adeh, diulangi : Misi Penculikan Perdana Menteri Uganda PART II
pada beberapa hari yang lalu, aku ade menyiarkan sebuah artikel bertajuk
RANCANGAN PENCULIKAN PERDANA MENTERI UGANDA.
disitu ade aku senaraikan tentatif dan aturcara program yang telah diatur oleh pihak penganjur.
mostly segala aturacara yang diatur rapi berjalan dengan lancar. dan terdapat hanyalah satu kesulitan iaitu
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHALANG KEBERANGKATAN YANG MAHA MULIA PRINCESS SNOW WHITE DAN DIIRINGI OLEH 2 EKOR MAKHLUK KERDIL DALAM MISI TERSEBUT.
secara amnya, misi tersebut telah berjaya kerana aku hanye menjadi 'setan kecil' yang memberi hasutan manja kepada Snow White agar tidak turut serta. hasutan manja tersebut ternyata berhasil. dan aku tidak perlu bersusah payah menyamar menjadi nenek kebayan gonjol dan memberi sebiji epal beracun kepada Snow White. tak perlu.
Snow White sangat baik :')
gambar hiasan.
I LOVE YOU SNOW WHITE
namun, tragedi baru pula tercipta. Yang Maha Mulia Tuan Presiden berkemungkinan besar mabuk todi pada malam kejadian. ini kerana pada malam kejadian, Yang Maha Mulia Tuan Presiden tersangatlah gembire. tiada bantahan. tiada sebarang komen dan pertikaman lidah yang berlaku. pertumpahan darah jauh sekali.
untuk episod Misi Penculikan Perdana Menteri Uganda PART II ini, Yang Maha Mulia Tuan Presiden telah berubah sikap. menjadi lebih agresif dan bertindak lebih peka di atas segala tindak-tanduk aku. beliau seolah-olah terlupa bahawa aku pernah mengusulkan cadangan penculikan ini. malah, beliau mahu berfikir dengan semasak-masaknya terlebih dahulu sebelum mahu memberi izin kepada aku untuk menggunakan tikar ajaib untuk kegunaan penculikan ini. beliau beralasan kenderaan rasmi diraja mengalami pendarahan kecil, dan perlu diberi rawatan segera. oleh sebab itu, peluang aku untuk menggunakan tikar terbang adalah sangat tipis. tipis sekali.
selain itu, beliau juga menggunakan alasan banjir dan hujan sebagai salah satu faktor untuk tidak mengizinkan aku pergi melakukan penculikan. sangat-sangat tidak patut, wahai Tuan Presiden.
gambar hiasan.
sebagai pembakar semangat.
KITE BAKO JE!
tetapi, walaubagaimanapun, aku tetap akan berusaha untuk memastikan misi penculikan ini berjaya. tidak kira dengan apa cara sekalipun. akan ku mulai dengan taktik yang suci murni. jikalau masih tidak membuahkan hasil, akan ku usahakan pula cara yang
tak berape nak suci murni. aku sangat berpegang teguh dengan prinsip USAHA TANGGA KEJAYAAN, dan juga ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN wohoohoo aku seru mentera pusaka ku~ mentera, semerah padi~ (
eh sorry, ternyanyi pulak )
jikalau cara yang berdiplomasi tidak berhasil, aku sanggup membuat demonstrasi aman di hadapan rumah, mogok lapar, berpiket, mengedarkan risalah, mendapatkan 500 tandatangan sokongan mahupun mendapatkan perintah mahkamah demi menjayakan misi terpenting di abad ini. aku tidak peduli.
Tuan Presiden, you better watch out! anakmu ini akan mengganas di pawagam yang berdekatan.
BYE!
*doakan aku berjaya menculik Perdana Menteri Uganda*