapa yang follow, tinggalkan link dekat Chatbox. Mudah untuk aku beramah mesra bersama kamu. TERIMA KASIH*

THE ROCK ♥


Your photo here.


misi bantuan

nak derma darah
nak kasut VANS
nak sambung degree
nak title Ir.
nak kumpul duit
nak Mini Cooper

masih ada jalan keluar

BLOGGER.com
Facebook
Twitter
Tumblr

warisan artifak negara.

March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
***
***

tabung sekolah


hit counter
hit counter

Tuesday, March 15, 2011

misi penculikan Perdana Menteri Uganda Part III




rancangan berjalan dengan lancar walaupun terpaksa menggunakan taktik tak berape suci terhadap Tuan Presiden.

walau apa pun. persepakatan telah dicapai.

MOU telah ditandatangani.
*sila rujuk akhbar-akhbar utama untuk melihat gambar Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman yang bertempat di Dewan Konvensyen Jubli Emas Perak Gangsa.*

doakan aku berjaya dalam melakukan misi ini.

jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Itik yang telah bersusah payah menghulurkan idea bernas dan memberi pandangan beliau dalam setiap tindak tanduk aku.

juga terima kasih diucapkan kepada Zarith yang bersekongkol denganku. tanpa peras ugut dari pihak Zarith, misi ini juga adalah agak mustahil untuk dilaksanakan.

ape-ape pun.

WE DID IT!

tinggal waktu untuk melaksanakannya sahaja.

wish me luck people ;)


3:31 AM


Sunday, March 13, 2011

adeh, diulangi : Misi Penculikan Perdana Menteri Uganda PART II

pada beberapa hari yang lalu, aku ade menyiarkan sebuah artikel bertajuk RANCANGAN PENCULIKAN PERDANA MENTERI UGANDA.

disitu ade aku senaraikan tentatif dan aturcara program yang telah diatur oleh pihak penganjur.

mostly segala aturacara yang diatur rapi berjalan dengan lancar. dan terdapat hanyalah satu kesulitan iaitu BAGAIMANA AKU HARUS MENGHALANG KEBERANGKATAN YANG MAHA MULIA PRINCESS SNOW WHITE DAN DIIRINGI OLEH 2 EKOR MAKHLUK KERDIL DALAM MISI TERSEBUT.

secara amnya, misi tersebut telah berjaya kerana aku hanye menjadi 'setan kecil' yang memberi hasutan manja kepada Snow White agar tidak turut serta. hasutan manja tersebut ternyata berhasil. dan aku tidak perlu bersusah payah menyamar menjadi nenek kebayan gonjol dan memberi sebiji epal beracun kepada Snow White. tak perlu. Snow White sangat baik :')


gambar hiasan.
I LOVE YOU SNOW WHITE



namun, tragedi baru pula tercipta. Yang Maha Mulia Tuan Presiden berkemungkinan besar mabuk todi pada malam kejadian. ini kerana pada malam kejadian, Yang Maha Mulia Tuan Presiden tersangatlah gembire. tiada bantahan. tiada sebarang komen dan pertikaman lidah yang berlaku. pertumpahan darah jauh sekali.

untuk episod Misi Penculikan Perdana Menteri Uganda PART II ini, Yang Maha Mulia Tuan Presiden telah berubah sikap. menjadi lebih agresif dan bertindak lebih peka di atas segala tindak-tanduk aku. beliau seolah-olah terlupa bahawa aku pernah mengusulkan cadangan penculikan ini. malah, beliau mahu berfikir dengan semasak-masaknya terlebih dahulu sebelum mahu memberi izin kepada aku untuk menggunakan tikar ajaib untuk kegunaan penculikan ini. beliau beralasan kenderaan rasmi diraja mengalami pendarahan kecil, dan perlu diberi rawatan segera. oleh sebab itu, peluang aku untuk menggunakan tikar terbang adalah sangat tipis. tipis sekali.

selain itu, beliau juga menggunakan alasan banjir dan hujan sebagai salah satu faktor untuk tidak mengizinkan aku pergi melakukan penculikan. sangat-sangat tidak patut, wahai Tuan Presiden.

gambar hiasan.
sebagai pembakar semangat.
KITE BAKO JE!


tetapi, walaubagaimanapun, aku tetap akan berusaha untuk memastikan misi penculikan ini berjaya. tidak kira dengan apa cara sekalipun. akan ku mulai dengan taktik yang suci murni. jikalau masih tidak membuahkan hasil, akan ku usahakan pula cara yang tak berape nak suci murni. aku sangat berpegang teguh dengan prinsip USAHA TANGGA KEJAYAAN, dan juga ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN wohoohoo aku seru mentera pusaka ku~ mentera, semerah padi~ ( eh sorry, ternyanyi pulak )

jikalau cara yang berdiplomasi tidak berhasil, aku sanggup membuat demonstrasi aman di hadapan rumah, mogok lapar, berpiket, mengedarkan risalah, mendapatkan 500 tandatangan sokongan mahupun mendapatkan perintah mahkamah demi menjayakan misi terpenting di abad ini. aku tidak peduli.

Tuan Presiden, you better watch out! anakmu ini akan mengganas di pawagam yang berdekatan.

BYE!

*doakan aku berjaya menculik Perdana Menteri Uganda*


3:18 AM


Thursday, March 10, 2011

BLANK.


SPEECHLESS.


I'VE REALIZED I'M NOT STRONG ENOUGH TO FACE ALL THIS THING.


I JUST NEED SOME STRENGTH.





2:26 AM


Wednesday, March 9, 2011

ala, ni ha tajuk entry : Ke-Cliché-an indon.

disini aku nak bagitau, aku memang super duper menyampah benci meluat dengan sinetron-sinetron indon. dan aku tak nampak la bagaimana sinetron indon ni boleh memberi manfaat dalam kehidupan aku, kalau aku layan tiap-tiap petang. 

buang mase, buang tenaga. dan memenatkan kepala hotak aku sebab nak mengejar baca subtitle. memang gampang.

aku pun tak paham kenapa mak-mak orang ( termasuklah mak aku sendiri ) sanggup melekat dekat tv, selama sejam semata-mata nak tengok sinteron yang macam sampah ni. sedangkan kami adik-beradik terpaksa berperang dengan mak aku kalau nak berebut remote control. punyelah taksub mak aku dengan cerita indon ni. kalau time tengah commercial break pun, memang agak sukar untuk meminta simpati supaya tukar channel lain. remote tv akan dikawal ketat. kalau datang kesengalan mak aku, silap haribulan die dudukkan je remote tv tu semata-mata taknak bagi anak die ni tukar channel. sadis kan? ye, memang sadis.

jalan cerita, mostly macam sampah masyarakat, macam tinja ( bak kata Johnny Depp palsu ) kegampangan cerita indon memang terserlah, sebab jalan cerite sinetron indon ni tersangatlah cliché. balik-balik akan berlaku plot yang same. argh. sakit jiwe. mostly memang macam tu.

aku taktau lah same ade penulis skrip ni orang yang same, ataupun dekat indon tu memang terjadi bende macam ni kat semua rakyatnye. huh.


gambar hiasan.


aku dah buat kajian, aku dah buat testis tesis, aku dah buat rumusan dan kesimpulan bahawa kebanyakan sinetron indon akan melalui fasa-fasa berikut :

  • heroin sinteron tu biasenye sebaik-baik umat, queen of tears, menangis 24 jam sehari, lembik, lemah semangat, cengeng, gembeng. 
  • heroin juga biasanya akan berdoa atas tikar sejadah, menangis-nangis. tapi tu pun time die betul-betul dalam kesusahan. tapi selalunye heroin ni pakai seksi jugak. ade satu drama aku tengok, heroin pakai seksi, tapi menangis-nangis lari dalam hujan, berdoa mintak tolong dengan tuhan. pakaila sopan-sopan sikit wey. 
  • biasenye watak perempuan jahat ni, adelah terdiri daripada seorang perempuan yang lagi cantik daripada heroin. 
  • yang paling common, mesti mak kepada hero ni tak suke kepada heroin. macam biasela, awek tak sekufu, tak setaraf. 
  • ataupun mak hero tu bermusuh dengan mak heroin sebab mak heroin pernah try nak adjust bapak hero. sebab tu mak hero tak suke dekat keturunan heroin.
  • paling tak boleh blah, part slow motion dalam cerite indon ni. cerite adelah dalam 10 minit, part slow motion, zoom kat muke sekor-sekor time ade berite buruk adelah memakan masa selama setengah jam.
  • kalau hero mati, akan muncul seorang hero baru, yang mukenye sejibik sebijik dengan muke hero tu. BODOH. ini yang paling aku tak boleh terime. 
  • kalau hero ditimpa kecelakaan pulak, kebiasaannya hero tu akan hilang ingatan. hilang ingatan. hilang ingatan. BOSAN.
  • bagi sesuatu scene yang membuatkan pelakon muncul, pelakon tersebut seolah-olah akan menerjah masuk untuk muncul di skrin tv. patutnye kalau nak bagi scene tu nampak indah, cameraman drag la camera shot tu dari pintu ke, then terus ke muke pelakon. ni mesti stok cameraman pemalas. gune camera letak kat tripod, lepastu cameraman pegi makan bakso. sebab tu pelakon yang perlu menerjah ke arah camera.
  • kalau scene accident pulak, pengarah sinetron ni adalah terdiri daripada seorang manusia yang bangang di mana, babak slow motion akan dibuat dengan tahap dramatik nak mampos. bile pelakon tu hampir dilanggar kereta, slow motion yang terlibat adalah sangat-sangat slow, dimana 7654 ekor ayam pun sempat melintas jalan dengan selamat time tu. tapi macam biaselah. accident yang terjadi adalah sangat sadis di mana pelakon tersebut akan koma, hilang ingatan. sedangkan 7654 ekor ayam tu sempat lagi melintas. bangang kan namanya?
  • hero dan seorang watak antagonis lelaki adalah merupakan adik-beradik kandung, lain mak, same bapak. tu pun macam gampang jugak tuh.
  • cerita yang berunsurkan keagamaan pun akan jadi setahyul-tahyulnye. penuh dengan kekarutan. terpesong sungguh orang indon ni.

gambar hiasan.

dahla, tu je point yang aku nak taip sekarang ni. ade lagi, tapi penat aku nak taip. haha. tapi sumpah aku akan benci sinetron indon sampai mampos. aku tak nampak pun moral dan pengajaran daripada sinetron indon ni. even kat Malaysia pun, kita ade bunches of great drama, yang lagi padat and sarat dengan moral. takpayah tengok cerite indon ni pun takpe. 

kan?

jom boikot sinetron indon. takde paedahnye. baik layan drama melayu, ataupun tengok cerita Wonderpets kat tv9. lagi ber-billion kali lebih best. 



tapi kalau korang taknak, korang boleh join team mak aku. yang merupekan pencinta dan penyokong setia sinetron indonesia. wakakakaka.




4:28 PM


Tuesday, March 8, 2011

worgh. diulangi , SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA.

kepada insan insan ini :

nenek aku, atau nama femesnye
WAN.

mak aku, atau name femesnye
MUMMY.
wakakakaka.


ya, juga Selamat Hari Wanita Sedunia diucapkan kepada angkasawan tenuk yang mewakili negara ke Kejohanan Sukan Paralimpik Kategori Angkasawan XVI peringkat Alam Semesta yang berlangsung di Planet Namek,
terimalah 

Chef De Mission :
eheh, minah ni sibuk je nak mencapap.
Selamat Hari Wanita Sedunia kepada diri sendiri.
mewakili negara dalam semua sukan yang mempunyai perkataan "lompat".
dan juga sukan Gimnastik Artisitk.

Pembawa Bendera Malaysia :
ya ini dia atlet lompat bergalah kami.
takpayah pakai galah pun takpe.
champion gile. dah pernah memecah rekod alam semesta dengan ketinggian lompatan 14125342920 kilometer persegi kuasa dua.
WAN ZAIRISHARINA!

Ketua atlet :
bapak segala atlet.
mewakili negara dalam sukan Bola Jaring, Futsal berkerusi roda, Dam Ular, Hoki tanpa bola, Renang merentasi Lautan Pasifik dan juga Lumba Lari Setempat.
terimalah, 
SHAREEN FARZIDA!

pembawa sepanduk :
satu-satunya atlet kidal kami yang merupakan anak angkat Man Kidal.
mewakili negara dalam acara Ping Pong, Sepak Raga bulatan dan juga Lontar Peluru Berpandu.
juga merupakan jurulatih pasukan sorak negara , yang pernah memenangi Kejohanan Pasukan Sorak peringkat Kampung Aman, tahun 23421 sebelum masihi.
NURNADIAH!


wakaka. 


eheh. sori aku gune gambar Sheikh Muszaphar versi tenuk tanpe keizinan korang.

ape-ape pun.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 
walaupun aku rase agak jijik nak mengaku aku ni dah layak digelar wanita.

:)












2:50 PM



benci lah takde title. diulangi , tajuk entry ini ialah rancangan penculikan Perdana Menteri Uganda.




kalau diikutkan dari segi logik akal,
memang impossible.



  • Misi 1 : buat rancangan bersama Encik Itik  ( berjaya )
  • Misi 2 : menghalusi rancangan  ( berjaya )
  • Misi 3 : membuat pelan sampingan khusus untuk agenda tipu sunat  ( berjaya )
  • Misi 4 : mengkhabarkan pra-rancangan ke Zamira & Zarith  ( berjaya )
  • Misi 5 : memikirkan pula rancangan untuk meng-kidnap Zarith  ( berjaya )
  • Misi 6 : membaca doa supaya segalanya berjalan dengan lancar  ( berjaya )
  • Misi 7 : misi Encik Itik juga telah berjaya, green light dah dapat  ( berjaya )
  • Misi 8 : rancangan semakin hampir dilaksanakan sebab buah durian yang dinanti-nantikan untuk gugur telah gugur jua.  ( berjaya )
  • Misi 9 : pengkhabaran pra-misi kepada Snow White  ( berjaya )
  • Misi 10 : pengkhabaran misi kepada Presiden, merangkap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Majid bagi tujuan memohon perkenan dan persetujuan pinjaman peribadi.
status :

berjaya dan err,
TAK BERJAYA!!!!!!


adeh. ini semua gara-gara Tuan Presiden telah menang loteri, ataupun telah berjaya mendapatkan tender projek berharga 383 billion dollar. sebab Tuan Presiden tersangatlah gembire dan bersuka cita di atas pengkhabaran misi aku. tiada sebarang bantahan, malah ditambahnya lagi KACAU dan BILAU di dalam misi yang telah diatur rapi sejak berkurun lamanya. ade ke patut disuruhnya aku bawak Snow White dan 2 orang kerdil untuk turut serta dalam misi ini? NO WAY MAN! rosak program aku! 

nampaknye ada misi tambahan. PLAN B, i need plan B! faster! faster!!!!

  • Misi 11 : memastikan Snow White dan 2 orang kerdil dikecualikan dari misi ini secara haluuuusssssss. kehkehkeh. ( gelak jahat ) *belum plan ape-ape lagi. ligat otak aku ni memikirkan ni ha*

ADES!

semoga misi 12 dapat berjalan dengan lancar iaitu melakukan penculikan Perdana Menteri Uganda dengan jayanya tanpa sebarang masalah. 

ahaiiii.
ni Zurina lah.
kalau plan ape-ape,
aku akan pastikan bende tu jadi macam ape yang aku nak.
( cakap dengan riak dan takbur. akakaka )
ala, nothing is impossible.


akhir kata , MISSION : POSSIBLE LAH!
muahahahhahahahhahahah!
gelak jahat macam syaiton.



1:29 AM


Sunday, March 6, 2011

semoga hari ini berlalu dengan kegembiraan. 
semoga hari ini dijauhkan segala kepayahan dan kesulitan.


bukan sekadar untuk diri aku,
tapi untuk semua.
untuk semua manusia.


amin.







6:08 AM


Saturday, March 5, 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH!!

akakakaakkaka!

lari!!!!!



tipu je. ni ha hantu sebenar yang balik rumah.


welkam home, toyol dewasa.
akakakakaka.




11:14 PM


Friday, March 4, 2011

agagaggaga. aku tengah bosan takley tido ni. so yang bestnye bile ade belog, kite boleh jalan-jalan pegi blog orang lain. manela tau jumpe belog-belog kepunyaan mamat-mamat hensem. wakakaka.

so, tibe-tibe terjalan dekat belog cambestjerk. and kebetulan beliau nak buat giveaway. so, bile tengah bosan ni, try jela luck kan. manela tau nasib baik, dapat hadiah! hehe.

ha, ni banner giveaway tu. 
hamek kaw. siap terpampang bendera Sabah.
haha.

btw, kalau korang berminat nak join giveaway ni, meh la.
suke-suke kan.
mane tau ade rezeki. hikhik.
tapi ade syarat, yo!

Aturan yang perlu untuk menyertai GA ini :-)

1.) Mesti seorang yang ceria dan mempunyai blog sendiri.

ehem ehem. aku adelah seorang manusia yang cukup ceria dan terlebih ceria. 
dan sudah pasti aku ade blog aku sendiri! welkam welkam! hehe.

2.) Sudi dan seikhlas hati menjadi follower blog nie.

ala setakat follow, no hal lah! hehe.

3.) Jangan lupa postkan gambo GA nie kat entry blog korang pastu
link-kan skali ke blog cambestjerk

baik Tuan! saye dah buat! hehe. ala tapi aku tak reti nak link kan gambar. :(

4.) Nie yang paling penting! Nyatakan impian korang bila korang berpeluang pergi ke Sabah.

ha, aku nak pegi Sabah sebab Sabah jela negeri kat wilayah Borneo yang aku tak pegi lagi. lagipun, aku nak pegi panjat Gunung Kinabalu tu ha. macam best jek. tapi jangan risau, kalau aku ter-kawin dengan orang Sabah, akan tercapai la cita-cita aku. muahaha. :D


ok dah. semua, marila join. eh lupe, kepade Presiden blog cambestjerk, pegi Sabah nanti jangan lupe jage diri elok-elok. hehe.BYE.



4:22 AM


Tuesday, March 1, 2011

diulangi , entri ini berjudul Kronologi Hari Malang.


  • aku tido lewat malam semalam. macam biasela, takpayah tanye kenape aku tido lewat. aku ade laki yang perlu dilayan. aku rase dalam pukul 5 baru aku tido. 
  • dalam pukul 6.50 aku bangun, sebab aku set alarm nak kejut laki aku. aku rase aku call 2-3 kali je, die tak bangun jugak. mate ni pun tersangatlah berat nak call die sampai die angkat. last-last aku tertidur balik.
  • dalam pukul 10 pulak ade mamat gonjeng mane entah call aku. aku malas nak layan. aku terus off phone. lepastu tanye mak aku, die nak pergi Tabung Haji ke tak. aku cakap pegi lain kali jelah mak. mengantuk gile ni. ok lepastu aku sambung tido.
  • pukul 11 lebih ade budak kecik 2 ekor yang mak aku jage tu dah memekak-memekak lompat atas katil suruh aku bangun. aku paling pantang kalau aku tido, lepastu ade orang bising-bising. dengan penuh semangat aku tengking budak 2 ekor tu suruh berambos dari bilik.
  • tapi tak lame lepastu budak kecik yang takpaham bahase ni masuk lagi dalam bilik, bising-bising suruh bangun. ni mesti mak punye angkara ni, lantik budak 2 ekor ni jadi jam berpenggera. adeh. nak taknak aku bangun jela. 
  • ontheway nak pegi mandi, lalu dekat bilik abang aku. memandangkan bilik abang aku tu dah jadi markas operasi bapak aku membuat kerjanya, so konpem-konpem kene tayang muke dekat tuan tanah, nak bagitau puteri kesayangan die dah bangun. 
  • tapi tibe-tibe aku disergah dengan soalan ini "macam mane gaya ko bawak kereta ni??" aku tergamam. dahla tengah mamai, kene sergah soalan macam tu. dalam kepale dah ligat pikir, errk, kereta tu calar-calar ke? ade kemek di sana sini ke? aku pun hanye membalas " HA??" . bapa aku cakap " ni ha, kene saman 150 sebab speeding." aku yang masih lagi sengal takpaham bahase buat muke blur. bapak aku cakap "ko speeding ke mase nak pegi Kuantan haritu?" erk. adeh. aku cakap "mane ade". padahal memang aku speeding kaw-kaw punye. "ni mesti bawak laju kat Rompin ke, Pekan ke. pastu ade speed trap" dalam hati aku, aku berkata " bukan abah, orang memang bawak laju daripada JB-Kuantan. wakaka" adeh. aku dengan muke tak bersalahnye, terus masuk bilik air dan mandi.
  • lepas mandi, aku siap-siap nak pergi amik adik aku si Zeti tu dekat sekolah. lepas amik Zeti, aku lepak dalam bilik. tak lame lepas tu, abah panggil suruh alih kereta sebab die nak pergi meeting. aku pun undur kereta. lepas abah keluarkan kereta die, die panggil aku. die tanye " eh yang tu kenape calar kat tepi kereta tu?" aku blur lagi. "mane?" aku tanye. " tu ha, yang kat belah tepi tu." aku dengan pantasnye teringat, tu memang calar khas yang aku bawak balik dari Kuantan. tersagat kereta orang mase dekat TC. cis. macam mane abah boleh nampak pulak. adehh. aku pun cakap " entahla bah. mane orang tau. takpela nanti orang polish balik. boleh hilang tu" wakakaka. cekap pulak mata abah ni tibe-tibe. haritu baru kene tegur dengan mak sebab calar kat belah skirting tu. mak tanye "bile mase calar ni? panjang pulak tu calarnye" aku cakap taktau. wakaka. padahal memang aku yang buat. mase kat Kuantan jugak. lokasi kecalaran ialah di rumah laki aku. wakakaka.
  • lepas alih kereta, aku masuk dalam rumah. rimas pakai jeans, aku nak tukar seluar. cari-cari seluar, tak jumpe. yang ade hanyelah kain batik. ok layan aje. pakai la kain batik. lepastu aku makan. mase tengah makan, tibe-tibe Zamira call suruh amik. siap suruh cepat lagi tu. aku pun makan dengan pantas. lepas makan, terus capai kunci kereta. malas nak tukar seluar. ala setakat pergi amik Zamira je kot. bukan kene turun dari kereta pun. so hentam jela pakai kain batik. diulangi, PAKAI KAIN BATIK.
  • berlari gak la masuk kereta, takut orang nampak aku pakai kain batik. haha. lepas tu, dengan konfidennye aku jalan. gedebush! ( bukan bunyi sebenar ). demm, aku langgar tong sampah. tapi aku jalan je. malas aku nak check. 
  • so bile berhenti kat traffic light ni. aku buat muke selambe jela. tak sangke pulak ade lori berhenti kat sebelah. oh shit man, driver lori tu tengok aku senyum-senyum. mesti die cakap " kesian wanita dalam pantang ni, kene drive time-time camni dengan pakai kain batik ". sumpah aku rase aku macam wanita dalam pantang mase tu. dengan rambut tu aku ikat tinggi-tinggi, pakai tshirt, pakai kain batik. gahhhhh. malu sial. bile lampu hijau, dengan pantas aku memecut meninggalkan lori puaka tu. 
  • lepastu aku amik Zamira, sempat jugak suruh die check kereta, takut ade calar. ok nasib baik takde ape-ape. then bile balik, aku tengok sangat sadis keadaan tong sampah yang aku langgar tu. ranap sama sekali. habis tinggal sehelai sepinggang sampah-sampah di dalamnya. haha. 
  • begitulah kisah malang hidup aku sehingge di jam 3 petang ini. mungkinkah ada sambungannya? oh mintak dijauhkan. kalau ade, nanti aku buat Kronologi Hari Malang part 2.


3:36 PM